Salam Perutusan Aidiladha dari Pengerusi I.Q.RaC


Assalamualaikum w.b.t. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para tabie, tabi’ tabien dan sekalian pejuang-pejuang agama Allah yang takkan hilang didunia sehingga kiamat. Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat & sahabiah I.Q.RaC khususnya dan semua pelajar Diploma umumnya.



Rakan-rakan yang dikasihi Allah s.w.t,

Aidiladha begitu sinonim dengan umat Islam sejak dari kecil lagi. Aidiladha dikenali juga hari raya korban dan hari raya haji seperti yang kita sedia maklum. Allah Yang Maha Pemurah mengurniakan kita hadiah yang cukup besar menggantikan perayaan semasa jahiliah sebagaimana dinukilkan dalam satu hadis diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduk memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main(bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda : “ sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan dua hari raya yang lebih baik iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri “- Hadis Riwayat al-nasai didalam sunan al-Nasai, hadis no:959. Aidiladha saban tahun ditasawurkan sebagai hari raya yang membosankan dan tidak meriah yang sering kali diucapkan segolongan umat Islam. Kenapa?? Sedangkan aidiladha lebih besar saranannya untuk disambut berbanding aidilfitri. Adakah wujudnya 1 syawal merupakan pesta bagi umat Islam setelah berpuasa sebulan???



Dalam warkah kali ini saya tertarik untuk mengambil beberapa istifadah dari peristiwa ini. Pertama kita boleh kaitkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ismail a.s oleh bapanya Nabi Ibrahim. Betapa hebatnya kedua insan ini mampu berkorban jiwa dan nyawa demi Islam. Bagaimana dengan kita?? Pengorbanan kita ditahap mana? Adakah cukup sekadar menghabiskan masa untuk bermesyuarat, program, duit dibanyak dihabiskan tanpa terkira. Bagaimana pula dengan golongan sivik, pendiam dan tidak mengambil endah dengan kondisi masyarakat kampus dan negara. Tepuk dada tanya iman. Perjuangan tanpa pengorbanan bukan namanya sebuah perjuangan. Cuba kita back to the basic menyelusuri perjuangan para nabi, sahabat dan golongan yang berada dilandasannya. Iktikad yang jazam yang membetuli pegangan sebenar Aqidah Ahli Sunnah wal jamaah berdasarkan dalil aqli dan naqli digabungkan dengan ibadah sohih yang membuahkan akhlak terpuji sebagai formula cemerlang buat umat Islam untuk terus thabat dan ikhlas dalam berkorban demi Islam tercinta.



Semangat Aidiladha juga dapat kita kaitkan dengan semangat ukhuwah yang ditonjolkan khususnya semasa melakukan ibadat korban. Bersama-sama bergotong-royong melapah daging, hubungan rapat antara tua dan muda begitu menyeronokkan. Saya terbayang memikirkan alangkah indahnya andai umat Islam dapat bersatu padu bergandingan bahu bersama-sama memikirkan masalah umat Islam yang kian membarah. Ukhuwah adalah ikatan hati yang didasari oleh akidah Islamiah yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tanpa mengira warna kulit, bangsa dan pangkat umat Islam mampu bersatu. Tapi masa kini umat Islam berpecah belah bermula dengan masalah khilafiah digabungkan dengan perancangan Yahudi dan hati berpenyakit. Umat Islam dipecahkan antara golongan ulama’ dan professional. Maka lahirlah goongan yang berpendidikan agama tapi cetek ilmu keduniaan begitulah sebaliknya. Maka tanggungjawab kita sebagai huffaz teknokrat perlu menyatukan kedua golonngan ini sebagaimana bersatunya muhajirin dan ansar.



Sebelum saya mengakhiri warkah kali ini, saya mewakili saf kepimpinan I.Q.RaC memohon jutaan kemaafan seandainya kami tersalah dan tersilap dalam membawa bahtera kelab ini. Semoga ukhuwah yang dibina dapat diteruskan demi Islam. Saya akhiri salam perutusan ini dengan satu sabda Nabi Muhammad s.a.w bedrmaksud : Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Sekian. Wassalam.
PERUTUSAN AIDIL ADHA DARI TP2

PERUTUSAN AIDIL ADHA DARI TP2

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Agung kerana masih lagi memberikan kemenangan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.Sedar tak sedar,satu lagi kemenangan yang diraikan oleh seluruh umat Islam yang menyingkap 1001 makna dan dituntut untuk memperbesarkannya berbanding Hari Raya Aidilfitri iaitu Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban adalah perayaan yang amat istimewa.Perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kembali kisah pengorbanan yang luar biasa Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT serta menegakkan syiar Islam.Mungkin sahabat dan sahabiah sudah arif tentang kisah agung yang menjadi lambang Hari Raya Korban ini.Namun, sejauh manakah penghayatan kita kepada kisah yang agung ini?

Ana cukup yakin suasana perayaan bagi antum/antunna pada kali ini lebih meriah kerana berlangsung pada musim cuti semester kira-kira sebulan.Dengan nikmat masa lapang yang sememangnya manusia selalu lupa dan lalai,saling ingat-mengingati antara satu sama lain menjadi tonggak kepada kekuatan diri kita agar tidak tersasar daripada landasan yang betul.Justeru itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dengan melakukan sesuatu pengorbanan yang boleh mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada diri kita malahan orang lain juga. Buktikan kemenangan yang dianugerahkan Allah SWT itumenjadi satu hakikat, iaitu kemenangan dalam usaha kita menjadi hambaNYA yang sejati.

Akhirul kalam, HAPPY EID UL-ADHA buat semua pelajar persijilan Generasi ke-9 yang ana hormati dan kasihi, banin mahupun banat. Semoga perayaan kali ini membawa 1001 penghayatan kepada diri kita semua dan sentiasa diberikan kekuatan dalam memandu hidup yang penuh mehnah dan tribulasinya, insyaAllah. Di kesempatan ini juga, ana ingin memohon kemaafan daripada antum/antunna di atas segala kekhilafan."Kalau besar yang dituntut & mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya & banyak rintangannya..-IMAM AL-GHAZALI".



Wallahua'lam.
Noor Fathihah Fatin binti Jaffri
Timbalan Pengerusi II 08/09

AIDIL ADHA menjelang tiba

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua warga I.Q.RaC gen-9 khususnya, serta seluruh umat Islam umumnya. Moga hari ini dapat menjadi peringatan kepada kita semua akan pengrbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail suatu masa dahulu.

::SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA::

AIDILFITRI'S GATHERING

Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri, pelajar Persijilan Semester 2 juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut kedatangan Syawal yang hanya datang setahun sekali. Pelaksanaan antara banin dan banat telah diasingkan untuk memudahkan gerak kerja.

BANAT
Tarikh : 15 Oktober 2008
Tempat : Surau Banat
Masa : 5.00petang - 7.00malam

Pelbagai aktiviti juga telah dilaksanakan antaranya ucapan TP2, persembahan nasyid oleh ahli sem, sketsa perwakilan, iklan-iklan, sampaikan salam aidilfitri, dan yang paling dinanti-nantikan; penyerahan duit raya. Seterusnya semua pelajar menjamu kuih raya yang dibawa juga lemang khas KKB dan menuju ke dewan makan untuk makan malam secara jamai'e.

BANIN
Tarikh : 17 Oktober 2008
Tempat : Asrama Banin
Masa : Selepas Isya'>



Sambutan Aidilfitri bagi sebelah banin telah diadakan pada sebelah malam. Pelbagai aktiviti yang menarik turut diadakan. Sesi fotografi untuk majalah juga turut dilaksanakan. Dan seperti biasalah, hidangan BBQ menjadi hidangan utama.


Semua pada hari itu kelihatan segak bergaya dengan baju raya masing-masing. Yang bertengkolok pun ada. Yang membuat silat ala lompat pun ada.

Tapi yang pastinya, setiap aktiviti yang diadakan ada motifnya yang tersendiri. Bukan hanya sekadar untuk bersuka ria. Walaupun sebagai insan kita tidak boleh lari dari fitrah yang sukakan hiburan.

Moga-moga dengan ini akan dapat lebih merapatkan ukhwah sesama ahli serta dapat lebih mengikat rasa kasih sayang dan jauhi sifat dendam-mendendami dan sebagainya walaupun terdapat pelbagai ragam dan pelbagai pemikiran di kalangan pelajar IQRaC sendiri. Namun harapnya semua itu dapat diketepikan untuk mencapai matlamat yang lebih besar lagi.

USRAH

DARIHAL “USRAH” Hassan al-Banna


1. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

2. Rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:



(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.


3. Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian “Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang lainnya.

4. Firman Tuhan:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


ertinya: (orang muslim ialah saudara)


واعتصيموابحبلالله جميعا ولا تفرقوا


ertinya: (dan berpeganglah dengan tali Allah dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah)


5. Hadith Nabi:

المؤمن للمؤمن آالبنسان یشدبعضه بعضا


ertinya: (orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagianna memperkuatkan sebahagian
yang lain)


المسلم اخ اامسلم لا یظلمة ولا بسلمه


ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya)


مثل الؤمنين قي توادّهم ونراحمهم وتعاطفهم آمثل الجسدالواحد


ertinya; (Perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih saying mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu)


6. Malangnya, perintah-perintah Tuhan dan arahan-arahan Rasul itu, dalam zaman kebelakangan selepas angkatan pertama dan zaman perkembangan Islam dahulu, telah berubah menjadi hanya cakap-cakap kosong dikalangan orang-orang Islam sendiri dan ianya tidak lebih dan angan-angan sahaja. Tetapi, walaubagaimana, apabila angkatan kita “ikhwan muslimin” muncul maka baharulah saudara-saudara sempat membuktikan erti hakikat “Ta’aa-ruf” atau “Berkenalan” tadi secara amalan, malah saudara-saudara ikhwan kita mencuba berkali-kali melaksanakan dasar “ta’aaruf” itu dikalangan masyarakat kita; saudarasaudara juga membuktikan keazaman yang kuat untuk mencantum semula umat kita dengan berpandu kepada semangat cinta kepada Allah dalam bentuk “ukhuwah Islamiah”. Oleh itu, saya mengambil peluang mengucapkan tahniah sekiranya benar saudara-saudara sudah berazam begitu, malah saya berharap begitulah hendaknya yang saudara-saudara azamkan dan Allah jualah yang akan memberi taufiknya kepada saudara saudara sekalian.

------------------------------------------------------------------------------------------------



::KE ARAH MEMPERKASAKAN USRAH DI DARUL QURAN::


Usrah tunjang negara. Walaupun dilihat hanyalah sekelompok kecil namun impak yang tidak kelihatan pada masa akan datang adalah lebih besar. Dengan matinya usrah di Darul Quran maka rosaklah bi'ah solehah yang kini setipis kulit bawang.
HUFFAZ, BEBASKAN DIRIMU DARI PENJARA SYURGA!! (version II)

HUFFAZ, BEBASKAN DIRIMU DARI PENJARA SYURGA!! (version II)

HUFFAZ, BEBASKAN DIRIMU DARI PENJARA SYURGA!!


Mengharungi dunia yang makin renta
Menuntut kita bijak waspada
Kerna banyak penghuninya buta dan alpa
Buta ditusuk jarum maksiat karat-karat dosa
Alpa, terhantuk dinding usang disangka istana

Tika ini,
Banyak yang terkorban
Mereka ditanam
Dikebumikan di kuburan
Sangka mereka, itulah syurga
Lalu gembiralah mereka di singgahsana fatamorgana
Laksana raja tanpa takhta

Berapa ramai yang menderita
Sengsara dengan noda dunia
Musnah kerna murtad
Hancur kerna nifak
Hilang bahagia dan aman
Dalam hati-hati peneraju dunia

Ini kata-kata Muhammad yang mulia
Si kafir bersenang dengan dunia
Minindas golongan bertauhidkan Pencipta
Bergembira melihat mereka
Golongan pencinta Rabb esa menderita
Kerna bagi mereka
Pendengki kebenaran ini
Dunia adalah syurga
Sedang kelak di sana, tanpa sedari
Terpenjara mereka tanpa kembali

Hei Huffaz!
Kau penyelamat dunia
Bangkitlah dirimu dari lena
Usah terpedaya dengan sogokan mimpi tak beraplikasi
Sampai bila
Kau harus tertipu
Tak mampu membeza
Antara intan dengan kaca

Hei Huffaz!
Mengapa harus kau terpenjara di syurga dunia
Mengapa sanggup kau seksa batinmu
Dengan menjadi seekor kakak tua
Yang hanya tahu menuturkan kalimah
Dengan lenggok suara merdu
Namun hakikatnya
Tafsiran kalam itu
Gagal kau zahirkan dengan amalanmu

Hei Huffaz!
Jangan kau angankan ibadahmu itu
Hadiahnya pahala
Barangkali sangkaan pahalamu itu adalah celaka
Gara-gara
Kau hanya tersimpuh abid, berwirid di tikar solatmu
Sedang dunia memerlukanmu
Seiring sabda Nabimu, Nabiku jua,
Bukan dari umatku
Golongan tak cakna
Dengan urusan dunia

Hei Huffaz!
Adakah kau tahu masyarakatmu terseksa?
Terseksa kerna kurangnya petunjuk beragama!
Apakah kau biarkan mereka terus derita?
Tersasar terus dari perjalanan menuju Tuhan!
Apakah kau pernah membacakan ayat-ayatNya kepada mereka?
Atau kau hanya dengan duniamu yang sepi dari manusia?
Tepuk dada, Tanya imanmu!

Hei Huffaz!
Jangan kau terus jumud
Kau bukan sekadar terhangguk-hanguk khusyuk dengan alunan Kalam-Nya
Di ceruk-ceruk penjuru masjid
Tapi kaulah perevolusi dunia
Kau bukan sekadar penghafal kalimah-Nya
Tapi kau penterjemah pekerti akhlaknya
Kau bukan sekadar pemerhati tulisan Kitab-Nya
Tapi kaulah pengkaji ayat-ayatNya

Hei Huffaz!
Andai diri kau sehebat Abu Bakar
Andai diri kau seteguh Khadijah
Andai dirimu setegas Umar
Dan andai diri kau secerdas Aisyah
Nescaya
Dunia ini akan kembali dikuasai
Dengan gemaan
Alunan ayat-ayat yang kau baca
Sehari-hari

Hei Huffaz!
Kau harus punya jiwa merdeka
Bebaskan dirimu dari jiwa sengsara
Terazab dek jumud
Derita dek sempitnya cara kau memahami
Ayuh
Kita sederap bersama-sama
Senada seirama
Campakkan sarap yang menyekat
Laluanmu yang sepatutnya
Agar tidak kau terus tergendala
Perit derita azab.
Jadikan sekelumit ilmumu sebagai senjata
Secebis amal sebagai perisai panglima
Kita beraksi
Menawan kembali keadilan pusaka
Menuntut redha-Nya

Hei Huffaz!
Katakanlah
Selamat Tinggal Derita Jumud
Aku bebas dari penjara syurga dunia
Kerna aku
Huffaz yang beragama!


Nukilan : MarBukh & Hafs Hasbi

BERAYA DI RUMAH UST TAUFIK



18 OKTOBER 2008, SABTU
TAMAN DAMAI - Seramai 30 banin dan 11 banat Persijilan Darul Quran Semester 2 telah mengadakan kunjungan sempena Hari Raya ke rumah Guru Penasihat IQRaC; Ustaz Taufik yang terletak tidak jauh dari Darul Quran.

Pelajar banat telah pergi ke rumah ustaz sebelum Asar lebih kurang jam 3.30 petang dan seterusnya disusuli oleh pelajar banin selepas Asar. Antara hidangan yang disediakan ialah mee kari serta nasi impit beserta kuah kacang juga sedikit kuih raya.

Dengan kunjungan seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara para pelajar dengan Ustaz Taufik. Walaupun hanya sebentar namun kemanisannya tetap terasa. Harapnya selepas ini, ahli IQRaC bolehlah lebih mengeratkan ukhwah sesama pelajar juga dengan pensyarah-pensyarah di Darul Quran.

Mubarak Gathering 2008

Mubarak Gathering (MG) merupakan program terakhir yang diadakan oleh IQRaC sebelum bercuti sempena Raya Aidilfitri yang juga merupakan cuti pertengahan semester.

Mubarak Gathering ataupun lebih dikenali sebagai 'Ifthor Jamaie' bagi persijilan 08/09 ini telah berlangsung pada 06 September 2008 bersamaan hari Sabtu, 06 Ramadhan 1429H bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Darul Quran.

Antara objektif MG ialah untuk mengeratkan ukhwah sesama pelajar seterusnya merapatkan silaturrahim dengan seluruh pensyarah persijilan dan juga Dekan UIA. Akhir sekali, MG juga bertujuan untuk mengamalkan sunnah seperti yang dianjurkan iaitu berbuka puasa secara jama'ie.

MG ini telah dilaksanakan dengan penuh berprotokol sepertimana kebiasaan majlis-majlis makan berhidang orang-orang kenamaan. Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan kehadiran para pelajar seterusnya dif-dif jemputan. Antara tentatif di dalam dewan ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, tafsir, tazkirah, ucapan guru pengelola, kalam TYDP, tayangan 'slide' Ramadhan, nasyid, serta majlis berbuka.

Majlis diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah di surau dan diselitkan sedikit tazkirah antara waktu Maghrib dan Isya'. Selepas itu, kesemua hadirin menuju ke masjid DQ untuk menunaikan solat Isya' dan juga sunat Tarawih yang diimami oleh pelajar IQRaC juga. Majlis tamat apabila selesainya solat Tarawih lebih kurang pada jam 9.30 malam.

Ahlan Wasahlan


IQRaC adalah singkatan kepada Intelllectual Quranic Generation Club. Ia merupakan badan rasmi bagi Pelajar Persijilan Tahfiz Darul Quran dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Laman ini dibina atas tujuan bagi memperkenalkan IQRaC kepada umum. Di harap laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.