Mubarak Gathering 2008

Mubarak Gathering (MG) merupakan program terakhir yang diadakan oleh IQRaC sebelum bercuti sempena Raya Aidilfitri yang juga merupakan cuti pertengahan semester.

Mubarak Gathering ataupun lebih dikenali sebagai 'Ifthor Jamaie' bagi persijilan 08/09 ini telah berlangsung pada 06 September 2008 bersamaan hari Sabtu, 06 Ramadhan 1429H bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Darul Quran.

Antara objektif MG ialah untuk mengeratkan ukhwah sesama pelajar seterusnya merapatkan silaturrahim dengan seluruh pensyarah persijilan dan juga Dekan UIA. Akhir sekali, MG juga bertujuan untuk mengamalkan sunnah seperti yang dianjurkan iaitu berbuka puasa secara jama'ie.

MG ini telah dilaksanakan dengan penuh berprotokol sepertimana kebiasaan majlis-majlis makan berhidang orang-orang kenamaan. Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan kehadiran para pelajar seterusnya dif-dif jemputan. Antara tentatif di dalam dewan ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, tafsir, tazkirah, ucapan guru pengelola, kalam TYDP, tayangan 'slide' Ramadhan, nasyid, serta majlis berbuka.

Majlis diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah di surau dan diselitkan sedikit tazkirah antara waktu Maghrib dan Isya'. Selepas itu, kesemua hadirin menuju ke masjid DQ untuk menunaikan solat Isya' dan juga sunat Tarawih yang diimami oleh pelajar IQRaC juga. Majlis tamat apabila selesainya solat Tarawih lebih kurang pada jam 9.30 malam.


EmoticonEmoticon