PERUTUSAN AIDIL ADHA DARI TP2

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Agung kerana masih lagi memberikan kemenangan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.Sedar tak sedar,satu lagi kemenangan yang diraikan oleh seluruh umat Islam yang menyingkap 1001 makna dan dituntut untuk memperbesarkannya berbanding Hari Raya Aidilfitri iaitu Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban adalah perayaan yang amat istimewa.Perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kembali kisah pengorbanan yang luar biasa Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT serta menegakkan syiar Islam.Mungkin sahabat dan sahabiah sudah arif tentang kisah agung yang menjadi lambang Hari Raya Korban ini.Namun, sejauh manakah penghayatan kita kepada kisah yang agung ini?

Ana cukup yakin suasana perayaan bagi antum/antunna pada kali ini lebih meriah kerana berlangsung pada musim cuti semester kira-kira sebulan.Dengan nikmat masa lapang yang sememangnya manusia selalu lupa dan lalai,saling ingat-mengingati antara satu sama lain menjadi tonggak kepada kekuatan diri kita agar tidak tersasar daripada landasan yang betul.Justeru itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dengan melakukan sesuatu pengorbanan yang boleh mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada diri kita malahan orang lain juga. Buktikan kemenangan yang dianugerahkan Allah SWT itumenjadi satu hakikat, iaitu kemenangan dalam usaha kita menjadi hambaNYA yang sejati.

Akhirul kalam, HAPPY EID UL-ADHA buat semua pelajar persijilan Generasi ke-9 yang ana hormati dan kasihi, banin mahupun banat. Semoga perayaan kali ini membawa 1001 penghayatan kepada diri kita semua dan sentiasa diberikan kekuatan dalam memandu hidup yang penuh mehnah dan tribulasinya, insyaAllah. Di kesempatan ini juga, ana ingin memohon kemaafan daripada antum/antunna di atas segala kekhilafan."Kalau besar yang dituntut & mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya & banyak rintangannya..-IMAM AL-GHAZALI".



Wallahua'lam.
Noor Fathihah Fatin binti Jaffri
Timbalan Pengerusi II 08/09


EmoticonEmoticon