Salam Perutusan Aidiladha dari Pengerusi I.Q.RaC


Assalamualaikum w.b.t. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para tabie, tabi’ tabien dan sekalian pejuang-pejuang agama Allah yang takkan hilang didunia sehingga kiamat. Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat & sahabiah I.Q.RaC khususnya dan semua pelajar Diploma umumnya.



Rakan-rakan yang dikasihi Allah s.w.t,

Aidiladha begitu sinonim dengan umat Islam sejak dari kecil lagi. Aidiladha dikenali juga hari raya korban dan hari raya haji seperti yang kita sedia maklum. Allah Yang Maha Pemurah mengurniakan kita hadiah yang cukup besar menggantikan perayaan semasa jahiliah sebagaimana dinukilkan dalam satu hadis diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduk memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main(bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda : “ sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan dua hari raya yang lebih baik iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri “- Hadis Riwayat al-nasai didalam sunan al-Nasai, hadis no:959. Aidiladha saban tahun ditasawurkan sebagai hari raya yang membosankan dan tidak meriah yang sering kali diucapkan segolongan umat Islam. Kenapa?? Sedangkan aidiladha lebih besar saranannya untuk disambut berbanding aidilfitri. Adakah wujudnya 1 syawal merupakan pesta bagi umat Islam setelah berpuasa sebulan???



Dalam warkah kali ini saya tertarik untuk mengambil beberapa istifadah dari peristiwa ini. Pertama kita boleh kaitkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ismail a.s oleh bapanya Nabi Ibrahim. Betapa hebatnya kedua insan ini mampu berkorban jiwa dan nyawa demi Islam. Bagaimana dengan kita?? Pengorbanan kita ditahap mana? Adakah cukup sekadar menghabiskan masa untuk bermesyuarat, program, duit dibanyak dihabiskan tanpa terkira. Bagaimana pula dengan golongan sivik, pendiam dan tidak mengambil endah dengan kondisi masyarakat kampus dan negara. Tepuk dada tanya iman. Perjuangan tanpa pengorbanan bukan namanya sebuah perjuangan. Cuba kita back to the basic menyelusuri perjuangan para nabi, sahabat dan golongan yang berada dilandasannya. Iktikad yang jazam yang membetuli pegangan sebenar Aqidah Ahli Sunnah wal jamaah berdasarkan dalil aqli dan naqli digabungkan dengan ibadah sohih yang membuahkan akhlak terpuji sebagai formula cemerlang buat umat Islam untuk terus thabat dan ikhlas dalam berkorban demi Islam tercinta.



Semangat Aidiladha juga dapat kita kaitkan dengan semangat ukhuwah yang ditonjolkan khususnya semasa melakukan ibadat korban. Bersama-sama bergotong-royong melapah daging, hubungan rapat antara tua dan muda begitu menyeronokkan. Saya terbayang memikirkan alangkah indahnya andai umat Islam dapat bersatu padu bergandingan bahu bersama-sama memikirkan masalah umat Islam yang kian membarah. Ukhuwah adalah ikatan hati yang didasari oleh akidah Islamiah yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tanpa mengira warna kulit, bangsa dan pangkat umat Islam mampu bersatu. Tapi masa kini umat Islam berpecah belah bermula dengan masalah khilafiah digabungkan dengan perancangan Yahudi dan hati berpenyakit. Umat Islam dipecahkan antara golongan ulama’ dan professional. Maka lahirlah goongan yang berpendidikan agama tapi cetek ilmu keduniaan begitulah sebaliknya. Maka tanggungjawab kita sebagai huffaz teknokrat perlu menyatukan kedua golonngan ini sebagaimana bersatunya muhajirin dan ansar.



Sebelum saya mengakhiri warkah kali ini, saya mewakili saf kepimpinan I.Q.RaC memohon jutaan kemaafan seandainya kami tersalah dan tersilap dalam membawa bahtera kelab ini. Semoga ukhuwah yang dibina dapat diteruskan demi Islam. Saya akhiri salam perutusan ini dengan satu sabda Nabi Muhammad s.a.w bedrmaksud : Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Sekian. Wassalam.


EmoticonEmoticon