USRAH

DARIHAL “USRAH” Hassan al-Banna


1. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

2. Rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:



(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.


3. Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian “Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang lainnya.

4. Firman Tuhan:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


ertinya: (orang muslim ialah saudara)


واعتصيموابحبلالله جميعا ولا تفرقوا


ertinya: (dan berpeganglah dengan tali Allah dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah)


5. Hadith Nabi:

المؤمن للمؤمن آالبنسان یشدبعضه بعضا


ertinya: (orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagianna memperkuatkan sebahagian
yang lain)


المسلم اخ اامسلم لا یظلمة ولا بسلمه


ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya)


مثل الؤمنين قي توادّهم ونراحمهم وتعاطفهم آمثل الجسدالواحد


ertinya; (Perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih saying mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu)


6. Malangnya, perintah-perintah Tuhan dan arahan-arahan Rasul itu, dalam zaman kebelakangan selepas angkatan pertama dan zaman perkembangan Islam dahulu, telah berubah menjadi hanya cakap-cakap kosong dikalangan orang-orang Islam sendiri dan ianya tidak lebih dan angan-angan sahaja. Tetapi, walaubagaimana, apabila angkatan kita “ikhwan muslimin” muncul maka baharulah saudara-saudara sempat membuktikan erti hakikat “Ta’aa-ruf” atau “Berkenalan” tadi secara amalan, malah saudara-saudara ikhwan kita mencuba berkali-kali melaksanakan dasar “ta’aaruf” itu dikalangan masyarakat kita; saudarasaudara juga membuktikan keazaman yang kuat untuk mencantum semula umat kita dengan berpandu kepada semangat cinta kepada Allah dalam bentuk “ukhuwah Islamiah”. Oleh itu, saya mengambil peluang mengucapkan tahniah sekiranya benar saudara-saudara sudah berazam begitu, malah saya berharap begitulah hendaknya yang saudara-saudara azamkan dan Allah jualah yang akan memberi taufiknya kepada saudara saudara sekalian.

------------------------------------------------------------------------------------------------



::KE ARAH MEMPERKASAKAN USRAH DI DARUL QURAN::


Usrah tunjang negara. Walaupun dilihat hanyalah sekelompok kecil namun impak yang tidak kelihatan pada masa akan datang adalah lebih besar. Dengan matinya usrah di Darul Quran maka rosaklah bi'ah solehah yang kini setipis kulit bawang.


EmoticonEmoticon