BERAYA DI RUMAH UST TAUFIK



18 OKTOBER 2008, SABTU
TAMAN DAMAI - Seramai 30 banin dan 11 banat Persijilan Darul Quran Semester 2 telah mengadakan kunjungan sempena Hari Raya ke rumah Guru Penasihat IQRaC; Ustaz Taufik yang terletak tidak jauh dari Darul Quran.

Pelajar banat telah pergi ke rumah ustaz sebelum Asar lebih kurang jam 3.30 petang dan seterusnya disusuli oleh pelajar banin selepas Asar. Antara hidangan yang disediakan ialah mee kari serta nasi impit beserta kuah kacang juga sedikit kuih raya.

Dengan kunjungan seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara para pelajar dengan Ustaz Taufik. Walaupun hanya sebentar namun kemanisannya tetap terasa. Harapnya selepas ini, ahli IQRaC bolehlah lebih mengeratkan ukhwah sesama pelajar juga dengan pensyarah-pensyarah di Darul Quran.

Mubarak Gathering 2008

Mubarak Gathering (MG) merupakan program terakhir yang diadakan oleh IQRaC sebelum bercuti sempena Raya Aidilfitri yang juga merupakan cuti pertengahan semester.

Mubarak Gathering ataupun lebih dikenali sebagai 'Ifthor Jamaie' bagi persijilan 08/09 ini telah berlangsung pada 06 September 2008 bersamaan hari Sabtu, 06 Ramadhan 1429H bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Darul Quran.

Antara objektif MG ialah untuk mengeratkan ukhwah sesama pelajar seterusnya merapatkan silaturrahim dengan seluruh pensyarah persijilan dan juga Dekan UIA. Akhir sekali, MG juga bertujuan untuk mengamalkan sunnah seperti yang dianjurkan iaitu berbuka puasa secara jama'ie.

MG ini telah dilaksanakan dengan penuh berprotokol sepertimana kebiasaan majlis-majlis makan berhidang orang-orang kenamaan. Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan kehadiran para pelajar seterusnya dif-dif jemputan. Antara tentatif di dalam dewan ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, tafsir, tazkirah, ucapan guru pengelola, kalam TYDP, tayangan 'slide' Ramadhan, nasyid, serta majlis berbuka.

Majlis diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah di surau dan diselitkan sedikit tazkirah antara waktu Maghrib dan Isya'. Selepas itu, kesemua hadirin menuju ke masjid DQ untuk menunaikan solat Isya' dan juga sunat Tarawih yang diimami oleh pelajar IQRaC juga. Majlis tamat apabila selesainya solat Tarawih lebih kurang pada jam 9.30 malam.

Ahlan Wasahlan


IQRaC adalah singkatan kepada Intelllectual Quranic Generation Club. Ia merupakan badan rasmi bagi Pelajar Persijilan Tahfiz Darul Quran dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Laman ini dibina atas tujuan bagi memperkenalkan IQRaC kepada umum. Di harap laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.