Keutamaan Ilmu dan Berakhlak Mulia

Keutamaan Ilmu dan Berakhlak Mulia

Ruangan ini hanya sekadar peringatan untuk kita semua sekaligus sebagai muhasabah diri selama hidup di dunia yang sementara ini.

Sesungguhnya akhlak mulia itu adalah ibu segala kebaikan.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.


Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"

Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."

Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"

Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."

Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"

Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."

Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"

Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."

Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"

Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."

Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"

Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."

Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."


Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."

Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:
1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).


Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir."

Jadi,para sahabat sekalian, marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kebaikan di dunia ini demi kesejahteraan di akhirat kelak.Wallahua’lam
Siapa Lebih Hebat : LILIN atau MATAHARI

Siapa Lebih Hebat : LILIN atau MATAHARI


Dalam kemeriahan 'Iduladha yang masih hangat dirasai, jemaah haji yang belum pulang ke tanah air, peti ais yang masih dipenuhi daging-daging korban dan anak-anak kecil yang hanya tahu menyambut hari raya dengan mercun dan bunga api, masih ada golongan mahasiswa ilmuan yang ingin mengajak rakan-rakan seangkatan ke medan diskusi ilmiah.Topik diskusinya: "Apakah Sebenarnya Erti Pengorbanan?".Adakah pengorbanan itu dengan memberi kebahagiaan dan menyempurnakan hak orang lain dengan mengabaikan hak dan keperluan diri sendiri?Adakah pengorbanan hanya berlaku apabila diri terkorban?Dalam mencari jawapan ini, tertarik dengan satu artikel yang ingin dikongsi dari majalah Fajar Edisi Alfa terbitan EXTRO Publications yang dikeluarkan pada tahun 2004.Tajuknya: jangan jadi...lilin, jadilah...matahari

Hari-hari yang berlalu seperti biasa.Selepas malam berganti siang...selepas siang berganti malam...Bersilih ganti di penghujung waktu namun tidak pernah bersama berteman pengalaman.Kedua-duanya punyai masa yang ditetapkandalam garis penjadualan Tuhan Yang Maha Pencipta.Kata orang yang bijaksana, jangan mencari siang di waktu malam atau mencari malam di waktu siang.Segalanya sudah punyai ketetapannya.Aturan hukum alamyang hanya perlu dipatuhi oleh penghuni maya.

Hari ini, kepada siapakah yang lebih perlu untuk bertanya khabar?Masih untuk malam..Apa khabar Si Malam?Atau untuk siang..Apa khabar Sang Siang?Masih juga sibuk menguruskan kehidupan di luar sana sehingga kononnya terlupa kepada si hidup(diri sendiri) di sebalik kehidupan itu. Apakah nasibnya, bertuah atau malang?? Akhirnya gelabah juga bila bertanya khabar.Apa khabar aku??Tidur lena?Makan kenyang?Mandi basah?Apa lagi...segalanya beres??Tersenyum keliru, antara o.k dengan tidak.Ragu-ragu...

Sebetulnya, untuk menjadi sebahagian daripada sinar penghias kehidupan, diri sendiri terlebih dahulu perlu dititikberatkanapabila kita mula melangkah ke kancah kerutinan hidup kita.Tak perlu bertanya khabar tentang seluruh isi alam kalau kita sendiri masih lagi belum menemui jawapan sama ada kita baik atau sebaliknya.Kalau seluruh isi alam dalam keadaan baik sekalipun, tetapi kita sendiri masih dalam keadaan bermasalah, apakah makna dan kegembiraan itu pada kita yang boleh untuk dikongsikan bersama mereka?Hanya meneruskan hilai tawa bersama mereka walaupun hakikatnya kita menangis menderita?Nak t
ipu siapa dan nak hiburkan siapa?Tidak perlu jadi badut untuk menghiburkan orang lain kalau kita sendiri tidak dapat mengecapi makna kegembiraan itu.Tak perlu juga jadi hipokrit dengan hidup dalam kepura-puraan.Senyum bagaikan kopi tanpa gula.Hanya lebih menjadikan ianya pahit dalam acuan hati.Tak bermakna kalau senyuman tanpa keikhlasan yang lahir dari lubuk hati yang jernih.Tak salah kalau nak meminumnya juga demi menghormati orang yang berada di sekeliling kita tetapi kenyataannya, hempedu itu tetap pahit dan kita tidak dapat mengecapi hakikat minuman itu yang sebenar-benarnya dengan hanya berpura-pura.Bahkan, segalanya hanya akan menerbitkan rasa cemburu terhadap kegembiraan yang dinikmati oleh orang lain.Dalam masa yang sama, kita telah mengecewakan didi sendiri.Diri yang tidak suka ditipu oleh kepura-puraan yang digambarkan untuk orang lain.Sebetulnya diri yang bernama jiwa(rohani) itu lebih menyukai sesuatu yang luhur dan suci.Tidak bermakna ianya tanpa keikhlasan, bahkah hanya akan mewarnakan lagi sifat-sifat munafiq yang bersarang di hati.Tak perlu jadi lilin, membakar diri kononnya untuk menerangi orang lain.Jadilah matahari, dirinya bercahaya, dan dalam masa yang sama dapat memberi cahaya kepada kehidupan lain.Jadi orang yang kaya, orang yang memiliki segala kemampuan.Kemampuan itulah yang dapat mengatasi segala kelemahan dan kefakiran.Orang miskin hanya mampu memberikan doa kepada orang yang bernasib malang, namun orang kaya mampu memberikan doa dan keupayaan.Kelebihan inilah yang perlu dimiliki jika kita ingin manjadi orang yang benar-benar dapat memberikan kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan dan sebagainya kepada orang lain.Bolehkah orang yang menanggung hutangcuba menyelesaikan hutang orang lain?Begitu juga, bolehkah orang yang bermasalah cuba menyelesaikan masalah orang lain??Pastikan kita yang terlebih dahulu memiliki modal dari kebahagiaan dan kegembiraan yang telah pun dikecapi sendiri dan nanti barulah ianya boleh dikongsikan kepada orang yang memerlukannya.Tak cukup dengan menggoyangkan kaki untuk menunjukkan dirinya sebagai jutawan, walhal poketnya kosong berisi habuk kefakiran.Untuk memberikan sinar kepada seluruh alam, ingatlah...kita yang terlebih dahulu mesti memiliki sinar itu.Mulakan dengan mengenalpasti konflik dan permasalahan sendiri.Seterusnya mohonlah hidayah Tuhan untuk mencapai penyelesaiannya dengan cara yang terbaik.Setelah itu barulah kita mampu untuk membawa jalan keluar bagi orang lain yang mengharapkan sokongan daripada kita.

Kata orang, masalah adalah sebahagian daripada kehidupan.Tiada hidup tanpa masalah.Tinggal saja lagi, ia bergantung kepada cara kita menghadapi dan menyelesaikannya. Sebagai orang yang beriman, Qada' dan Qadar itulah yang harus kita pegang sebagai jalan bagi merintis penyucian jiwa menuju Tuhan.

Menarik bukan?Walaupun artikel ini adalah satu artikel berbentuk motivasi, namun bagi si pencari jawapan kepada persoalan-persoalan tadi mungkin sdikit tersentak dalam mencari makna sebenar sebuah pengorbanan.

Setiap individu punya idea sendiri dalam mendefinasikan pengorbanan kebiasaannya berdasarkan posisi dan peranan masing-masing dalam komuniti.Namun, seringkali tafsirannya tersasar, mendefinasikan pengorbanan dalam ruang lingkup yang sempit tanpa mengambil kira kondisi dan situasi.

Benar, lilin itu hebat sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyinari kehidupan orang lain, tetapi jika dipandang matahari yang tetap gagah bercahaya tanpa hilang sinarnya dalam menyinari seantero dunia, bukankah ia lebih hebat??

Namun ingat! matahari hanya menyinari di siang hari.Di kala malam tiba, sementara menanti pendawaian elektrik dibaiki, bukankah lilin yang dicari??Lilin pun apa kurang hebatnya, bukan?Mungkin ada yang bertanya kenapa lilin?Kenapa bukan pelita yang dicari?Anda mungkin tertawa kecil apabila jawapan yang diberi, pelita sudah tidak relevan untuk digunakn di era dunia tanpa sempadan ini melainkan hanya untuk perhiasan di malam raya..atau mungkin jawapan yang lebih sadis, pelita terkeluar dari tajuk perbincangan ini.Realitinya, bukan ini yang ingin diperdebatkan.Lilin dan matahari hanyalah sekadar ideologi yang dibawa untuk membuka minda mahasiswa intelektual untuk diterjemahkannya di pentas kampus dalam meneruskan gelombang kebangkitan mahasiswa abad ini yang penuh liku dan cabaran yang tak diduga.

Hakikatnya, erti pengorbanan itu pasti berbeza berdasarkan keutamaan-keutamaan dalam kondisi yang pelbagai. Semuanya kembali semula kepada diri kita yang perlu BIJAK menilainya. Apa jua pengorbanan yang dilakukan sama ada sebagai lilin atau matahari, jadikanlah ia sebagai pengorbanan yang bernilai di sisiNya.Semoga pengorbanan di 'Iduladha kali ini lebih bermakna dari 'Iduladha yang lepas. SALAM 'IDULADHA 1430H.
Belajar Ilmu Ikhlas

Belajar Ilmu Ikhlas


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


petikan dari www.iluvislam.com

Sifat ikhlas sememangnya amat sukar ditanam dalam hati apabila beramal.
Ikhlas ialah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan niat diri dari segala segala perhatian manusia. Seringkali kita membicarakan mengenai hakikat ini, namun kita tidak boleh berhenti membicarakan mengenainya sehingga kita berjaya mencapai hakikat tersebut.

Sesunngguhnya, ikhlas itu ialah seperti seekor semut hitam yang merayap di balik batu hitam di malam yang hitam pekat.Ia memang sukar diperoleh,namun kita perlu berusaha mencapainya kerna ikhlaslah syarat sesuatu amalan kita diterima oleh ALLAH S.W.T. Oleh kerana itu, ganjaran orang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan amatlah tinggi. Para malaikat boleh mengira setiap helaian daun yang gugur, setiap buturan pasir di lautan, dan sebagainya, namun pahala orang yang ikhlas tidak dapat dihitung nilainya di sisi Allah S.W.T. Hanya DIA sahaja yang mengetahui.

Untuk mendapat hakikat ini, kita tidak boleh lari daripada mencontohi Rasullullah S.A.W dan para sahabat baginda. Setiap kali melakukan amalan, periksa dahulu niat kita sebelum ,semasa dan selepas melakukannya, sekiranya ada timbul perasaan riyak walaupun sedikit, beristighfar dan ungkapkanlah kalimah laahaulawalaaquwwataillabillah.

Semoga bermanfaat untuk renungan kita bersama..
"Berilah peringatan, sesunnguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman"
Kenyataan Rasmi Pengerusi I.Q.RaC

Kenyataan Rasmi Pengerusi I.Q.RaC

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang sentiasa mengurniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita.Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan untuk memberi peringatan kepada segelintir ahli Intellectual Quranic Generation Club (IQRAC) yang cuba menimbulkan beberapa polemik sehingga menyebabkan kecelaruan di kalangan ahli IQRAC sendiri.Masalah ini bukan sahaja menimbulkan pandangan negatif terhadap seseorang malah yang lebih dahsyat akan timbul fitnah yang menyebabkan perpecahan.


Berhubung dengan perkara tersebut, suka saya nyatakan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian buat semua.Pertamanya, mereka perlulah cerdik dalam membezakan perkara yang boleh dibincangkan secara umum dan perkara yang tidak perlu dibincangkan secara umum.Apatah lagi jika mereka ini membesar-besarkan sesuatu perkara kepada mereka yang tidak pernah mengikuti secara langsung dan tidak pernah mengkaji secara mendalam tentang permasalahan yang berlaku.

Seterusnya, mereka sepatutnya adil dalam membincangkan sesuatu perkara.Tindakan mengerat-ngerat fakta untuk kepentingan individu atau kumpulan hanya menjatuhkan intergriti mereka.Samalah sahaja tindakan mereka ini dengan membiarkan seorang yang buta untuk mengenalpasti bagaimanakah rupa seekor gajah.Apabila disentuh belalai,dikatakan gajah itu panjang.Apabila disentuh kaki,dikatakan gajah itu gemuk.Apabila disentuh ekor,dikatakan gajah itu kecil.

Dalam mendapatkan kesahihan sesuatu perkara, suka saya nasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pimpinan tentang sesuatu perkara.Ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli IQRAC sehingga menimbulkan kecelaruan.Ia juga bagi memastikan berita-berita yang tidak betul dapat dibersihkan secepat mungkin.

Dengan itu, suka kami ingatkan agar hal sebegini tidak berulang lagi selepas ini.Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat jika perkara sebegini masih berulang.Janganlah kita menjadi orang yang paling lantang melaungkan slogan KESATUAN UMMAH namun dalam masa yang sama kitalah yang menimbulkan masalah seperti yang dinyatakan sebelum ini.Harapan saya kepada yang sentiasa menyatakan bahawa mereka boleh bersatu di bawah satu panji dapat membuktikan apa yang diperkatakan.

Akhir kalam, di kesempatan ini kami mengucapkan Salam Imtihan kepada semua warga IQRAC.Semoga semua mendapat pertolongan daripada Allah.Kami juga berharap agar kita sama-sama menjaga adab dalam menjalankan gerak kerja Pilihan Raya Kampus .Semoga ukhuwah yang terbina selama ini diteruskan dan dapat diperkukuhkan.

Sekian,
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Salam hormat dari saya,
Pengerusi,
Salam Imtihan

Salam Imtihan

‘Demam imtihan’ kembali melanda warga mahasiswa di Negeri Al-Quran ini. Untuk Pengetahuan sahabat-sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekalian, tarikh peperiksaan Al-Quran Syafawi dan Al-Quran Tahriri telah ditunda ke 23 dan 24 November 2009,manakala bagi madah Tajwid,English dan Understanding Islam telah ditukar ke tarikh 16,17 dan 18 November ini .Mungkin sesetengah mahasiswa DQ terutamanya bagi pelajar diploma dan ijazah tidak terasa bahang imtihan ini. Di sana-sini, majoriti dari kita sudah mula bercakap-cakap tentang fatrah imtihan yang makin mendekat dan tidak kurang juga yang mula merancang pelbagai strategi untuk mencapai pointer yang elok bagi semester ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semester kedua inilah merupakan detik-detik kritikal dan yang paling mencabar bagi setiap pelajar Program Persijilan DQ-UIAM . Namun, apa yang pasti, walau apa pun cara atau strategi, kita sama-sama inginkan kecemerlangan dalam imtihan kali ini.

Saban tahun, setiap kali menjelangnya fatrah imtihan, kita sering diajak untuk merenung kembali diri masing-masing sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi imtihan yang menjelang. Dan begitu juga saban semester, kita diajak bermuhasabah tentang kelemahan atau kecuaian kita pada musim imtihan pada semester sudah. Setiap kali berakhirnya musim imtihan, ramai dari kita yang menaruh azam dan tekad untuk melakukan yang lebih baik dalam fasa imtihan seterusnya. Namun sayang, tidak ramai dari kita yang mampu mengekalkan azam tersebut pada fasa imtihan yang seterusnya.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya kecemerlangan dalam peperiksaan merupakan suatu perkara yang cukup penting dalam diari kehidupan seorang mahasiswa khususnya mahasiswa muslim. Keperluan umat Islam kepada mahasiswa muslim yang cemerlang dari sudut akademik dan pemahaman terhadap Al Quran itu sendiri merupakan suatu yang bersifat mendesak. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan umat Islam yang tidak keterlaluan jika dikatakan ketinggalan dalam banyak bidang. Peri pentingnya kepada kecemerlangan akademik dapat kita soroti daripada lipatan sirah agung tokoh ilmuwan Islam sendiri. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan banyak lagi tokoh-tokoh cendekiawan muslim cukup dikenali baik dalam dunia Islam mahupun barat. Mereka bukan sahaja faqih dalam ilmu agama, tetapi juga turut menguasai pelbagai ilmu alat yang lain seperti perubatan, kira-kira dan astronomi.

Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi setiap dari kita yang bergelar mahasiswa muslim serta bakal-bakal huffaz teknokrat untuk menguasai dalam apa jua bidang untuk mengembalikan keagungan tamadun ilmu kepada dunia Islam. Baginda Ar-Rasul (saw) telah mengajarkan kepada kita melalui sirahnya yang mulia bahawa sesungguhnya umat Islam tidak pernah mengenal erti usaha melainkan bersama-sama usaha itu adanya mujahadah dan kesungguhan. Renungilah peristiwa kesungguhan Nabi (saw) berdakwah di Thaif sehingga baginda dilempar dengan batu, namun untuk baginda berputus asa, tidak sama sekali.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri masing-masing, adakah aku telah bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) telah bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah aku telah merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhanku sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhannya?

Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam...

Kami di saf kepimpinan I.Q.Rac mengucapkan Salam Mujahadah dan selamat menghadapi imtihan bagi semester ke-2 ini kepada sahabat-sahabat seperjuangan banin dan banat. Moga-moga kejayaan yang kita idam-idamkan dapat menjadi kenyataan. Siiru 'ala Barakatillah.


Disediakan oleh: Ketua Biro Penerbitan Dan Informasi I.Q.RaC

Kejayaan hakiki


Setiap insan pasti menginginkan kejayaan.Nak berjaya dalam pelajaran, dan macam lagi. Hakikatnya. kejayaan dunia dan akhirat ini sebenarnya ditentukan dengan sebanyak mana kita dapat mengamalkan segala perintah dan larangannya dan seterusnya dapat bertemu denganNya di alam yang kekal abadi di sana..tak lain dan tak bukan, untuk mengecapi kejayaan ini, kita seharusnya mengikuti garis panduan yang Allah sendiri telah gariskan dalam kitab suciNYA..Kejayaan yang hakiki kita dambakan, InsyaAllah..


Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):

[23.1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)



Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.”

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.”

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.”

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan). “

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima:
Menjaga amanah.”

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam:
Setia pada janji.”

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.”

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh

Jamuan Aidilfitri I.Q.Rac Banin 2009




Biro Tugas-Tugas Khas(TTK) dengan jayanya telah menganjurkan majlis sambutan hari raya bagi pelajar persijilan banin bertempat di Bilik Rehat Asrama Blok A(atau popular dengan gelaran bilik ping-pong).Dengan bertemakan "Syawal diraikan,Ukhuwwah didahulukan",majlis yang diadakan pada 9 Oktober 2009 telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada kalangan ahli semester 2.Kebanyakannya segak bergaya dengan baju melayu lengkap bersamping(ada yang pakai kain pelekat je bagi menggantikan samping).Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Sdr Khairul Anuar seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PERKEMAT, Sdr Izzudin Zubit pada jam 9.30malam.Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pengerusi I.Q.Rac, Sdr Abdul Malik Abdul Razak.Kesemua hadirin pada majlis tersebut dihidangkan dengan nasi himpit,rendang,kek lapis sarawak dan lain-lain.Pada pengakhiran mjlis tersebut,para hadirin telah dihiburkan dengan tayangan filem "Geng:Pengembaraan Bermula".

HARI RAYA IQRAC 2009



Majlis hari raya IQRaC antara banat yang diadakan oleh TTK telah berjalan dengan penuh meriah sekali. Majlis bermula dengan persembahan daripada setiap usrah banat sijil. Antaranya persembahan nasyid, lakonan, iklan, koir dan busana muslimah. Setelah itu, para hadirin dipersilakan menjamu hidangan yang terdiri daripada sate, kuah kacang, mi, kih raya dan yang paling penting dihidangkan air Sunquick Blackurrant yang istimewa. dan sebagainya yang sungguh menambat selera.Sambil menikmati hidangan yang tersedia, para hadirin dihidangkan dengan halwa telinga berupa lagu-lagu raya yang mengembalikan mood raya walaupun sudah beberapa minggu syawal menjengah tiba. Terasa manisnya ukhwah apabila bersama dan mengasihi kerana Allah. Namun begitu, pesanan buat semua, dalam kita bergembira di hari raya, marilah kita muhasabah diri bersama. Apakah Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan kita telah berjaya mengubah diri kita kearah yang lebih baik?? Apakah kita akan terus giat beribadah sebagaimana ketika berada dalam Bulan Ramadhan?..Di kesempatan ini juga, kami, IQRaC ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua.minal aidil walfaizin..

Kenangan Ramadhan : Ceramah Ramadhan


Segala puji diucapakan kepada Allah yang telah mempertemukan kami dengan seorang ulama' yang dekat di hati rakyat Malaysia,Ustaz Zahazan bin Mohamed.Ceramah ini dianjurkan oleh Perkemat Dq melalui Intellectual Quranic generation Club.Alhamdulillah mendapat sambutan yang cukup baik.Kira-kira 600orang menghadiri ceramah ini.Peringatan............teruskan membeli majalah SOLUSI moga dengan itu media Islam terus disokong

Tawadhu dalam menyampaikan ilmu

Hadirin berpusu-pusu mendapat sentuhan kasih seorang ulama'

Kenangan Ramadhan : Jalinan Ramadhan

Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran

Antara tetamu jemputan
Meraikan adik-adik yang kurang bernasib baik
Moga dengan sumbangan tersebut mendapat ganjaran yang setimpal di sisiNya

Moga ukhuwah yang dibina mendapat rahmat dariNya

Permata DQ

Bersempena dengan muktamar GAMIS yang lalu, seorang yang yang tidak asing lagi di negeri Al-Quran, Akh Idris telah ditaklifkan sebagai Presiden Gamis.Beliau yang juga Mantan TYDP Perkemat 06/07 merupakan seorang aktivis dakwah yang sangat memberi penumpuan dalam aspek tarbiah terutamanya usrah.Masih terngiang di telinga apabila mendengar kata-katanya dalam satu program bersamanya,"Saya akan terus memperjuangkan usrah sehingga akhir hayat saya."Diharap dengan roh tarbiah yang tertanam utuh dalam diri beliau bakal membawa perubahan besar dalam gerakan mahasiswa Islam.

Tidak dilupakan juga buat Ust Dzulkhairi yang telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Gamis yang telah banyak mengorbankan jiwa raga dalam memastikan mahasiswa di negara ini terus mara dalam memperjuankan Islam.

"Ikhtilat Terjaga, Biah Solehah Terpelihara"

"Ikhtilat Terjaga, Biah Solehah Terpelihara"

Satu Forum Anjuran Perkemat Dq melalui IQRaC telah diadakan pada khamis yang lalu, 30 Julai 2009 bersamaan 7 Syaaban 1430h di Auditoriun Sheikh Mohd Noor. Ahli panel jemputan terdiri daripada ustaz Shamsul Hakim bin Abdul Samad(Mantan YDP Perkemat) dan Ustazah Nurul Suhada binti Shuib(Vice President of Maaruf Club).Forum yang bertemakan " Ikhtilat terjaga,biah Solehah terpelihara" itu... telah dipengerusikan oleh Mohd Khairi Bin Salleh dan mendapat sambutanhangat siswa dan siswi Darul Quran. Forum ini telah membincangkan mengenai masalah ikhtilat yang menjadimasalah utama muda mudi sekarang tak terkecuali mereka yang bergelar hafiz dan hafizah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Diharapkan semua siswa dan siswa Darul Quran mendapat ibrah yang berguna daripada forum ini, tentang konsep pergaulan dalam Islam yang sebenarnya dan berusaha mengikutinya.Tepuk dada dantanya iman,koreksi diri, adakah selama ini pergaulan antara kita berlandaskan syarak atau kita terus terpenjaradalam syurga dunia ciptaan kita sendiri ..Jangan sampai Allah menurunkan musibah ke atas kita atas kedegilandan kekerasan hati kita sendiri..Moga Biah Solehah di Darul Quran yang sekian lama dipertahankan terus terpelihara,InsyaAllah..


Satu Penantian....





Darul Quran,16 Ogos-"Buat makluman siswa dan siswi darul Quran,anda semua telah diarah megosongkan Darul Quran pada esok hari rentetan ramainyer pelajar kita yang telah mengalami demam panas.Dibimbangi penyakit H1N1 akan menular,Anda diberi cuti selama seminggu,"ujar Ust Fadzlah."Allahuakbar3x,"laungan tersebut bergema di Pusat Islam Dq.Para siswa kegembiraan.
"Astaghfirullah.Macamana dengan program kite Akh Qutaibah?"ujar setiausaha program.
"Kite akan teruskan program walaupun hanya 50orang sahaja peserta.Bukan senang nak dapatkan Ustaz hasrizal.siap kena pergi jumpa ustaz lagi.Dah berapa kali Perkemat batalkan program dengan ustaz murobbi tu.."balas akh Qutaibah.
Semua KD program berhempas pulas pada malam itu untuk mengenalpasti peserta yang setia menyertai program tersebut.Agak memuaskan.
Keesokannya.........
"Assalamualaikum.Ustaz dah berbincang dan buat keputusan untuk tangguhkan program tersebut.Tarikh kami akan tetapkan,"pegawai kokurikulum..............
Hampir menitis airmata mendengar kata-kata tersebut..
Marah,sedih,hampa,bingung...semuanya ada.
namun jangan bimbang kami akan terus berusaha menjayakan program tersebut bagi memastikan para kader-kader da'wah yang cintakan ilmu dapat berada dalam program tersebut satu hari nanti.Insya Allah.

KENAPA MAHU BERDAKWAH?


Kebanyakan siswa kampus sering tertanya-tanya tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan.
Namun, sahabat-sahabat di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH?Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah...
Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da’ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah.
Salahkah pemikiran seperti ini?Tentu tidak salah, tetapi ada kekurangannya di situ…
Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib. Kewajipan dakwah itu sangat rasional. Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayat al-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan.
Apakah salah berpemikiran sebegini? Tentu sekali pemikiran ini adalah pemikiran yang lurus dan benar tentang dakwah. Tetapi di sana ada sesuatu yang kurang. Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang kemudian…
Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam, kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri.
“Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah”, pesan seorang naqib kepada anak buahnya.
“Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap”
Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. Tetapi sudahkah HATI merasainya?
TAHU DAN MAHU
Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam ‘dunia akal ‘di kampus, ia sudah cukup untuk membantu diri kita terjun ke medan dakwah. Dunia realiti bukan dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU.
Sudah berkali-kali saya cuba buktikan, bahawa manusia tidak bertindak hanya berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU, dan mahu itu adalah soal hati.
Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentang dakwah itu boleh dikesan telah terserap ke dalam hati menjadi MAHU? Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah itu kita mendapat KEPUASAN hidup.
ANALOGI 3 PEKERJA
Analogikan sahaja kepada 3 pekerja. Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan. Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.
Anda pendakwah kategori mana?
Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.
Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?
Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.
Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.
Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.
Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!
Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran).
Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.
Kenapa soal ini penting?
DUNIA KERJAYA DAN RUMAHTANGGA
Apabila sahabat-sahabat di kampus terjun ke medan kerjaya dan berumahtangga, mereka yang dahulunya aktif berdakwah akan kecundang satu demi satu.
Mereka kecundang bukan kerana fikiran telah berubah.
Dulu saya yakin dakwah itu wajib, tetapi kini di alam kerja dan rumahtangga, saya berjumpa dengan wajib yang lebih besar dan tinggi. Tidak ramai yang ‘gugur’ kerana berfikir begini.
Mereka kecundang bukan kerana suasana persekitaran sudah kekurangan maksiat dan sebab dakwah. Malah maksiat makin banyak, makin menggila. Tetapi lagi banyak maksiat bertebaran, makin kurang pendakwah yang bertahan.
Gugurnya da’ie dari jalan dakwah bukan kerana itu semua.
Gugur itu hanya kerana 5 huruf yang sakti.
S.I.B.U.K.
Ya, jika sibuk dijadikan alasan, tidak akan ada sesiapa pun yang berani membantah. Jika dahulu kita sendiri, kini sudah bersuami atau beristeri. Anak-anak bakal menyusul. Dulu satu ibu dan satu bapa, satu keluarga dan satu saudara mara. Kini semua berganda dua. Hujung minggu hanya sehari atau dua.
Tanpa disedari, sudah setahun tidak berusrah. Sudah setahun tidak berceramah, sudah setahun bercuti dari dakwah. Salahkah bercuti dari dakwah? Akal mungkin berkata ya, tetapi hati sedap menikmatinya.
Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad’u dan diri yang da’ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua selain dakwah.
BAGAIMANA MENGATASINYA?
Bagaimanakah sahabat-sahabat boleh selamat dan terkecuali dari fenomena warisan ini?
Pimpinan gerakan Islam masih bertarung, selagi nyawa dikandung tubuh.
Bak kata seorang da'ie yang gigih,Ustaz Hasrizal"Percayalah berdakwah bukan untuk menerima, tetapi kerana mahu memberi. Dan pada memberi itu, saya meng’erti’kan hidup, lantas terasa berbaloi mengorbankan Sabtu dan Ahad demi Sabtu dan Ahad, meninggalkan anak sendiri untuk bertemu anak orang lain, demi erti hidup yang pada MEMBERI.
Kerana itulah saya masih terus bertahan, walaupun dalam seribu kepayahan."
“Kenapa mahu berdakwah?”, tanyalah kepada diri..
Diadaptasi dari:www.saifulislam.com..
TECHNOBALL SERIES 1

TECHNOBALL SERIES 1

DARUL QURAN,KUALA KUBU BHARU- Jika pihak banin persijilan menganjurkan FOOTJIL, banat persijilan juga tidak ketinggalan menganjurkan perlawanan persahabatan bola jaring antara kelas tasmik pada jumaat dan sabtu, 17 dan 18 Julai yang lalu yang berlangsung di padang asrama.. Perlawanan tersebut dianjurkan oleh biro TTK di bawah kelolaan IQSPORT. Semua pemain menunjukkan kesungguhan demi merebut gelaran juara. Perlawanan final pula akan diadakan pada hari jumaat ini, 24 Julai antara kelas Arifatul Ulya dan Kelas Ustazah Mas Azura. Sama-samalah kita saksikan kelas mana yang bakal bergelar juara. Kepada kelas yang telah kalah(JAISHUL HUFFAZ dan ULUL ALBAB), syabas juga diucapkan kerana telah berjuang sehinnga syahid..Jangan resah kerana TECHNOBALL Series 2 akan muncul pula selepas ini. Tingkatkan usaha dan prestasi anda. Moga berjaya!! Aqlussalim filjismissalim...

Akhirnya juara telahpun diketahui..Kelas Arifatul Ulya akhirnya memenangi perlawanan ini dengan mata 5-4 menentang kelas I.B.FAZ(nama baru kelas Ustazah Mas Azura).Tahiah diucapkan!!!

S.P.I.E.S





KEM SEMANGAT, KUALA KUBU BHARU- Seramai 19 orang pelajar banat dan 3 orang banin persijilan DQ-UIAM telah menyertai satu program yang diberi nama SPIES, singkatan kepada Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Program yang dianjurkan selama 2 hari satu malam bertujuan melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik yang memerlukan pembangunan bersepadu terhadap 5 unnsur kecerdasan utama. Peserta DQ yang menyertai program ini telah mendapat pengalaman baru apabila berpeluang berinteraksi dengan peserta-peserta daripada institusi pengajian tinggi lain sepert Kolej Putra Intelek dan UPSI serta bertukar-tukar pengalamn dan pandangan disamping menunjukkan qudwah hasanah yang baik, Alhamdulillah..Dua orang peserta DQ telah berjaya mendapat penghargaan daripada pihak penganjur iaitu Ashraf Bin Salleh dan Zul Ariffin Helmy Bin Redhuan. Selepas ini, akan diadakan pula program susulan Tahap kedua yang dijangka lebih menarik. Semoga segala ilmu yang telah dikutip sepanjang program dapat diamalkan dan dikongsi dengan sahabat-sahabat lain, InsyaAllah..

FOOTJIL 09



Darul Quran KKB-10 JUL: Unit IQ SPORT dibawah Biro TTK IQRaC telah menganjurkan Karnival Futsal Persijilan(FOOTJIL) 5 Sebelah bermula 7-9 Jul 2009 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang DQ.Sebanyak tujuh pasukan telah menyertai karnival ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar banin semester 2. Pasukan-pasukan ini dibentuk mengikut halaqah tasmi’ masing-masing. Sepanjang karnival ini berlangsung, para pelajar telah memberikan komitmen 100% serta menunjukkan satu semangat kesukanan yang amat menggalakkan. Perlawanan akhir diantara team Ikhwan FC menentang team Hamas FC menyaksikan Hamas FC menumbangkan lawannya dgn 2 gol tanpa balas hasil jaringan pemain bintang mereka, Luq Aiman dan Muhaimin. Syabas diucapkan kpd mereka!!Semoga dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan stamina mereka untuk meneruskan perjuangan di negeri al-Quran.Akhirnya hayatilah satu sabda dari kekasih Allah:Mu'min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu'min yang lemah.

MAJLIS PELANTIKAN GURU PENASIHAT IQRaC 09/10




Pada 2 Julai 2009 yang lalu, satu majlis yang dinamakan Majlis Pelantikan Guru Penasihat IQRac telahpun berjaya diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis, saudara Asif. Setelah itu, majlis disambung dengan ucapan oleh Yang Dipertua PERKEMAT, saudara Ahmad Qutaibah Bin Mohamed sekaligus mengumumkan pelantikan perwakilan baru memandangkan terdapat beberapa kekosongan dalam saf yang terdahulu. Berikut merupakan... tanzim IQRac yang baru:

PENASIHAT
Ustaz Ikmal Shukri Bin Zulkifli

PENGERUSI
Muhammad Hanif Bin Ali

TIMBALAN PENGERUSI 1
Mohd Hamdi Bin Razali

TIMBALAN PENGERUSI 2
Madihah Binti Haji Mat Ali

SETIAUSAHA
Ashraf Bin Salleh

TIMBALAN SETIAUSAHA
Hazirah Binti Taharin

BENDAHARI
Zul Ariffin Helmy Bin Reduan

TIMBALAN BENDAHARI
'Izzan Fariha Binti Alias

KETUA BIRO TARBIYAH DAN KEROHANIAN
Ahmad Bukhori Bin Mat Rahim
TIMB. KETUA BIRO TARBIYAH DAN KEROHANIAN
Ain Najwa Binti Zamri

KETUA BIRO AKADEMIK
Muhammad Abdurrasyid Bin Mahamad Jamil
TIMB. KETUA BIRO AKADEMIK
Najihah Binti Mohamad Anuar

KETUA BIRO PENERBITAN DAN INFORMASI
Shuhaib Ar-Rumy Bin Ismail
TIMB. KETUA BIRO PENERBITAN DAN INFORMASI
Nur Daleela Binti Mohd Azlan

KETUA BIRO PERHUBUNGAN DAN AKTIVITI LUAR
Muhammad Anwar Bin Ahmad
TIMB. KETUA BIRO PERHUBUNGAN DAN AKTIVITI LUAR
Farah Aqilah Binti Abdul Mutalib

KETUA BIRO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Sayid Husain Malik Bin Sayid Anas
TIMB. KETUA BIRO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Nur Hadibah Binti Abdul Halim

KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Mohd Khairuddin Bin Roslin
TIMB. KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Nurul Sakinah Binti Mohd Jafri

Setelah itu, majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh mantan penasihat IQRaC, Ustaz Taufik Bin Arshad dan disambung pula dengan ucapan oleh penasihat PERKEMAT, Ustaz Syaa'bani Bin Haji Awang sekaligus menobatkan penasihat IQRaC yang baru, Ustaz Ikmal Shukri Bin Zulkifli . Majlis kemudiaannya diserikan dengan ucapan beliau.

Berikutnya, hadirin disajikan dengan tayangan video korporat yang disediakan oleh unit multimedia. Kemudiaan, seramai lima orang artis IQRac telah menggamatkan suasana dengan halwa telinga yang mengasyikkan.

Di penghujung majlis, para hadirin diberikan sedikit cenderamata berupa dadih yang telah disediakan oleh unit jamuan Banat. Para tetamu VIP dan perwakilan pula disajikan dengan jamuan ringkas berupa mi bandung.

Semoga dengan pelantikan guru penasihat yang baru ini, IQRaC akan bertambah mantap dengan idea-idea bernas daripada Ustaz Ikmal. Begitu juga kepada perwakilan yang baru dilantik, selamat menjalankan tugas dan berkhidmat untuk IQRaC demi menegakkan agama Islam yang tercinta.Iqamatuddin wasiasatudduniabih!!!



MIKHWAD

MIKHWAD

Pada hari Jumaat, 22 Mei 2009 sebaik sahaja kertas Understanding Islam selesai, telah diadakan satu majlis untuk meraikan pelajar semester 3 yang telah menamatkan pengajian mereka di Darul Quran dan akan menyambung pengajian di IPT yang telah dipilih masing-masing.

Majlis tersebut diberi nama MIKHWAD atau nama panjangnya Majlis Infiniti Ukhwah Abadi dan bertemakan 'Sedetik Indah Bersama, Seabad Memori Tercipta'. Tujuan majlis ini diadakan sebagai menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh para pelajar ini disamping menjadi inspirasi kepada pelajar semester 1 untuk mengikuti jejak langkah mereka yang telahpun menghafaz 30 juzuk quran.

Majlis yang dirancang secara rahsia ini telah bemula dengan satu kejutan yang menggemparkan warga Dewan Muktamar pada ketika itu.Seterusnya, majlis dimulakan dengan persembahan sajak oleh wakil pelajar semester 1 dan disambung dengan ucapan oleh Pengerusi IQRaC 09/10, Muhammad Hanif Bin Ali, ucapan oleh jemputan khas dan seterusnya sepatah dua kata dari wakil semester 3, mantan pengerusi IQRac 08/09, saudara Abdul Malik Bin Razak.


Setelah itu, semua hadirin dijemput menikmati sedikit hidangan tengahari yang disediakan berupa nasi ayam madu sambil menonton sedikit tayangan gambar yang disediakan oleh unit multimedia. Pada pengakhiran majlis,diadakan pula upacara memotong kek.



Semoga majlis yang telah diadakan ini dapat menyuburkan lagi ukhwah kerana Allah yang terpatri diantara pelajar semester 3 dan pelajar semester 1 dan seterusnya dapat dikekalkan sehingga akhir hayat, InsyaAllah.



Manfaatkan Cuti

Alhamdulillah..
Akhirnya setelah berhempas pulas menghadapi satu lagi ujian di bumi Darul Quran..Imtihan akhir sebelum memasuki sem baru, dapat kita semua menikmati cuti selama 5 minggu yang agak panjang masanya..

Peringatan buat sahabat sahabiah sekalian bahawa sesungguhnya usia muda, masa lapang dan kemewahan adalah kecelakaan bagi sesorang walau dalam apa jua bentuk kecelakaan...



Mafhum hadith Rasulullah S.AW,nabi junjungan kita



" 2 nikmat yang kebanyakan manusia lupa ialah kesihatan & waktu lapang..


" Dan dalam sabda baginda yang lain pula, "..waktu lapang sebelum datangnya waktu sempit.."

Imam Syafie' juga pernah berkata " Yang paling jauh bukannya bintang, matahari dan bukan juga rembulan tetapi adalah masa yang telah berlalu dan tak akan kembali lagi..kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan dan kelmarin yang telah terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini dan yang akan datang..gunakan hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita..sedangana semalam telah pergi buat selama-lamanya "



Oleh itu, gunakanlah masa lapang yang ada ini untuk sama-sama kita memasyikan hafalan Al-Quran kita disamping meningkatkan thaqafah di dada..Selain itu, ambillah kesempatan untuk menyertai kelas tasmik tambahan yang akan diadakan nanti..



Kepada akak-akak dan abang-abang gen 9 yang akan meninggalkan DQ dan membawa haluan masing-masing, ada yang akan memasuki CENFOS PJ dan mungkin ada juga yang fly ke serata dunia, kami semua sentiasa mendoakan yang terbaik untuk antum dan antunna semua dan moga tabah dalam menghadapi apa sahaja bentuk rintangan yang mendatang..moga semua butir mutiara yang telah dikutip sepanjang berada di bumi barakah darul quran ini dapat menjadi benteng dalam menangkis semua mehnah dan tribulasi di luar sana..insyaAllah..

All The Best!!










Adab Membaca Al-Quran seperti Tafsir Surah Al-A'araf

Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi:

1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.


2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.


3.Membaca dalam keadaan berwudhuk.


4.Mengadap ke arah kiblat.


5.Memulakan dengan at-Ta’awwuz.


6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahafaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.


7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.
Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbul riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring.- Kitab Ihya` Ulumuddin.

8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.


9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis.

Tahukah Anda!!!Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.Sebagai contoh orang-orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maaidah.

10.Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.


11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.


12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu.


13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.
Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim

14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.


15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu..


16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.


17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.
Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi AhkamTilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :

18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiah Allah kepada si pembaca Al-Quran tersebut.


19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.


20.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.


21.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.


22.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
Kalam Terakhir dari Pengerusi I.Q.RaC 08/09

Kalam Terakhir dari Pengerusi I.Q.RaC 08/09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“We did indeed offer the trust to the Heavens ,to the Earth and to the mountains (to bear it) but they declined to bear it and were afraid that they would not be able to fulfill it (for they do not have innate disposition to bear it).And (then) man (with the innate disposition in him) undertook to bear it.(Remember that) man is prone to do injustice and to do things in the manner of the ignorant ”
(Surah AlAhzab:verse 72)

Segala puji bagi Allah pencipta alam semester tersimpannya seribu satu rahsia disebalik keindahan ciptaanNYa. Selawat dan salam buat Junjungan mulia Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w yang memastikan survival ummah ini terus dalam kegemilangan dan kecemerlangan. Tak lupa juga buat ahli keluarga baginda,para sahabat,para tabi’e dan tabi’ tabien seterusnya jiwa-jiwa yang meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sehinggalah terhapusnya fitnah diatas muka bumi ini. Salam perjuangan buat mereka yang mencintai Islam sebagai mukadimah warkah terakhir dari saya mewakili saf kepimpinan I.Q.RaC 08/09.

Sahabat sahabiah seperjuangan,

Saya mengucapkan setinggi-tingi kesyukuran kehadrat Ilahi telah memilh saya dan rakan seperjuangan menjadi salah seorang tenteraNya. IQRaC sebagai satu wadah buat saya dan rakan-rakan mengimplementasikan Islam sebagai satu cara hidup. Disinilah kami memungut mutiara tarbiah melalui sistem yang disusun agar lahirnya Sultan Muhammad AlFateh yang kedua. IQRaC sebagai medan latihan buat kami sebelum memasuki gerbang merawat masyarakat dan mendidik. Disilah kami belajar perkara baru sebagai seorang huffaz teknokrat.

Dunia kepimpinan penuh dengan ombak bergelora kadang-kadang diuji dengan ujiaan membebankan terasa jiwa dan emosi terumbang ambing, cemuhan dan kritikan perkara biasa buat seorang duat andai Nabi Muhammad dicemuh siapalah kita untuk sentiasa diagungkan. Biarlah kita dihina dihadapan manusia tapi mulia disisiNya, biarlah titis peluh dan keringat yang tak seberapa ini akan menjadi saksi bahawa kitalah penegak kebenaran. Itulah jalan perjuangan tak lekang dengan ujiaan perasaan dan jiwa ditambah dengan masalah kewangan, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya namun disitulah terbinanya bibit kemanisan ukhuwwah. Teman sejati wujud dikala senang dan susah, berpuluh-puluh sms kian meziarahi telefon tatkala diri berasa lemah. Saya bersyukur memiliki teman sejati didunia dan diakhirat. Terima kasih kepada anda semua!!!

Genap satu tahun kami mentadbir IQRaC bermula 27 Mac 2008 sehinggalah 27 Mac 2009 beribu kenangan dan pengalaman diperolehi. Dunia ini ibarat roda kadang-kadang diatas kadang-kadang dibawah. Moga pengalaman ini menjadi bekalan dalam mendepani dunia pancaroba sebagai seorang doktor merawat iman lesu melalui method dakwah fardiah dan jamaah yang disusun. Itulah tugas kita sebenar wahai huffaz teknokrat menjalankan proses Islamisasi dibidang masing-masing. Biarlah masyarakat merasai keberadaan kita usahlah menjadi huffaz bisu. AlQuran hanya meniti dibibir semata-mata namun masyarakat tidak mendapat sedikit pun kilauan AlQuran walaupun hanya tempias. Ruginya masyarakat dengan lahirnya hufffaz seperti ini. Islam menjadi fitnah disebabkan golongan agama sendiri. Non-muslim fobia terhadap Islam dek perangai umat Islam itu sendiri.

Warkah terakhir ini juga saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada bonda dan ayahanda yang memahami diri saya sejak ditaman Maahadi lagi, Ust. Taufiq selaku guru pensihat, Mantan YDP PERKEMAT DQ Akh Ihsan Fadhli dan barisan exco, saf kepimpinan Perkemat 08/09,sayap kanan dan sayap kiri Pengerusi IQRaC, barisan perwakilan IQRaC 08/09, pihak pentadbir HEP, DQ & UIAM,adik-beradik usrah Wafda,adik-adik Hunafa’ dan buat sahabat-sahabiah yang menyokong kami tak lupa buat rakan-rakan setia menjadi pengkritik kehormat kami namun merekalah yang mengajar kami erti ketabahan, tanpa mereka jalan ini tak akan dirasai kelazatannya. Syukran ‘alla kullihal.

Saf Kepimpinan IQRaC 09/10

Buat adik-adik pewaris perjuangan Islam, saya dan abang-abang serta kakak-kakak mengharapkan kelab ini terus maju kehadapan dengan idea dan pendekatan yang baru. Dunia kepimpinan bukan satu tradisi tapi satu seni. Itulah ungkapan nasihat yang diungkapkan oleh Akh Luqman Nazari buat kami ketika induksi dulu. Jadilah seorang pemimpin yang sufi lagi haraki. Disini saya ingin kongsikan satu madah pujangga dari Abdullah Nasih Ulwan:

“ Wahai Anakku, jangan sibuk ingin memenangkan Islam dengan strategi semata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul dan ibadahmu semakin berkurang. Teladanilah Abdullah AlMubarakyang menggandingkan semangat jihadnya dengan ketaqwaan yang mutlah kepada Allah. Bukankah AlBanna itu seorang sufi lagi haraki”

Jagalah ibadat dan hubungan dengan Allah wahai adikku. Jalan ini penuh dengan onak dan duri. Jadikan Allah tempat pergantungan. Malammu tempat mengadu dan menangis kepada Sang Pencipta siangmu medan untuk bertempur. Tak cukup sekadar itu seimbangkanlah tarbiah dalam diri adik-adik dari segi ilmu, jasmani, pemikiran, fizikal dan mental. Seimbangkan antara tarbiah dan pengurusan biarlah ia bergerak seiringan. Setiap amal mestilah bertunjangkan kefahaman dan ikhlas kerana Allah. Yakinlah adik-adik mampu membawa bahtera ini jauh kehadapan andai ikatan ukhuwah sesama perwakilan kian utuh dari masa ke masa. Usah campur adukkan masalah peribadi dengan urusan kerja. Jadilah seorang proaktif dan rencam dalam melaksanakan amanah jangan salahkan oranglain andai dakwah kurang effective dan masalah baru timbul tapi salahkan diri kita adakah kita golongan bekerja??? Tidak lupa juga AlQuran dan akademik mestilah mantap jangan diabaikan. Sama-samalah menampung segala kekurangan agar adik-adik sentiasa dalam keizzahan dibawah naungan Ilahi.

Akhir kalam, saya mewakili barisan perwakilan memohon jutaan kemaafan andai ada salah silap ketika kami mengemudi bahtera ini,kebajikan terabai dan sebagainya. Tuntutlah hak sahabat semua didunia lagi janganlah dituntut di Padang Mahsyar kelak tatkala tiada tempat pergantungan melainkan rahmat Allah s.w.t. Harap maaf ampun dipinta. Doakan kami sentiasa istiqamah di atas jalanNYa semoga dikekalkan hidayah dan dirahmati Allah selalu. “ Sahabat yang dikasihi..marilah kita bersama..kita bina rabitah hati..mengisi..fitrah insani..merai cinta Nabi..” Sekian terimakasih. Salam ukhuwwah dan salam Perjuangan.. See you dIPT.

SUBUH DQ????

Tajuk lagu : Peristiwa Subuh

Nyanyian : Raihan



Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi

berkumandang suara azan

mendayu memecah sepi

selang-seli sahutan ayam

tetapi insan kalaupun ada hanya

mata yang celik dipejam lagi

hatinya penuh benci berdengkurlah kembali

begitulah peristiwa di Subuh hari

suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah

sujud mengharap keampunan-Nya

bersyukurlah bangkitlah segera

moga mendapat keredhaan-Nya

begitulah peristiwa di Subuh hari

setiap pagi setiap hari



Lirik nasyid di atas betul-betul mengingatkan ana kepada ‘Bumi Barokah’ yang pernah ana diami suatu ketika dahulu. Fenomena Subuh. Mungkin ada yang berpendapat artikel ini amat tidak patut di’post’kan dalam blog ini, akan tetapi ana berfikiran betapa egonya diri kita andai tidak dapat menerima kritikan atau teguran sekiranya perihal tersebut dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Ana yakin sahabat dan sahabiah ana lebih masyi tentang ayat 216 daripada surah al-Baqarah dan tidak perlu untuk dihuraikan lagi.


Situasi masjid



Cukup-cukup menyedihkan bagi setiap jemaah Subuh yang selalu bertandang ke masjid. Dengan bilangan saff yang tidak seperti saff solat fardhu yang lain dan kadang-kadang 2 saff pun tidak penuh. Ya Tuhan, ke mana perginya warga ‘Bumi Barokah’??? Di manakah mereka solat??? Tidak kira pelajar banin mahupun banat. Tampar muka tanya diri. Masjid indah yang menjadi tarikan setiap kali pengunjung datang hanya di’gah’kan oleh burung-burung yang setia dan hamba-hambaNya yang mengejar untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan-Nya, insya-Allah.



Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah : “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.



Hari minggu



Virus ‘hari minggu cuti jugaklaa’ semakin menyerang segelintir warga ‘Bumi Barokah’. Sepatutnya, dengan ketiadaan waktu kuliah di siang hari lebih memberi peluang keemasan, intan dan berlian untuk mengimarahkan lagi suasana Subuh khususnya dan juga solat-solat lain secara berjemaah di masjid. Teringat kuliah Subuh yang pernah disampaikan oleh mantan exco PERKEMAT 07/08, waktu tu hari minggu(Ahad), tazkirah yang disampaikan oleh beliau mengenai keutamaan solat Subuh. Nak dijadikan cerita, beliau kaitkan kisah Bilal bin Rabah dengan keadaan umat Islam. Situasi Bilal yang melaungkan kalimah ‘Ahad!!, Ahad!!, Ahad!!’ kerana tegar mempertahankan aqidahnya untuk tetap bersama Islam, akan tetapi ‘Ahad!!, Ahad!!, Ahad!!’ yang dilaungkan oleh umat Islam pada hari ini adalah kerana ingin memberitahu bahawa ’excuse’kanlah untuk solat Subuh. Masya-Allah wa na’udzubillah min dzalik.



Sahabat sahabiah yang amat ana kasihi,



Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim, apabila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh Gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Oleh sebab itu Baginda SAW telah mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa kelebihan yang tidak ada pada solat-solat yang lain. Antaranya,



· Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)



· Sabda Rasulullah SAW : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah dengan dua kebebasan, iaitu : *dibebaskan daripada api neraka

*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)



· Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).



· Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah SAW. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT.

Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah SAW yang bersifat ma’sum. Setiap hajat yang dipintanya pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang afdhal untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???



Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)



Ikhwan wa akhowati,



Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam hadith riwayat Imam at-Tirmidzi: “Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.



Apakah yang menghalang kita untuk tidak solat Subuh secara berjemaah? Atau paling kurang kalau tidak secara berjemaah pun, bukan ‘Subuh Gajah’ setelah dikejutkan oleh sahabat di sisi.



Retorik ke???



Jangan hanya kerana ada program syadid seperi Ribathul Mawaddah, Haluan Siswa, HAFAZ, Interfames dan seumpama dengannya barulah solat Subuh secara berjemaah di masjid terjaga. Sebaliknya, tanamlah dalam diri untuk istiqomah dalam mengerjakan solat Subuh berjemaah atau solat Subuh awal kerana kenikmatan tersebut tidak dapat diungkapkan melainkan hanya kepada si pelakunya. Ketenangan dan kedinginan suasana di saat matahari hendak terbit, hanya Tuhan yang tahu.



Betapa besarnya ganjaran Allah SWT yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid. Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh? Banin diberikan kemudahan basikal oleh Allah SWT. Tidak cukup dengan itu, stamina yang kuat yang tiada tandingan dengan kaum hawa. Kalau tak ada basikal sekalipun masih boleh membonceng bersama teman-teman mereka. Banat pula, asrama tidaklah sejauh asrama banin. Corong tempat azan dilaungkan pun tidak sampai sebatu untuk didengari. Itu kalau hari tak hujan, jemaah masih sedikit. Kalau hari hujan?(jawab sendiri ye..) Ana cukup kagum dan terharu dengan golongan ‘istimewa’ yang masih boleh melangkahkan kaki untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid tak kira hari hujan ataupun tak walaupun nikmat penglihatan tidak ada. Kita???!!!


Ketahuilah, solat Subuh merupakan sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Pada hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, hanya ibadat yang akan menerangi pelakunya. Seperti yang telah diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).



Muhasabah diri, kenali diri, perbaiki diri. Peliharalah solat kerana solat merupakan tiang agama. Alasan apakah lagi yang ingin diutarakan? Jika kita di hadapan Allah SWT nanti, dengan alasan yang bagaimanakah akan kita jawab? Tepuk dada tanya iman bukan tanya Aiman. Jadikanlah permulaan hidup kita pada setiap hari permulaan yang membawa berkat, rahmat, kepuasan dan ketenangan.



Apabila terasa diri diawasi Tuhan, diri akan merasa berdosa setiap waktu, jiwa menderita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmat-Nya, rasa hina diri dengan Tuhan dan itulah tanda diri kita memiliki sifat kehambaan. Berusahalah menjadi muslim yang sejati. Setiap usahamu akan dinilai di akhirat kelak dan menjadi saksi kepada Allah Taala. Insya-Allah.



P/S : Artikel ini ditujukan khusus kepada sahabat sahabiah dan adik-adik persijilan dan juga diri ana yang dhoif serta tidak lupa buat seluruh warga ‘Bumi Barokah’, tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana individu . Semoga kita sentiasa berada dalam pandangan-Nya dan jiwa sentiasa mendapat tarbiyah daripada-Nya. Semoga barokah dan rahmah Allah SWT kembali menyinari kampus dan diri kita, ameen.