HALUAN SISWA WEEK


28 Disember 08 - 31 Disember 08, Darul Quran
Habis sahaja sesi pendaftaran pada tengahari, siswa-siswi gen10 akan melalui satu proses Haluan Siswa yang mencabar dari segi mental dan juga fizikal serba sedikit. Haluan Siswa yang diatur oleh kakitangan DQ kali ini telah mencatat satu perubahan dalam diri para pelajar.

Dari hari pertama lagi mereka telah diajar untuk berdikari dan belajar menerima suasana DQ yang asing. Mungkin perit bagi adik-adik yang baru merasai suasana hidup di kampus namun apa yang dilalui bakal memberi pengajaran yang amat bermakna dalam meneruskan kehidupan di sini.

Haluan Siswa bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang DQ, sistem pentadbiran, peraturan, dan sebagainya. Juga bertujuan untuk melatih para pelajar untuk membina jati diri sebelum memulakan kehidupan sebagai para huffazul quran.


Pada hari ketiga, para peserta akan melalui satu lagi cabaran iaitu kembara. Aktiviti kembara ini telah dijalankan di hutan berdekatan dengan kampus di mana setiap perhentian terdapat motifnya yang tersendiri. Banyak manfaat yang diperoleh dari setiap perhentian dari pensyarah-pensyarah dan juga pengalaman mereka sendiri. 

Haluan Siswa kali ini berakhir pada hari yang ke-4. Namun, segala pengisian yang terdapat amat bermanfaat dan sememangnya menjadi kenangan yang amat manis di hati pelajar persijilan semester 1.


EmoticonEmoticon