MANTOP 2009



Kursus Pemantapan Teknik Hafazan atau nama popularnya MANTOP '09 yang dianjurkan oleh Biro Akademik IQRaC dengan kerjasama DIDIK PERKEMAT DQ dan HEP telah berlangsung selama sehari pada 21 Februari 2009 (27 Safar 1430h) iaitu pada hari Sabtu dari jam 8.00pagi hingga 12.00malam. Sasaran utama bagi MANTOP '09 ini ialah adik-adik persijilan semester 1 GEN10.

Antara matlamat yang ingin diketengahkan dalam MANTOP kali ini ialah untuk membaiki teknik hafazan para pelajar serta menaikkan motivasi untuk meneruskan pengajian di Darul Quran dalam menghafal kalamNya dan tidak lupa juga untuk mengeratkan ukhwah.

Ceramah "Beginilah Al-Quran Mengajar Kami" telah disampaikan oleh saudara Nazreen bin Mustapa iaitu bekas pelajar DQ GEN1 yang kini sedang dalam tahun akhir farmasi UIAM. Para peserta juga turut diberi pendedahan mengenai mehnah dan tribulasi seorang huffaz oleh saudara Muntaqim Abu Bakar, pelajar bidang perubatan pusat asasi UIAM yang juga merupakan bekas pelajar sijil GEN8.

Banyak lagi agenda yang telah dilaksanakan sepanjang MANTOP kali ini untuk mencapai matlamat-matlamat di atas. Mungkin juga forum yang telah disampaikan oleh Akh Mohd Siddqi dan juga Ukhti Siti 'Aishah Jauhara bakal memberi semangat baru kepada adik-adik yang dalam meneruskan perjuangan mereka di DQ ini.


EmoticonEmoticon