Demam Keputusan SPM

Setinggi-tinggi ucapan tahniah pihak I.Q.RaC ucapkan buat semua adik-adik persijilan GEN10 yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang baru-baru ini. Dan kepada yang kurang tetaplah bersyukur dengan apa yang ada kerana segalanya sudah ketentuan dan mungkin itu yang terbaik buat kita.

Buat adik-adik yang disayangi,

Rasanya adik-adik sudah selalu dengar abang-abang dan juga kakak-kakak menasihati agar untuk tidak mengisi mana-mana borang tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ya, mungkin bagi sesetengah dari adik-adik ada yang merasa ingin mencuba pengalaman belajar di luar negara. Dan tidak juga mustahil ada juga yang menjadikan DQ hanya tempat persingghan sebelum mendapat keputusan. Tapi, apa pun koreksi lah semula niat adik-adik untuk datang ke sini. Untuk menghafal Al-Quran. Sesungguhnya, memang jalan untuk menjadi seoarang hamalatul quran ini banyak dugaannya.

Dan mungkin salah satu daripada dugaannya ialah dugaan seperti dalam fatrah yang adik-adik hadapi sekarang. Dilema untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Iyalah, bukan senang untuk mendapat peluang. Tapi jika difikir-fikirkan kembali, sebenarnya jika niat kita memang benar-benar untuk mendapatkan Al-Quran itu dulu, segalanya tidak akan menjadi masalah. Apabila Al-Quran sudah di dada. insya Allah segalanya akan menjadi mudah.

Adik-adik yang dikasihi,

Bukan niat kami untuk menghalang. Apa yang baik tidak patut dihalang bahkan patut diberi dorongan. Tapi, dalam situasi seperti ini rasanya baiklah kiranya tidak melepaskan peluang untuk menghafal Al-Quran di bumi DQ ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk ke sini, bukan calang-calang orang yeng terpilih untuk menghafal Al-Quran, dan bukan juga calang-calang orang yang terpilih untuk khatam 30 juzuk kalamNya, serta bukan calang-calang ibu yang terpilih untuk melahirkan seorang huffazul quran.

Jadi, sebagai kata penguat, adik-adik fikirlah serta buatlah keputusan ikut kata akal bukan ikut kata hati. Ingatlah, akademik masih boleh dicari selepas ini. Tapi, Al-Quran itu bukan mudah. Jadi anadai sudah mendapat peluang janganlah disia-siakan takutnya nanti kita tak mungkin berpeluang lagi.

Salam mujahadah buat yang belum habis muqarrar lagi. Dan buat yang sudah, jangan terlalu leka serta berasa senang kerana kita tidak akan tahu bila masa kita akan diuji. Siiru 'ala barakatillah.


EmoticonEmoticon