English???


Assalamualaikum..

Untuk kali ini,jom kita sentuh tentang kepenggunaan bahasa yang kononnya diuar-uarkan sebagai bahasa dunia.

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang bahasa apa yang dimaksudkan. Ya, Bahasa Inggeris. Satu medium perhubungan yang hampir separuh dunia mengetahuinya dan digunakan dalam kebanyakan urusan. Di sini, bukanlah ana ingin menyentuh mengenai PPSMI serta hukumnya yang memang sudah jelas bagi kita. Tapi apa yang mahu ana bawakan ialah penguasaan bahasa tersebut sebagai kita pelajar persijilan Darul Quran - UIAM yang tidak lama lagi akan melangkah masuk ke alam kampus universiti yang lebih mencabar sama ada dari segi rohani mahupun jasmani.

Jika dibuat bancian, rasanya ramai antara kita yang akan meneruskan pengajian dalam bidang sains dan majoritinya ke UIA. Jadi bagi kita yang akan meneruskan dalam bidang sains ini, bahasa perantaraan yang digunakan ialah bahasa Inggeris. Maka, amat perlulah bagi kita untuk mahir dalam bahasa tersebut agar kita tidak tertinggal kebelakang. Ini juga penting sebagai membaw imej seorang hafiz dari DQ agar tidak dikatakan seolah-olah kejumudan oleh masyarakat luar yang sesetengahnya hanya memandang dari segi mata kasar materialisme sahaja.

Jadi, seharusnyalah kita cuba sedaya mungkin untuk menguasai paling tidak untuk bertutur ayat-ayat percakapan harian yang biasa. Antara cara yang paling efektif untuk memahirkan penggunaannya ialah dengan bertutur dengan menggunakan bahasa Inggeris. Fenomena menganggap berlagak atau sebagainya jika digunakan perlulah dikikis kerana kita sebenarnya perlu sedar akan kelebihan serta maslahah yang akan datang yang lebih besar dari hanya mengomong buruk tentang orang lain tanpa manfaat. Tapi apa pun yang penting, perlu juga diperhatikan dan diambil berat akan tempat serta waktu yang sesuai untuk menggunakannya. Yang paling utama niat kita. Adakah untuk menunjukkan bahawa "waa..aku hebat rupanya.." ataupun untuk melatih agar dapat memahirkan diri untuk kegunaan yang lebih besar justeru dalam jangka masa yang panjang dapat membawa Islam ke persada yang tinggi bukan hanya dipandang lekeh orang yang berserban juga bertudung labuh.

Sesetengah dari kita merasa tidak mampu atau dengan erti kata lain kurang pandai dan malu untuk berbicara menggunakan bahasa asing tersebut. Seharusnya perasaan tersebut dineutralkan semula kerana dalam proses pembelajaran, kita harus berani serta yakin untuk menggunakannya. Biarpun banyak kesalahan tapi itu lebih baik dari hanya berdiam diri dan hanya tunggu waktu yang spesifik yang sebentar cuma. Malu harus diketepikan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan kita. Bak kata pepatah Inggeris "practises make perfect". Broken English tidak mengapa asal ada usaha. Tiada siapa yang akan mentertawakan kita andai mereka juga turut faham adat dalam proses pembelajaran.

Namun, haruslah diingat, dalam pada kita cuba untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa penjajah ini, bukan bermakna kita melupakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibonda kita yang harus dipelihara agar kesinambungan bahasa Melayu terjamin. Juga perlu diambil perhatian, bahawa bukanlah dengan ini kita mengenepikan bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran juga bahasa ahlul bait wa ahlul jannah. Cuma di sini, ana hanya ingin menyentuh satu aspek sahaja dari pelbagai cabang iaitu kepentingan kita untuk mahir sedikit sebanyak dalam bahasa penjajah ini terutamanya dalam waqi' pelajar persijilan yang akan menyambung ke UIA tidak lama lagi.

Selepas ini harapnya walaupun kita menghafaz Al-Quran, tapi sebenarnya kita juga boleh menceburi bidang profesional serta cemerlang sama seperti mereka di luar sana. Bertepatanlah dengan matlamat persijilan DQ-UIAM yang ingin melahirkan huffaz teknokrat. Jadi kita sememangnya menjadi serta membawa harapan yang besar. Harapan keluarga, harapan masyarakat, harapan negara..HARAPAN AGAMA. Jadi sekarang, apa pandangan anda??

2 comments

pandangan ana.

inggeris saya sangat mengantoikan. jadi mesti usaha lebih. haha. tak de ah. er, tapi betul gak.

haih~

Salam

Well done for the good job!
Introducing myself, ex-DQ gen7,
Mardiati Mohd Jamili.
U're pleased to visit my site(:
May us succeed in the challenging world.InsyaAllah, ameen;)

Keep up this good blog!.
I link ur site to mine kay, hope u dont mind.


EmoticonEmoticon