"Ikhtilat Terjaga, Biah Solehah Terpelihara"

Satu Forum Anjuran Perkemat Dq melalui IQRaC telah diadakan pada khamis yang lalu, 30 Julai 2009 bersamaan 7 Syaaban 1430h di Auditoriun Sheikh Mohd Noor. Ahli panel jemputan terdiri daripada ustaz Shamsul Hakim bin Abdul Samad(Mantan YDP Perkemat) dan Ustazah Nurul Suhada binti Shuib(Vice President of Maaruf Club).Forum yang bertemakan " Ikhtilat terjaga,biah Solehah terpelihara" itu... telah dipengerusikan oleh Mohd Khairi Bin Salleh dan mendapat sambutanhangat siswa dan siswi Darul Quran. Forum ini telah membincangkan mengenai masalah ikhtilat yang menjadimasalah utama muda mudi sekarang tak terkecuali mereka yang bergelar hafiz dan hafizah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Diharapkan semua siswa dan siswa Darul Quran mendapat ibrah yang berguna daripada forum ini, tentang konsep pergaulan dalam Islam yang sebenarnya dan berusaha mengikutinya.Tepuk dada dantanya iman,koreksi diri, adakah selama ini pergaulan antara kita berlandaskan syarak atau kita terus terpenjaradalam syurga dunia ciptaan kita sendiri ..Jangan sampai Allah menurunkan musibah ke atas kita atas kedegilandan kekerasan hati kita sendiri..Moga Biah Solehah di Darul Quran yang sekian lama dipertahankan terus terpelihara,InsyaAllah..


1 comments:

assalamualaikum..
walaupun forum ni dah lama berlansung, selaku wakil BTK ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yang terlibat dlm menjayakan forum ini.diharap agar intipati yg diperoleh drpd forum ni tidak hanya menjadi sekadar tempat persinggahan sementara di jiwa antum semua..wallahua'lam..


EmoticonEmoticon