Kenyataan Rasmi Pengerusi I.Q.RaC

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang sentiasa mengurniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita.Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan untuk memberi peringatan kepada segelintir ahli Intellectual Quranic Generation Club (IQRAC) yang cuba menimbulkan beberapa polemik sehingga menyebabkan kecelaruan di kalangan ahli IQRAC sendiri.Masalah ini bukan sahaja menimbulkan pandangan negatif terhadap seseorang malah yang lebih dahsyat akan timbul fitnah yang menyebabkan perpecahan.


Berhubung dengan perkara tersebut, suka saya nyatakan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian buat semua.Pertamanya, mereka perlulah cerdik dalam membezakan perkara yang boleh dibincangkan secara umum dan perkara yang tidak perlu dibincangkan secara umum.Apatah lagi jika mereka ini membesar-besarkan sesuatu perkara kepada mereka yang tidak pernah mengikuti secara langsung dan tidak pernah mengkaji secara mendalam tentang permasalahan yang berlaku.

Seterusnya, mereka sepatutnya adil dalam membincangkan sesuatu perkara.Tindakan mengerat-ngerat fakta untuk kepentingan individu atau kumpulan hanya menjatuhkan intergriti mereka.Samalah sahaja tindakan mereka ini dengan membiarkan seorang yang buta untuk mengenalpasti bagaimanakah rupa seekor gajah.Apabila disentuh belalai,dikatakan gajah itu panjang.Apabila disentuh kaki,dikatakan gajah itu gemuk.Apabila disentuh ekor,dikatakan gajah itu kecil.

Dalam mendapatkan kesahihan sesuatu perkara, suka saya nasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pimpinan tentang sesuatu perkara.Ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli IQRAC sehingga menimbulkan kecelaruan.Ia juga bagi memastikan berita-berita yang tidak betul dapat dibersihkan secepat mungkin.

Dengan itu, suka kami ingatkan agar hal sebegini tidak berulang lagi selepas ini.Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat jika perkara sebegini masih berulang.Janganlah kita menjadi orang yang paling lantang melaungkan slogan KESATUAN UMMAH namun dalam masa yang sama kitalah yang menimbulkan masalah seperti yang dinyatakan sebelum ini.Harapan saya kepada yang sentiasa menyatakan bahawa mereka boleh bersatu di bawah satu panji dapat membuktikan apa yang diperkatakan.

Akhir kalam, di kesempatan ini kami mengucapkan Salam Imtihan kepada semua warga IQRAC.Semoga semua mendapat pertolongan daripada Allah.Kami juga berharap agar kita sama-sama menjaga adab dalam menjalankan gerak kerja Pilihan Raya Kampus .Semoga ukhuwah yang terbina selama ini diteruskan dan dapat diperkukuhkan.

Sekian,
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Salam hormat dari saya,
Pengerusi,

13 comments

Salam..
emm..what happened actually?
anybody can tell me?

Take care for all of u..

"IyyaKa na'budu wa iyyaKa nasta`in"

Salam.
Ana terlalu dhaif untuk menulis berbanding entum semua yang masyi2, dan ana sendiri tidak tahu masalah sebenar yang timbul.

Tetapi, secara peribadi, ana mengharapkan, tiada PERPECAHAN berlaku dalam kalangan HUFFAZUL QURAN, golongan yang menghafal dan mudah-mudahan mentadabbur segala pengertian ayat yang dibacakan.

Kalaulah dalam kalangan HUFFAZUL QURAN sendiri penuh dengan perasaan dengki, iri hati, cemburu, takbur dan pelbagai sifat mazmumah, mampukah kita menjadi satu ROLE MODEL kepada orang lain?

Pepatah Arab ada menyebut :
Kullu ina in yandhohu bima fih
(Sesunggungguhnya setiap bekas itu akan mengeluarkan segala yang terkandung di dalamnya.)

Perkara ini, boleh direnung dalam dialog antara seorang pemuda dengan Muhammad b. Wasi.

Pemuda : Kenapakah orang sukar untuk menerima nasihat, dan mereka sukar berubah?
Muhammad b. Wasi : Sesungguhnya engkau perlu lihat pada diri engkau, apakah hatimu itu benar-benar ikhlas ataupun terkandung lagi sifat mazmumah.

Sahabat-sahabat sekalian,
Belajarkah kita daripada sejarah?
Apakah kesan fitnah ke atas Aisyah kepada umat Islam? Apakah kesan pergolakan politik zaman Saidina Ali dan Muawiyah kepada umat Islam yang dimanipulasi dengan baik oleh golongan Yahudi?

Kepada pimpinan, untuk setiap perkara, cepat-cepat harus dilaksanakan post moterm, mungkin ada kecacatan yang kita tidak sedar. Adat berorganisasi, yang besar, dilihat banyak manfaat, akan didiamkan, sebaliknya, yang kecil, dilihat sebagai kekurangan, itulah yang diperbesarkan.

Kepada yang dipimpin, janganlah sekadar mencetuskan provokasi, bertindak emosional seolah-olah penyokong bola sepak yang hilang kewarasan sehingga membakar kerusi stadium. Sama-samalah bergerak seiring.

Amalkan konsep syura sebagaimana tertera dalam surah Aali Imran, 159.
Amalkan konsep bantu-membantu, yang tertera dalam surah Maidah,2 dan surah al-Asr, 3.

Tadabbur kembali ayat-ayatNya wahai kekasih-kekasih Allah.

You are the hope of Ummah. Don't be influenced by Globalization, but improve ourselves to develop Ummatization.

(Hafs Hasbi)

Sejahtera atas kalian...

Orang Melayu : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Covey : Sharpen the saw

Apa barang gaduh2? X matured la...
Settle berdiplomasi la...
Kita jadi nasionalis bertauhid...

Different people handle different situations in different ways...
Empathy guys...
Mana salamatul shadri?

Makan setalam, jangan makan dalam...
(^_^)

Senyum membuat fikiran positif.
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

"HUFFAZ TEKNOKRAT PEMACU KEGEMILANGAN UMMAH"

Salam 1Ummah...

salam
apa masalah yang berlaku.bincang same2..diskusi ke,bincang cara intelek bukan cara pelik-pelik,bukan bisik2,bukan juga belek2.

salam..semoga dpt menyelesaikan segal permasalahan n kekusutan dgn hikmah

salam sejahtera dan keamana kepada adik2 ku,

adik2 searlah, dalam lipatan lembaran sejarah itu, ada mengjar kita akan perpecahan yang belaku dalam ummat.

adik2 dalam kejatuhan kota seribu satu malam, atau kota baghdad yang diterajui oleh Abbasiah. Ketahuilah akibat perpecahanlah kota keagungan islam islam itu hancur, sekaligus melenyapkan khazanah2 ilmu yang terkumpul.

dalam perbincangan megenai perselisahan faham, haruslah kita ingat bahawa manusia itu tidak lari dari berbuat silap, maka marilah kita berlapang dada, bukankah iru semua adik2 telah pelajari dalam usrah2 masing2?

berlapanglah dada, nescaya kalian akan tenang dalam berukhwah.

tetapi adik2ku, janganlah ada dalam kalian antum golongan yang gemar mengata-ngata tanpa sebab.

dalam mengkritik, mahu saya mengingatkan bahawa, sebelum kita mengkritik, kita mesti manganalisa sesuatu yang kita mahu kritik itu, apakah? kenapa? bagaimana? dan kenapa dan kenapa? begitulah dalam proses menganalisa.

maka dengan megikut proses itu, batulah kritikan kita dapat membina dan orang yang menerima kritikan itu akan dapat berlapang dada dengan kita.

wassalam

assalamualaikum.
ana harap editor bole delete post ni sblm prkara2 yg tdk diingini brlaku.
masalh batch jgn bwk smpi ke luar.
selesaikn antara2 kita shj.
takut ada pihak yg terasa hati.
harap dapat pertimbangkan permintaan saya.

salamualaikum...
pelbagai persepsi yang dilontarkan kpd saya sebaik sahaja post ini dikeluarkan.bermacam2 bentuk,namun saya pasti semua itu adalah bagi mengukuhkan lagi persatuan kita ini.mungkin ada beberapa perkara yang perlu saya sebutkan di sini.

KIKISKANLAH SIFAT MEMILIKI
Banyak manusia yang sentiasa angkuh dengan Allah.Mereka merasakan apa yang ada pada diri mereka adalah milik mereka.Kita mungkin merasakan apa yang kita lakukan adalah benar.Jika benar ia adalah sesuatu yang benar,alhamdulillah.Namun ingat,hanya ALLAH sahaja yang layak memiliki kebenaran itu.bukan milik kita.Allah hanya menyandarkan kebenaran itu kepada diri kita.Tidak apa yang ada pada manusia.Semuanya dari Allah.

FAHAMI BETUL-BETUL
Mungkin ada yang mengatakan saya(bukan kami)hanya berprasangka ada perpecahan lantaran tidak adapun perpecahan yang berlaku.
Teliti betul-betul apa yang saya katakan.Tidak pernah saya katakan diantara kita wujud perpecahn.Alhamdulillah,dengan kekuatan yang Allah pinjamkan kepada kita,kita masih satu dalam matlamat.Kerana matlamatnya Islamla kita mampu bersatu.Apa yang hendak disampaikan adalah janganlah kita cuba mewujudkan perkara yang tidak sihat.Kita bimbang ia menjerumuskan kepada perpecahan.

MUHASABAH
Apapun yang dibincangkan,semua mesti bermuhasabah.Apakah yang saya lakukan ini benar-benarkan dipandukan dengan tunjukan dari Allah atau tidak.Apakah yang kita lakukan selama ini atas dasar menegakkan kebenran benar-benar selari dengan apa DIA kehendaki.Apakah yang kadang kala anatara manusia itu ada perselisihan berdasarkan hujah(bersandarkan Quran dan Sunnah) ataupun rasa tidak puas hati?

URUS PERBEZAAN
Usia masih muda, ego masih belum reda, ilmu hikmah(bijaksana) pun belum mencukupi...
Sebagaimana yang dipertegaskan, dalam akhlak TIADA KHILAF.
namun dalam soal metod,Allah kurniakan aqal,masing-masing perlu berfikir yang manakah paling sesuai.Jangan dihalang, jangan dijumudkan, jangan diserabutkan.,jangan ada hasad dengki...
Sekiranya apa yang diperkatakan di tepat dengan kehendakNya,tegurlah saya.
KEBENARAN HANY DARI ALLAH.MOGA-MOGA DISANDARKAN PADA INSAN YANG HINA DINA DISISI MU INI.
Alfair ilallah
Muhammad Hanif bin Ali

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Emm,ridak perlu lah nk berbalah dan menyalahkan antara satu sama lain mengenai perkara ni. Jadikan ia sebagai satu mehnah dan tribulasi kepada diri kita sebagai seorang manusia biasa.

Dan ana cukup percaya dan yakin, ada sebab dan hikmah mengapa pengerusi bertindak sedemikian sehinggakan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dari beliau sendiri, dan ini adalah salah satu usaha beliau menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan ahli sem.

Tak usah menuding jari kepada mana-mana pihak, walhal sepatutnya kita bertanya kepada diri kita sendiri di mana salah dan silapnya dan punca kepada masalah yang berlaku. Adakah dari diri kita sendiri yang sengaja menimbulkan kontroversi, berpuak2 dan sebagainya. Tepuklah dada, tanya iman.

Yang penting, cuba cari resolusi kepada permasalahan ini. Jangan dileretkan sehingga menimbulkan masalah tidak puas hati dan seumpamanya. Wujudkan satu permuafakatan dan kerjasama sesama ahli sem. Berikan sepenuh komitmen kepada pemimpin, dan berilah teguran yang sewajarnya kepada mereka andai kata ada perselisihan yang berlaku, bukan dengan memboikot secara total.

Hiduplah secara tenang dan aman. Tanamkan dalam diri rasa kasih dan sayang supaya tidak wujud perasaan2 yang buruk. Sama2lah kita bersihkan hati, sucikan jiwa, dalam memikul amanah Allah Taala.

Barokallahu fikum ajma'ien..
Salam juang!!

salam alaik..
salam aidil adha..

masalah sntiasa bertandang, dari pelbagai sudut, dan pelbagai bentuk..
cuma, terpulang kpd diri kita, bagaimana kita bersedia utk m'hadapinya..

elakkan dari menyelesaikan mslh menggunakan emosi, sebaliknya mohonlah petunjuk dr Allah..

salam juang dr ana..

OK!
Kita berhenti di sini dahulu...
Yang baik jadikan tauladan,
yang buruk jadi sempadan???
Ambil la pengajaran...

~ulangan~
Orang Melayu : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Mana post lain nye?
Next!

Salam.
Ana harap, jadikan medan DQ sebagai medan tarbiyah dan persiapan untuk keluar.

Jangan sekadar menjadi kakak tua.
Jangan sekadar berretorika.

Terlalu banyak yang perlu dikutip dari bumi mulia.

Baiki hati, dan diri di bumi ini. Ana rindukan suasana itu. Untuk islah diri.

Semoga tsabat wahai pentutur ayat-ayat Allah.

Uhibbukum fillah.

Salam keamanan.


EmoticonEmoticon