MALAM PENGENALAN IQRaC 08/09

6 JANUARI 2009, AUDITORIUM SYEIH MOHD NOOR - Jam 2115, majlis Malam Pengenalan I.Q.RaC telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penasihat I.Q.RaC iaitu Ustaz Mohd Taufik bin Arshad yang juga turut merasmikan majlis berkenaan. Majlis yang turut dihadiri oleh MT PERKEMAT DQ ini juga turut disertakan satu lagi acara, iaitu majlis perasmian blog I.Q.RaC yang baru mengembangkan sayapnya ke era siber lewat tahun 2008.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sedikit tayangan khas buat pelajar-pelajar GEN10. Sejurus tamatnya persembahan multimedia yamg ringkas itu, maka, bermulalah acara utama iaitu majlis pengenalan saf-saf kepimpinan I.Q.RaC bagi sesi 08/09. Bermula dari Timbalan Biro Tugas-Tuggas Khas sehinggalah ke Pengerusi sendiri.

Antara objektif yang ingin dicapai adalah agar adik-adik baru dapat mengenali barisan pimpinan mereka serta mudah untuk meminta bantuan selepas itu. Semua dengan gaya yang masing-masing..Jadi, apa pun amat-amat diharapkan kepada kita semua agar dapat mentaati barisan pimpinan yang ada selagi mana dia tidak melakukan sesuatu yang melanggar batas-batas serta hukuman..

Seperti Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rsul (Muhammad) dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu..." [An-Nisa' : 59]

MAFATIH MAHABBAH PERSIJILAN 09/10



Pada 2, 3 & 4 Januari 2009 pihak Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT) dengan kerjasama pihak HEP darul Quran serta kelab IQRaC telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai Mafatih Mahabbah. Program ini dijalankan atas objektif untuk mengeratkan ukhuwah Islamiyyah diantara pelajar persijilan sesi 09/10 selepas 4 hari mereka melalui Minggu Haluan Siswa. Bertemakan 'Ukhuwah Sejati, selamanya Dihati', kem ini telah diadakan di Kem Lembah Genting, Batang Kali, Selangor. Semoga program ini dapat membina ukhuwah yang mantap di antara adik-adik persijilan yang baru dan menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka...


HALUAN SISWA WEEK


28 Disember 08 - 31 Disember 08, Darul Quran
Habis sahaja sesi pendaftaran pada tengahari, siswa-siswi gen10 akan melalui satu proses Haluan Siswa yang mencabar dari segi mental dan juga fizikal serba sedikit. Haluan Siswa yang diatur oleh kakitangan DQ kali ini telah mencatat satu perubahan dalam diri para pelajar.

Dari hari pertama lagi mereka telah diajar untuk berdikari dan belajar menerima suasana DQ yang asing. Mungkin perit bagi adik-adik yang baru merasai suasana hidup di kampus namun apa yang dilalui bakal memberi pengajaran yang amat bermakna dalam meneruskan kehidupan di sini.

Haluan Siswa bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang DQ, sistem pentadbiran, peraturan, dan sebagainya. Juga bertujuan untuk melatih para pelajar untuk membina jati diri sebelum memulakan kehidupan sebagai para huffazul quran.


Pada hari ketiga, para peserta akan melalui satu lagi cabaran iaitu kembara. Aktiviti kembara ini telah dijalankan di hutan berdekatan dengan kampus di mana setiap perhentian terdapat motifnya yang tersendiri. Banyak manfaat yang diperoleh dari setiap perhentian dari pensyarah-pensyarah dan juga pengalaman mereka sendiri. 

Haluan Siswa kali ini berakhir pada hari yang ke-4. Namun, segala pengisian yang terdapat amat bermanfaat dan sememangnya menjadi kenangan yang amat manis di hati pelajar persijilan semester 1.

Ahlan Wasahlan Ya Akhi Wa Ukhti


29 Disember 2008, Dewan Muktamar, Darul Quran- Tarikh ini bakal menjadi tarikh yang bersejarah yang mencoretkan pelbagai salutan rasa hati terutama buat adik-adik Persijilan DQ-UIAM bagi sesi 09/10. Pada tarikh ini, adik-adik yang telah dipilih Allah untuk meneruskan perjuangan di DQ memulakan hidup mereka.

Majlis pendaftaran telah pun bermula seawal jam 0900. Banyak keluarga yang datang dari jauh telah pun tiba awal pagi lagi. Masing-masing berasa gembira kerana si anak telah terpilih untuk menjadi pemegang kalamullah yang mulia ini. Bagi mereka yang sampai awal, telah tersedia sarapan pagi di belakang dewan untuk dibuat alas perut. Walaupun bagi si anak, makanan sudah tidak dipandang lagi kerana terlalu berdebar untuk meneruskan hidup di bumi asing ini.

Dimulakan dengan ucapan dari pihak yang berkenaan, seterusnya ikrar dari pelajar-pelajar persijilan 09/10 dan akhir sekali diikuti oleh simbolik penyerahan kepada pihak DQ yang akan mengambil alih sementara tugas ibu bapa sebagai penjaga kepada para pelajar.

Ramai yang menitiskan air mata, tidak kurang juga yang tersenyum gembira. Pelbagai gelagat adik-adik yang mengungkap kembali kenangan sewaktu pendaftaran persijilan 08/09. Tidak disangka sudah setahun bergelar siswa/siswi DQ. Tidak terasa perjalanan masa dan akhirnya kini telah mempunyai adik-adik baru yang perlu diberi tunjuk ajar.

Selepas selesai sesi pendaftaran, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak dewan makan. Seterusnya para pelajar akan terus mendaftar untuk asrama dan PERKEMAT DQ. Inilah waktu yang paling gamat sekali. Alhamdulillah ada abang-abang dan kakak-kakak yang sanggup turun untuk menolong adik-adik baru yang bakal ditinggalkan oleh ibu bapa untuk meneruskan pejuangan di sini.

**Kepada adik-adik GEN10, selamat meneruskan perjuangan anda di bumi barakah Darul Quran ini. Dan juga kepada GEN9, tunjukkanlah qudwah hasanah yang baik kepada adik-adik gen10. Jangan hanya disebabkan perbalahan pemikiran, adik-adik kita menjadi mangsa. Ukhwah fillah abadan-abada.**
Pulang ke Tanah Barakah

Pulang ke Tanah Barakah

Kalendar semakin menghampiri kepada tarikh 30 Disember 2008. Tidak lama lagi sesi baru akan bermula. Begitu juga bagi siswa-siswi persijilan DQ-UIAM 08/09. Semester 3 bakal menjelang dan merencanakan banyak laluan yang akan dtempuhi. Bagi semua sahabat-sahabiah, semoga semester 3 ini, menjadikan kita seorang yang lebih bermakna sebagai huffaz dan juga sebagai masyarakat. Sungguh, dengan kedatangan kita ke Darul Quran melangkahkan kaki ke semester 3, banyak tanggungjawab yang akan kita pikul. IQRaC juga bakal berwajah baru. PERKEMAT dengan kepimpinan baru. Dan yang paling penting diri kita dengan semangat yang turut baru.