Nilai seorang huffaz...



Tiada erti sesuatu jika bukan kita yang menjadikannya bererti. Sama seperti daie, amanah yang dipikul cukup berat namun hanya menjadi 'hangat-hangat tahi ayam' jika tidak dilaksanakan. Memang peranan setiap Muslim di muka bumi Allah SWT ini mesti menjalankan amar ma'ruf nahi munkar tapi cuba kita lihat, berapa peratuskah golongan tersebut pada hari ini? Hanya sebilangan kecil sahaja. Hati-hati yang sensitif dan sedar terhadap masalah yang melanda Islam dan umatnya sahaja yang bangun dari tidur dan khayalan yang membinasakan diri.

Siapakah antara golongan-golongan ini? Beranikan diri untuk menyebutnya, wahai huffaz!!! Tiada istilah ketakutan dalam menyemai sebuah kemenangan untuk Islam. Biarpun nyawa menjadi taruhan ataupun caci maki yang kita dapat. Ingatlah, Allah SWT sentiasa bersama hamba yang setia berada di atas jalan kebenaranNya dan menolong agamaNya. Andai gentar dan ketakutan yang menjadi penghalangmu dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW ini, yakinlah Allah SWT ada sebagai pembela kita. Tetapi, andai sifat malas yang menguasai dirimu untuk tidak berjuang, lebih-lebih lagi dalam menegakkan syariat Allah SWT, sesungguhnya kamu telah memberi peluang keemasan kepada musuh-musuh Islam untuk menggantikan pos penting kamu itu.

Golongan huffazlah yang menjadi aset penting dalam arena dakwah kepada masyarakat umum pada hari ini selain kepada dirinya sendiri. Golongan huffazlah antara golongan yang dilihat seperti bayi yang baru lahir oleh mereka kerana di hatinya tersimpan 30 juzuk Al-Quran. Pemegang Kalamullah semestinya mempunyai hati yang bersih dan terhindar daripada sebarang kemungkaran dan kemaksiatan. Golongan huffaz amat dipandang tinggi dan hebat oleh masyarakat biasa dan melalui perspektif inilah para huffaz seharusnya memanfaatkan kelebihan atau keistimewaan yang dikurniakan kepada dirinya dengan sebaik-baiknya bukan menjadi fitnah kepada kesucian Al-Quran.

"Perjuangan itu 10 bahagian. Satu bahagian adalah menentang musuh-musuh lahir (orang kafir, munafik, yahudi dan nasrani) manakala 9 bahagian lagi adalah perjuangan menentang musuh batin (nafsu & syaitan) yang tiada hentinya iaitu sepanjang masa.."- kata-kata ulama'. Keizzahan seorang daie/pejuang agama Allah SWT terletak pada kekuatan dalaman iaitu hatinya. Apabila daie itu tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah di tangannya. Hei daie yang huffaz!!! Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seseorang daie itu berhujah, tetapi pada keikhlasan dan kebersihan hatinya. Maka, waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu.

Tanpa bekalan ilmu yang mantap, usaha dakwah menjadi sia-sia. Sabda Nabi SAW : "Seorang faqih itu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding 1000 orang 'abid" - hadith riwayat Tirmidzi. Tuntutlah ilmu selagi terdaya kerana daie yang menjadi idaman masyarakat pada akhir zaman ini ialah daie yang berkepimpinan dan pencetus kebangkitan ummah, sebagai penasihat, penggalak dan pendorong mereka. Pendek kata, daie profesional. Semua itu memerlukan kuasa ilmu. Dalam riwayat Al-Tabrani pula, Nabi SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam dalam urusan agama." Dakwah mesti berperancangan bukan kerja asal buat takpe. Kita perlukan ilmu tetapi berdasarkan tarbiyah dan Islam tertegak dengan kekuatan hujah. How? Kaifa? Macam mana? IMMAL KITAB WA IMMAL SUNNAH. Dan antara method untuk menjadi daie ialah..1- menjadi diri yang bersifat Rabbani bukan menjadi Tuhan.. 2-pastikan ada hujah dan tidak terpesong daripada pusaka Rasulullah SAW. Apa yang penting, belajar dan faham sirah perjuangan umat-umat terdahulu.

Perjuangan memang sukar dilalui, hebat dan dahsyatnya, terkadang meruntuhkan hati dan meranapkan jiwa. Tetapnya hati di jalanNya kerana yakin Allah pasti akan memudahkan urusan hidupnya, tetapi andai semangat itu hilang, jangan sesekali berundur dari perjuangan suci ini. Yakinlah bahawasanya Allah sentiasa bersama. Hakikatnya perjuangan dalam merebut janji manis Tuhan ini tidak semudah membalikkan tapak tangan. Ada turun naiknya, ada sakit pedihnya, ada manis pahitnya, andai rebah, bangkitlah semula, andai terluka, ingatlah akan janjiNya, andai lemah, singkaplah kembali sirah-sirah perjuangan para nabi dan sahabat yang mula-mula merasai perit getir perjuangan ini. "Jika kedua-dua sabar & syukur itu engkau jadikan kenderaanmu untuk menharungi kehidupan ini nescaya engkau akan selamat" - Saidina Umar Al-Khattab. Sabda Rasulullah SAW : "Sesaat kesabaran seseorang kamu di dalam medan jihad adalah lebih baik dari ibadah seseorang kamu yang dilakukan selama 60 tahun." Renung-renungkanlah ayat 47 dari surah Muhammad sebagai pembakar semangat. Hei Jiilul Quran!! Beranilah menghadapi segala ujian yang ditimpakan ke atasmu.

Justeru, jadilah seorang huffaz yang semakin tinggi ilmunya, semakin dekat dirinya kepada Allah SWT (ma'iyatullah). Gunakanlah kelebihanmu & ilmumu dalam mentarbiyah jiwamu agar hidup sentiasa dilimpahi rahmat pencipta dirimu. Berbekallah dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT nescaya jalan dakwah yang kamu harungi ini mudah. Manfaatkanlah permata-permata ilmu sebagai satu wadah untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT bagi mencapai redhaNya di samping mengukuhkan tali-tali ukhuwah. Ingatlah, ukhuwah tunjang kekuatan sesuatu jemaah. Jadilah seperti kaum muslimin beriman terdahulu yang sentiasa bersatu-padu berganding-bahu bersama para nabi dalam menentang kemungkaran dan jangan berpecah-belah.

AYUH SYABAB DAN FATAYAT!!! BANGKIT!!! Kembalilah kepada nawaitu serta matlamat sebenar kita diciptakan iaitu sebagai khalifah dan pemangkin dakwah Islamiah. Teruskanlah dakwahmu, demi Islam ditegakkan, jihad sebagai jalan, ujian sebagai kekuatan, syahid menjadi idaman bagi memburu kebahagiaan dari Tuhan yang tersayang. Jadilah huffaz yang berperanan kepada ummah kerana nilaimu amat berharga!!!

"HUFFAZ PEMANGKIN DAKWAH ISLAMIAH!!!"

Garden of Memories



Garden of Memories (GOM) yang bertemakan "Terpatri Memori Selamanya di Hati" telah diadakan khususnya bertujuan untuk meraikan Ustaz Taufik yang bakal bertukar ke tempat kerja yang baru. Majlis ini bertujuan sebagai penghargaan kepada ustaz serta sebagai salah satu cara dari kami warga IQRaC untuk menunjukkan kasih sayang kami kepada ayahanda Ustaz Taufik tercinta yang telah berkhidmat dengan bersungguh-sugguh untuk IQRaC.

Majlis bermula pada jam 9.30malam dengan gimik yang lain dari yang lain. GOM yang telah berlangsung pada 22 Februari 2009 (Ahad) telah dihadiri oleh seluruh warga IQRaC semester 1 dan juga semester 3. Sejurus kemasukan ustaz ke atas pentas, ustaz terus menyampaikan sajaknya yang begitu menusuk ke dalam hati setiap orang.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil setiap semester seterusnya dari ustaz sendiri dan kemudiannya upacara pemotongan kek oleh ustaz sebelum ditruskan dengan acara penyampaian hadiah dari wakil setiap semester. Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan dari wakil semester dan sudah tentunya persembahan istimewa dari pelajar semester 3.

Majlis berakhir pada jam 11.35malam dan seterusnya semua pelajar beserta ustaz pergi ke dewan makan untuk menikmati jamuan.

"Syukran ya ustaz..Jasamu akan kami kenang selamanya. Janganlah ustaz berasa serik untuk terus memberi tunjuk ajar kepada kami."


MANTOP 2009



Kursus Pemantapan Teknik Hafazan atau nama popularnya MANTOP '09 yang dianjurkan oleh Biro Akademik IQRaC dengan kerjasama DIDIK PERKEMAT DQ dan HEP telah berlangsung selama sehari pada 21 Februari 2009 (27 Safar 1430h) iaitu pada hari Sabtu dari jam 8.00pagi hingga 12.00malam. Sasaran utama bagi MANTOP '09 ini ialah adik-adik persijilan semester 1 GEN10.

Antara matlamat yang ingin diketengahkan dalam MANTOP kali ini ialah untuk membaiki teknik hafazan para pelajar serta menaikkan motivasi untuk meneruskan pengajian di Darul Quran dalam menghafal kalamNya dan tidak lupa juga untuk mengeratkan ukhwah.

Ceramah "Beginilah Al-Quran Mengajar Kami" telah disampaikan oleh saudara Nazreen bin Mustapa iaitu bekas pelajar DQ GEN1 yang kini sedang dalam tahun akhir farmasi UIAM. Para peserta juga turut diberi pendedahan mengenai mehnah dan tribulasi seorang huffaz oleh saudara Muntaqim Abu Bakar, pelajar bidang perubatan pusat asasi UIAM yang juga merupakan bekas pelajar sijil GEN8.

Banyak lagi agenda yang telah dilaksanakan sepanjang MANTOP kali ini untuk mencapai matlamat-matlamat di atas. Mungkin juga forum yang telah disampaikan oleh Akh Mohd Siddqi dan juga Ukhti Siti 'Aishah Jauhara bakal memberi semangat baru kepada adik-adik yang dalam meneruskan perjuangan mereka di DQ ini.

The Path Of True Huffaz 2009 (THE PURE)



THE PURE atau nama penuhnya The Path Of True Huffaz merupakan sebuah program anjuran Intellectual Quranic Generation Club (IQRaC) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT) dan Unit HEP Darul Quran. Program ini dijalankan selama tiga hari bermula 6 Februari hingga 8 Februari bersamaan 10-12 safar 1430H dengan mensasarkan pelajar semester 1 persijilan dan pelajar OKU sebagai peserta. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki bin Hashim dan Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Taufiq bin Md Arshad. Antara matlamat yang dikehendaki dalam program ini adalah menjelaskan kepada peserta tentang halatuju Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM, meningkatkan kefahaman Islam dalam diri peserta mengenai akidah, ibadah dan akhlak yang menjadi asas dalam kehidupan muslim dan membangkitkan kesedaran dalam diri pelajar tentang tanggungjawab sebagai dai’e kepada masyarakat. Di dalam program ini, pihak penganjur cuba menampilkan ramai penceramah-penceramah yang mantap seperti Ustaz Rhidauddin, Ustaz Ramadhan Fitri, Ustaz Fauzan dan ramai lagi bagi menjamin tema program kali ini “Huffaz Teknokrat Pemagkin Kegemilangan Ummah” tercapai objektifnya.


KALAM DARIPADA PENGERUSI I.Q.RaC 08/09

ETILISMA : Virus ukhuwah

Bersyukur diberi peluang oleh ILAHI dapat jugaku mencoret sedikit perkongsian pada kali ini setelah tertangguh dengan kesibukan dan masalah yang important & urgent. Jiwa dan hati kian diasak bertubi-tubi dengan ujian perasaan yang menguji ketabahan dan kesabaran diri. Namun Allah menjadi tempat pergantungan yang terbaik selain sokongan dari rakan-rakan dan adik-beradik usrah seperjuangan. Oh indahnya hidup ini memiliki teman sejati. Teman sejati teman dikala senang dan susah. Bukan senang mencari teman sejati tanpa kita menjadi teman sejati. Salamatu Sadri method pertama terbinanya bibit-bibit ukhuwah disamping Seek first to understand then to be understood untuk membentuk nilai kefahaman.


Erti sebuah persahabatan





Kita asyik menyebut mengenai ukhuwwah. Cuba saudara/ri menjawab persoalan ini.


- Apa itu ukhuwwah?
- “Bagaimana kita mahu menghasilkan ukhuwwah?”
- “Soalnya, apakah kita boleh bezakan di antara ukhuwwah dan bukan ukhuwwah?”
- “Apakah ada ukhuwwah yang bukan ukhuwwah?”


Ukhuwwah satu perkara yang cukup subjektif dan tak boleh diukur, adakah kita mampu mengatakan kitalah satu golongan yang mantap ukhuwwah. Sejauhmana nilai iman dan aqidah meresap dalam perhubungan kita. Adakah kita bersahabat dengan mempunyai agenda sulit dan berpura-pura. Tepuk dada Tanya Iman. Ukhuwah yang sebenar lagi hakiki ukhuwah yang didasari keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Cukup dengan keimanan sahaja kita mampu membina ukhuwwah yang utuh sebagaimana hebatnya Cinta para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w . Kerana ukhuwwah dan keimanan para sahabat sanggup berkorban apa sahaja. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang kutinggal buat keluargaku, itulah kata-kata Saidina Abu Bakar r.a tatkala laungan jihad Perang Tabuk berkumandang, harta,pangkat dan darjat tidak dijadikan halangan untuk meneruskan perjuangan Islam. Tahap Ithar para sahabat tak dapat ditandingi memang betullah kata Kekasih Allah sebaik-baik kurun adalah kurunku sehingga digelarkan Jilul Quran Al-Farid. As-Syahid Syed Qutb pernah menyebut dalam karyanya yang tidak asing lagi bagi aktivis Islam berjudul Ma’alim Fi Thoriq bahawa generasi AlQuran yang unik tak akan lahir selepas zaman Rasulullah s.a.w. Betapa hebatnya para sahabat menerima Al-Quran untuk diimplementasikan tanpa ragu-ragu. Semuanya itu disebabkan rasa kasih dan ukhuwwah berpaksikan keimanan kepada Allah. Tidak mengenal berlainan bangsa, warna kulit, background family, pangkat dan darjat semuanya bersatu dibawah naungan iman dan Islam. Indahnya Islam agamaku!!!


ETILISMA???

“ Jangan tertipu dengan ukhuwwah”, pesan Pengerusi Lajnah Tarbiah AMAL padaku sewaktu menjadi Programmer Program QTC adik-adik MML,MMP dan MMPP cuti semester lalu. Ku terpaku tidak mengerti apa yang diucapkannya. “Kita menyatakan ukhuwwah kita mantap tapi kenapa banyak masalah yang tak dapat disettelekan”,abangku ini memulakan langkah provokasi padaku dan adik-adik. Aku mengangguk tanda mengiyakannya. Abang Najmul Khairi ini melebarkan bicaranya mengenai faktor-faktor kegagalan berdakwah kerana wujudnya etilisma dalam berukhuwwah. Apa itu etilisma dan apa kaitannya dengan kegagalan kerja-kerja Islam dan virus ukhuwwah???. Coretan pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai etilisma secara ringkas.


Etilisma merupakan suatu fenomena yang mengangkat keistimewaan diri di atas perbuatan memandang rendah terhadap orang lain. Elitisma atau exclusiveness dalam fikiran, gaya hidup dan pergaulan inilah penyumbang besar kepada rosaknya nilai ukhuwwah yang disemai melalui proses Tarbiyah. Penyakit hati ini tak mengenal mangsa lebih-lebih lagi golongan yang dikatakan thiqah dan baik. Virus ini merebak berpunca dari sikap ukhuwwah berpaksikan taasub kumpulan bukan diatas indicator iman. Ukhuwwah hanya berlegar dalam skop kumpulan itu sahaja dengan menafikan saudara seIslam yang lain. Maka berlakunya satu fenomena kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan sahaja. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika ia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut. Tiada kemesraan di antara insiders dengan outsiders.

KEGAGALAN DAKWAH

Sikap etilisma ini akan menyebabkan berlakunya golongan yang terasing dari dakwah Islam. Dakwah hanya berlegar pada golongan tertentu sahaja manakala sebahagian yang lain diabaikan. Sikap pendakwah yang memiliki keegoan dan merasa diri cukup hebat menyebabkan gerakan dakwah semakin lari dari mad’u dan dijauhi. Semuanya berpunca dari sikap dan nilai seorang daie. Semuanya berkisar dalam aspek akhlak para pendakwah. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, tiada guna berilmu tapi tidak berakhlak, tiada guna masyi Al-Quran tapi buruk tingkah lakunya. Kita hayatilah kata-kata Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w dengan bermadah Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran. Hindarilah dari agama Islam difitnah dan dicop dengan tasawwur yang bertentangan dek akhlak kita yang rosak. Seorang mukallaf pernah ditanya kenapa masuk Islam. Beliau menjawab aku masuk Islam kerana agama Islam, bukan melihat tingkahlaku orang Islam. Aku tak akan masuk Islam jika aku melihat umat Islam. Jauh berbeza dari landasan agama Islam sebenar. Fenomena Islamfobia kadang-kadang lahir dari sikap umat sendiri, berpunca dari sikap. Cuba kita selidiki kenapa non-Muslim fobia terhadap Muslim??? Renung-renungkanlah....

Akhlaq itu bukan lalang

Tumbuh sendiri di tanah lapang

Tak perlu baja, tak perlu dijaga

Naik sendiri tumbuhnya melata



Akhlaq itu adalah buah

Tumbuh bergantung di pohon berakar

Perlu dibenih agar bercambah

Dibaja subur hingga membesar



Akar itu ibarat Aqidah

Menambat amal kepada Allah

Telah kenal Tuhan yang disembah

Dalam ke luar, jiwa berserah



Dahan dan daun umpama Ibadah

Memproses Aqidah berpandukan Sunnah

Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah

Setelah matang, berhasillah buah
Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq

Itulah Syariah, agama yang Haq…

Majlis Khatam hafazan 2009






Pada 31 Januari 2009, pihak Darul Quran dengan kerjasama IQRaC dan AQRAB telah mengadakan Majlis Khatam Hafazan 2009. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman Bin Mustafa, Ketua Pengarah Operasi, JAKIM. Pada Jam 10.15 pagi, majlis dimulakan dengan majlis khatam hafazan oleh pelajar tahun akhir yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim, pensyarah Darul Quran. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pendahuluan oleh wakil pelajar iaitu Saudara Mohamad Radhi dan diteruskan dengan ucapan Pangarah Darul Quran, Ustaz Che Ibrahim bin Che Man. Selepas ucapan perasmian oleh KPO JAKIM, majlis telah menyampaikan sijil khatam kepada para peserta. Bagi Anugerah pelajar terbaik banin kategori Persijilan Tahfiz telah disandang oleh Saudara Mohd Sidqi bin Abidin dan banat disandang oleh Adibah binti Parman. Majlis diserikan lagi dengan kedatangan ibu bapa pelajar dari seluruh pelusuk negeri bagi melihat anak kesanyangan mereka khatam hafazan Al-Quran