Ahlan Wasahlan GEN11


Tanggal 20 Disember 2009 merupakan tarikh yang bersejarah bagi adik-adik Persijilan DQ-UIAM sesi 2010/2011. Tarikh ini merupakan satu titik permulaan bagi adik-adik yang telah dipilih oleh Allah untuk memulakan perjuangan di bumi Al-Quran ini.

Majlis Pendaftaran Program Persijilan DQ/UIAM bagi sesi 2010/2011 telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Biarpun begitu, ramai keluarga yang hadir ke Kompleks Darul Quran seawal 7.30 pagi, menunjukkan bertapa bersemangat dan tingginya harapan keluarga untuk melihat anak-anak mereka menjadi huffaz yang menjadi harapan agama dan bangsa. Suasana di Dewan Muktamar ketika itu agak meriah. Para pelajar yang bakal mendaftar beratur mengikut kaunter-kaunter yang ditetapkan oleh pihak Darul Quran manakala para ibu bapa dan ahli keluarga pelajar dijamu dengan sarapan pagi di belakang Dewan Muktamar.

Dimulakan dengan ucapan dari pihak yang berkenaan, seterusnya ikrar dari pelajar-pelajar persijilan 10/11 dan akhir sekali diikuti oleh simbolik penyerahan kepada pihak DQ yang akan mengambil alih sementara tugas ibu bapa sebagai penjaga kepada para pelajar. Majlis perasmian ini berjalan dengan lancar, walaubagaimanapun terasa sedikit kekurangan kerana antara tetamu kehormat yang dijadualkan akan turut serta bersama memeriahkan majlis ini iaitu Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak dapat menghadirkan diri di atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Selepas selesai sesi pendaftaran, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak dewan makan. Seterusnya para pelajar terus mendaftar untuk asrama,PERKEMAT DQ dan IQRAC di kaunter yang disediakan di lobi Asrama. Inilah waktu yang paling gamat sekali. Alhamdulillah ada abang-abang dan kakak-kakak yang sanggup turun untuk menolong adik-adik baru yang bakal ditinggalkan oleh ibu bapa untuk meneruskan pejuangan di sini.


Kepada adik-adik GEN11, tidak terlambat bagi kami untuk mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada antum semua. Besar harapan kami untuk melihat antum sebagai penyambung generasi huffaz teknokrat yang insyaAllah bakal memimpin dunia ini pada masa akan datang....



1 comments:

ahlen buat gen11..
alhamdulillah, smg berterusan insan2 yg mendambakan cinta Allah melalui kalam-Nya.. hargailah nikmat di DQ kerana tak kan dapat di tempat lain..
smg sukses!!


EmoticonEmoticon