MANTOP 2010






Kursus Pemantapan Teknik Hafazan atau nama popularnya MANTOP '09 yang dianjurkan oleh IQRaC dengan kerjasama DIDIK PERKEMAT DQ dan HEP telah berlangsung selama sehari pada 20 Februari 2010 pada hari Sabtu dari jam 8.00pagi hingga 12.00malam. Sasaran utama bagi MANTOP '09 ini ialah adik-adik persijilan semester 1 GEN11.

Antara matlamat yang ingin diketengahkan dalam MANTOP kali ini ialah untuk membaiki teknik hafazan para pelajar serta menaikkan motivasi untuk meneruskan pengajian di Darul Quran dalam menghafal kalamNya dan tidak lupa juga untuk mengeratkankan ukhwah.

Ceramah "Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran" telah disampaikan oleh saudara Ahmad Dziaulhaq bin Ahmad iaitu bekas pelajar DQ GEN 8 yang kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang ICT di CFS IIUM PJ.Pelbagai input berguna telah disampaikan oleh penceramah. Antaranya,variasi teknik2 menghafal Al-Quran dan penceramah turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar pelajar di Darul Quran. "Denda merupakan satu nikmat" merupakan nasihat paling bermakna yang disampaikan penceramah.

Ceramah kedua pula disampaikan oleh Muhammad Hamidi Zamri, juga bekas pelajar DQ GEN 8. Beliau merupakan bekas pengerusi IQRAC 07/08 manakala saudara Dziaulhaq meruoakan timbalan pengerusi 1. Beliau yang sedang mengikuti pengajian PUSAT ASASI UIAM NILAI, dalam bidang economics and management sciences banyak mengutarakan cara-cara mengurus masa dengan berkesan sebagai seorang huffazul Quran.

Banyak lagi agenda yang telah dilaksanakan sepanjang MANTOP kali ini untuk mencapai matlamat-matlamat di atas. Antaranya, terdapat debat yang bertajuk : " Kekal di Darul Quran atau Belajar di Oversea lebih baik?".Kemudian, terdapat juga LDK yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah mengenai pengurusan masa dalam menghafal Al-Quran dan yang berkaitan.Pada sebelah petangnya pula telah diadakan Explorace yang amat mengujakan para peserta.

Namun begitu, acara kemuncak MANTOP kali ini sudah semestinya Skesta Radio yang dirakam khas oleh pelajar persijilan Semester 3 untuk adik-adik peserta. Sketsa suara tersebut memaparkan dilema pelajar persijilan Darul Quran apabila keputusan SPM diumumkan samada untuk terus kekal di DQ atau menyambung pengajian di luar negara. Kemudian, beberapa pelajar persijilan sem 3 mengambil alih majlis pada malam penutup tersebut dengan berkongsi pengalaman-pengalaman mereka yang memilih untuk terus kekal di Darul Quran walaupun pelbagai tawaran untuk menyambung pelajaran datang dan pergi.

Semoga program yang dijalankan walaupun hanya untuk sehari ini beraya mencapai matlamatnya. Kepada adik-adik persijilan 10/11, buatlah keputusan yang terbaik untuk adik-adik, moga apa-apapun yang adik pilih, berdoalah agar ia yang terbaik untuk diri adik-adik sendiri dan semestinya terbaik untuk menyumbang kepada kemajuan Islam.InsyaAllah..

5 comments

Salam.

Moga MANTOP pada kali ini,memberi 1001 makna dalam kehidupan adik2 Gen11.

Semoga berjaya dan terus maju!

Salam..
maaf ye admin blog,
saudara hamidi dan dziaulhaq dari gen 8.. Harap maklum..

Salam 1aqidah 1fikrah.. :)

Assalamualaikum,
Adakah kelab ini masih membuat program teknik menghafaz ini? Jika masih saya selaku ketua panitia syariah dan b.arab nak minta kerjasama untuk mengadakan program teknik menghafaz ini kpd pelajar2 kami di sekolah. Program untuk tahun depan 2012.

t.kasih.

Muallimah Masyitah
Sek. Men. Sri Al-Amin Bangi.


EmoticonEmoticon