Karnival Amal Islami 2010

Karnival Amal Islami telah diadakan di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar (KISDAR) selama 3 hari bermula 3 Ogos 2010 – 5 Ogos 2010. Karnival ini diadakan 2 tahun sekali dan pada tahun ini KISDAR telah dipilih untuk menjadi tuan rumah.

Karnival ini dianjurkan oleh Institut Tadbiran Islam Malaysia (INTIM). Antaranya ialah Darul Quran JAKIM, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

3 Ogos 2010

Sehubungan itu, pihak Darul Quran telah menghantar wakil seramai 17 pelajar banin dan 17 pelajar banat yang diiringi oleh Ustaz Anuar, Ustaz Bakri, Ustaz Hazri, Ustazah Jauharah dan Teacher Liyana. Pada jam 11.00 pagi bas mula bertolak dan tiba pada jam 2.00 petang. Setibanya di sana, sesi pendaftaran dimulakan. Taklimat dan majlis perasmian telah diadakan pada jam 8.00 malam.

4 Ogos 2010

Seawal jam 8.00 pagi, semua acara bermula kecuali nasyid banin yang bermula pada jam 8.00 malam.

Yakin...Pasukan nasyid Darul Quran bergambar bersama ustaz-ustaz

5 Ogos 2010

Majlis perasmian penutup bagi Karnival Amal Islami 2010 telah diadakan pada jam 9.00 pagi. Syukur Alhamdulillah kerana wakil dari Darul Quran tidak pulang dengan tangan kosong. Darul Quran JAKIM telah memenangi tempat pertama bagi acara Pidato Bahasa Inggeris (Banat), berzanji (Banin), Hafazan juz 1-5 (Banat), Hafazan juz 1-15 (Banat), tempat kedua bagi pertandingan Khat (Banat) dan tempat ketiga bagi pertandingan Debat Parlimen, Tilawah (Banin) dan Hafazan juz 1-5 (Banin) yang sekaligus menjadikan Darul Quran JAKIM mendapat tempat ketiga keseluruhan.

Sukacita dimaklumkan bahawa ahli IQRaC juga telah menyumbang dalam kemenangan kali ini. Berikut merupakan nama ahli IQRaC yang telah mengharumkan nama Darul Quran JAKIM :
  1. Johan Pidato Bahasa Inggeris (Banat)-Siti Aisyah Binti Ramli
  2. Naib Johan Khat (Banat)-Siti Nurain Binti Mahyuddin
  3. Ketiga Debat Ala Parlimen-Norazlina Binti Azizi dan Nur Atiqah Binti Jamaluddin

Pasukan debat DQ
Hebat...Pasukan Debat Darul Quran begitu bersemangat mematahkan hujah pihak lawan


EmoticonEmoticon