Majlis Mahabbah Bersama Pensyarah Darul Quran


Pada 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadan 1431H, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah menganjurkan Majlis Mahabbah Bersama Pensyarah Darul Quran.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PERKEMAT DQ bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran diikuti dengan ucapan Timbalan Pengarah Pendaftar Darul Quran. Majlis diserikan dengan persembahan multimedia oleh unit teknikal dan juga persembahan nasyid pelajar. Majlis rasmi diakhiri dengan penyampaian hadiah dan para pelajar dan pensyarah bergerak ke masjid.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah iftor jamaie bersama pensyarah di bawah maktabah bagi banin dan di dewan makan bagi banat. Semoga majlis pada kali ini dapat mencapai objektif-objektif dan yang paling penting memupuk suasana mahabbah antara pelajar dan pensyarah.

"Sedetik Bersama, Seabad Terasa"


EmoticonEmoticon