Nur Ramadan 2010


Pada 22 Ogos 2010 bersamaan 12 Ramadan 1431H, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran(PERKEMAT DQ) melalui Intellectual Quranic Generation Club(IQRAC) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) Darul Quran telah menganjurkan Program Nur Ramadan di Dewan Muktamar. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendaftar Darul Quran iaitu Ust. Abdul Kodir bin Sallah.

Bertemakan "Nur Ramadan Pencetus Sinar Nurani", program kali ini meraikan kehadiran anak-anak yatim dari Sekolah Menengah Ampang Pecah, Sekolah Rendah Ampang Pecah dan Baitul Hasanah untuk berbuka puasa bersama-sama ahli IQRAC bersesuaian dengan firman Allah:

"tentang dunia dan akhirat. Dan mereka menanyakan kepadamu (pula) tentang anak-anak yatim, katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka adalah lebih baik; dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah:220)

Istimewa...Exco PERKEMAT DQ dan Ketua Biro Ekonomi IQRaC
memberi layanan istimewa kepada anak-anak yatim yang hadir

Mesra...Exco PERKEMAT DQ dan Naib Pengerusi IQRaC bersama-sama tetamu

Majlis diteruskan dengan sesi ceramah di Pusat Islam Darul Quran. Ceramah bertajuk "Implikasi Tarbiyah Ramadan Mendidik Jiwa Jundi" itu telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Riduan Mohd Nor.

Menimba Ilmu...Warga DQ khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Riduan

Program ini merupakan program mega pertama yang dilaksanakan oleh IQRAC 2010/2011. Kami amat berharap agar program yang dilaksanakan ini memberi keberkatan pada semua yang yang melibatkan diri dalam program ini secara langsung atau tidak langsung.

Sabar...Ahli IQRaC banin menunggu waktu berbuka puasa

Ceria...Ahli IQRaC banat

2 comments

Salam.
Oh, ni kiranya lebih kurang macam Mubarak Gathering la ek masa Gen kami dulu. Cuma kami tidak ada kunjungan dari tetamu lain melainkan pensyarah2 sahaja.

Satu aktiviti yang bermanfaat dan praktikal. Teruskan usaha antum! Terbaik!

tahniah kpd unit jamuan, helmey.. tahun ni nampak lbh bgos.. hehe.. ble gen 11 nk ade jubah sem? mcm gen 10..huhu


EmoticonEmoticon