RAMADAN : Kalam Pengerusi IQRAC 10/11

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat kehidupan, iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, qudwah hasanah bagi sekalian alam.
Sahabat,

Dalam kehidupan kita ini, kita tidak dapat lari dari dua tugas utama, iaitu sebagai hamba Allah S.W.T dan khalifah di muka bumi. Oleh itu dalam memikul amanah yang besar ini,tidak dapat tidak, kita perlulah mempersiapkan diri dengan bekalan sebaiknya,merangkumi ilmu, iman, akhlak dan sebagainya. Janganlah kita sekadar memasang cita-cita yang indah, tapi bekalan persiapan ke arah cita-cita itu tiada. Oleh itu, sahabat-sahabat, marilah kita gunakan masa yang Allah berikan di bumi Darul Quran ini dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan apabila kita melangkah ke dunia realiti, kita yang akan memimpin perubahan kelak.

Akhir kata menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal tiba, ayuhlah kita bersama-sama mempertingkakan persediaan supaya kita dapat mempertingkatkan amalan dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Wassalam…

HANIF BIN MAHPA
PENGERUSI IQRAC 10/11


EmoticonEmoticon