UKHUWAH DAY

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”.
(Muttafaq alaih)
Menyedari hakikat hadis di atas, pada 7 Ogos 2010 yang lalu, Biro Tugas-Tugas Khas telah menganjurkan Ukhuwah Day. Sesuai dengan tema, “MEHNAH SEPAHIT PANADOL,UKHUWAH SEMANIS LOLLIPOP”, semua ahli sem bertungkus lumus menjayakan program ini setelah menempuh pelbagai dugaan. Program ini dimulakan dengan acara “Explorace” pada sebelah pagi bagi banat dan “Rehlah Sufi” bagi banin. Pada sebelah petang, bagi banin, perlawanan futsal antara biro telah diadakan. Namun, perlawanan terpaksa diberhentikan atas factor cuaca yang tidak mengizinkan. Pada masa yang sama, ajk tugas-tugas khas banat sibuk bertugas menghantar special delivery kepada setiap ahli sem.


LOLLIPOP

Acara kemuncak bagi Ukhuwah Day ini ialah “campfire” yang diadakan pada sebelah malam. Bagi banat,usaha untuk memulakan proses campfire memakan masa hampir sejam kerana kekurangan bahan. Walau bagaimanapun,majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar. Lain pula di sebelah banin. Seolah-olah terlupa badan masih penat kerana lincah bermain futsal pada sebelah petang, masing-masing tetap memberi pertolongan sekadar mampu menjadikan acara campfire berjalan dengan begitu lancar. Setelah kenyang menjamu selera, ahli sem bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan sambil mengulum lollipop(trademark program kali ini) –dengan harapan menjadi trademark ukhuwah kami!


INTIHA

Semoga program kali ini mencapai objektifnya. Firman Allah s.wt :

“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebagian mereka menguatkan sebagian lainnya”. (At-Taubah;71)

Oleh itu, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang dibina ini. Semoga ukhuwah ini tidak akan sirna walaupun bulan telah menggantikan matahari, walaupun hari-hari berlalu dan walaupun dunia akan hancur! Sahabatku,ayuhlah kita memelihara ukhuwah islamiyyah yang terjalin ini seterusnya merasai kemanisannya.


1 comments:

alhamdulilah.
bangga dengan ukhuwah sahabat-sahabat gen11. moga ukhuwah ini terus dibina atas dasar aqidah insyaAllah.
moga kita menjadi huffaz yang sentiasa bekerja untuk islam.
takbir!!!


EmoticonEmoticon