The 'Futurisation' Of Khairu Ummah(The Faith)




The Faith atau nama penuhnya The Futurisation Of Khairu Ummah merupakan sebuah program anjuran Intellectual Quranic Generation Club (IQRaC) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT) dan Unit HEP Darul Quran. Program ini dijalankan selama tiga hari bermula 15 Januari hingga 17 Januari dengan mensasarkan semua pelajar semester 1 persijilan. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Ustaz Anuar bin Baharuddin dan Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Bakri bin Hashim. Antara matlamat yang dikehendaki dalam program ini adalah menjelaskan kepada peserta tentang halatuju Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM, meningkatkan kefahaman Islam dalam diri peserta mengenai akidah, ibadah dan akhlak yang menjadi asas dalam kehidupan muslim dan membangkitkan kesedaran dalam diri pelajar tentang tanggungjawab sebagai dai’e kepada masyarakat. Di dalam program ini, pihak penganjur cuba menampilkan ramai penceramah-penceramah yang mantap seperti Ustaz Wan Muhammad Noor, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Idris Yusoff dan ramai lagi bagi menjamin tema program kali ini “Huffaz : A Search Of true Dimension” tercapai objektifnya.


Penantian akhirnya berakhir..



Setelah hampir 6 bulan program yang dirangka IQRaC; "Bengkel Tinta Da'ie" tertangguh, Alhamdulillah, dengan rahmat dariNYA akhirnya tanggal 16 Januari 2010,program yang dinanti-nantikan semua pihak ini akhirnya dapat dijalankan dengan jayanya.
Bengkel ini tidak lain dan tidak bukan dianjurkan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik-teknik berdakwah melalui penulisan lebih-lagi melalui medium yang terkenal pada masa kini;blog. Bengkel disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi lebih-lebih lagi di alam maya, Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil yang mengendalikan blog Saifulislam.com.
Walaupun kedatangan ustaz agak lewat, namun penyampaian ustaz yang sangat mantap dan padat telah menaikkan semangat para peserta yang makin berkobar-kobar untuk mengendalikan blog sendiri dan menyampaikan mesej dakwah dan memberi penawar kepada masyarakat di luar sana yang sedang sakit rohaninya.
Sabda Rasulullah S.A.W :Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.
Semoga bengkel yang telah diadakan dapat meningkatkan keyakinan kita semua untuk terus berjuang dan mengamalkan amal maaruf nahi munkar.InsyaAllah.
Di kesempatan ini, diucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada smua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak. Syukran Jaziilan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa antum semua. Semoga "SECANGKIR TINTA PENCETUS LEDAKAN DAKWAH" dapat direalisasikan walaupun bukan pada waktu sekarang, tetapi InsyaAllah suatu masa nanti.AMIN..


KD2 program yang telah bertungkus-lumus memastikan bengkel dapat dijalankan dengan sempurna.

Ahlan Wasahlan GEN11


Tanggal 20 Disember 2009 merupakan tarikh yang bersejarah bagi adik-adik Persijilan DQ-UIAM sesi 2010/2011. Tarikh ini merupakan satu titik permulaan bagi adik-adik yang telah dipilih oleh Allah untuk memulakan perjuangan di bumi Al-Quran ini.

Majlis Pendaftaran Program Persijilan DQ/UIAM bagi sesi 2010/2011 telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Biarpun begitu, ramai keluarga yang hadir ke Kompleks Darul Quran seawal 7.30 pagi, menunjukkan bertapa bersemangat dan tingginya harapan keluarga untuk melihat anak-anak mereka menjadi huffaz yang menjadi harapan agama dan bangsa. Suasana di Dewan Muktamar ketika itu agak meriah. Para pelajar yang bakal mendaftar beratur mengikut kaunter-kaunter yang ditetapkan oleh pihak Darul Quran manakala para ibu bapa dan ahli keluarga pelajar dijamu dengan sarapan pagi di belakang Dewan Muktamar.

Dimulakan dengan ucapan dari pihak yang berkenaan, seterusnya ikrar dari pelajar-pelajar persijilan 10/11 dan akhir sekali diikuti oleh simbolik penyerahan kepada pihak DQ yang akan mengambil alih sementara tugas ibu bapa sebagai penjaga kepada para pelajar. Majlis perasmian ini berjalan dengan lancar, walaubagaimanapun terasa sedikit kekurangan kerana antara tetamu kehormat yang dijadualkan akan turut serta bersama memeriahkan majlis ini iaitu Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak dapat menghadirkan diri di atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Selepas selesai sesi pendaftaran, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak dewan makan. Seterusnya para pelajar terus mendaftar untuk asrama,PERKEMAT DQ dan IQRAC di kaunter yang disediakan di lobi Asrama. Inilah waktu yang paling gamat sekali. Alhamdulillah ada abang-abang dan kakak-kakak yang sanggup turun untuk menolong adik-adik baru yang bakal ditinggalkan oleh ibu bapa untuk meneruskan pejuangan di sini.


Kepada adik-adik GEN11, tidak terlambat bagi kami untuk mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada antum semua. Besar harapan kami untuk melihat antum sebagai penyambung generasi huffaz teknokrat yang insyaAllah bakal memimpin dunia ini pada masa akan datang....