Tokoh Huffaz Teknokrat


BIODATA AS-SYEIKH DR YUSRI RUSHDI AL-HASANI

Nama penuh guru kita yang mulia ini ialah Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli.

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang ‘Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ‘Pembedahan Am’ juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada tahun 1997.

Beliau mula menghafaz al-quran dengan riwayat Hafs ‘an ‘Asim semasa dalam pengajian di kulah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran al-kareem di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985. Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلَّم melalui Saidina Jibril alaihissalam dari Luh Mahfuz dari Allah سبحا نه وتعالى .

Beliau mempunyai ramai guru dalam disiplin ilmu agama, antaranya:

1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto’ Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978)

2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti’ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu’ bisyarhil al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari dan kitab-kitab fiqh Syafi’ie, beliau juga mendapat sanad hadis dan fiqh ketika pengajian di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamaa-il lit-Tirmizi, al-Muwatto’ Imam Malik, al-Luma’ fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang). Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.

4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang dari ulama Al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah darinya.

5. Syeikh Isma’il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid Al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto’ dan tafsir sebahagian surah dari al-Quran. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.

6. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Nuruddin Ali Jum’ah hafizahullah (Mufti Mesir sekarang), juga sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.

Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Nuruddin Ali Jum'ah hafizahullah (Mufti Mesir sekarang)

7. Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah

Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah

8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah.

9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’iets al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddis dan musnid Iskandariah.

10. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Muhammad Rabi’e al-Jauhari hafizahullah (mantan Dekan Kuliah Usuluddin, Univ. al-Azhar).

11. Fadhilat as-Syeikh al-Habib Ali al-Jufri hafizahullah

12. Fadhilat al-Ustaz Hassan Osman hafizahullah.

dan ramai lagi guru-guru beliau.

Jawatan beliau sekarang ialah Penasihat dan Ketua Jabatan Pembedahan Am dan الأوعية الدموية di Hospital Ahmad Mahir at-Ta’limi, Kaherah. Beliau juga merupakan imam dan khatib di Masjid Al-Asyraf, Hayyu al-Muqattam.

“Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati segala amalan beliau.”


MANTOP 2010






Kursus Pemantapan Teknik Hafazan atau nama popularnya MANTOP '09 yang dianjurkan oleh IQRaC dengan kerjasama DIDIK PERKEMAT DQ dan HEP telah berlangsung selama sehari pada 20 Februari 2010 pada hari Sabtu dari jam 8.00pagi hingga 12.00malam. Sasaran utama bagi MANTOP '09 ini ialah adik-adik persijilan semester 1 GEN11.

Antara matlamat yang ingin diketengahkan dalam MANTOP kali ini ialah untuk membaiki teknik hafazan para pelajar serta menaikkan motivasi untuk meneruskan pengajian di Darul Quran dalam menghafal kalamNya dan tidak lupa juga untuk mengeratkankan ukhwah.

Ceramah "Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran" telah disampaikan oleh saudara Ahmad Dziaulhaq bin Ahmad iaitu bekas pelajar DQ GEN 8 yang kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang ICT di CFS IIUM PJ.Pelbagai input berguna telah disampaikan oleh penceramah. Antaranya,variasi teknik2 menghafal Al-Quran dan penceramah turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar pelajar di Darul Quran. "Denda merupakan satu nikmat" merupakan nasihat paling bermakna yang disampaikan penceramah.

Ceramah kedua pula disampaikan oleh Muhammad Hamidi Zamri, juga bekas pelajar DQ GEN 8. Beliau merupakan bekas pengerusi IQRAC 07/08 manakala saudara Dziaulhaq meruoakan timbalan pengerusi 1. Beliau yang sedang mengikuti pengajian PUSAT ASASI UIAM NILAI, dalam bidang economics and management sciences banyak mengutarakan cara-cara mengurus masa dengan berkesan sebagai seorang huffazul Quran.

Banyak lagi agenda yang telah dilaksanakan sepanjang MANTOP kali ini untuk mencapai matlamat-matlamat di atas. Antaranya, terdapat debat yang bertajuk : " Kekal di Darul Quran atau Belajar di Oversea lebih baik?".Kemudian, terdapat juga LDK yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah mengenai pengurusan masa dalam menghafal Al-Quran dan yang berkaitan.Pada sebelah petangnya pula telah diadakan Explorace yang amat mengujakan para peserta.

Namun begitu, acara kemuncak MANTOP kali ini sudah semestinya Skesta Radio yang dirakam khas oleh pelajar persijilan Semester 3 untuk adik-adik peserta. Sketsa suara tersebut memaparkan dilema pelajar persijilan Darul Quran apabila keputusan SPM diumumkan samada untuk terus kekal di DQ atau menyambung pengajian di luar negara. Kemudian, beberapa pelajar persijilan sem 3 mengambil alih majlis pada malam penutup tersebut dengan berkongsi pengalaman-pengalaman mereka yang memilih untuk terus kekal di Darul Quran walaupun pelbagai tawaran untuk menyambung pelajaran datang dan pergi.

Semoga program yang dijalankan walaupun hanya untuk sehari ini beraya mencapai matlamatnya. Kepada adik-adik persijilan 10/11, buatlah keputusan yang terbaik untuk adik-adik, moga apa-apapun yang adik pilih, berdoalah agar ia yang terbaik untuk diri adik-adik sendiri dan semestinya terbaik untuk menyumbang kepada kemajuan Islam.InsyaAllah..
Buat yang bergelar Hamlatul Quran

Buat yang bergelar Hamlatul Quran

Takdir telah menentukan kita sebagai pendokong, pemelihara,dan penghafaz Al-Quran. Walaupun sebelum ini kita tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk menjadi seorang hafiz, pada saat ini juga kita akan mempersoalakan mengapa kita memilih bidang ini sedangkan diri ini tidak mapu menanggungnya. Adakalanya kita memberontak untuk menamatkan bidang ini di sini. Semuanya bertitik tolak dari ancaman Allah S.W.T kepada mereka yang melupakan dan tidak mengamalkan Al-Quran. Sebenarnya kita tidak mampu untuk menguasai 30 juzuk dan beramal dengan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya tanpa izin dariNYA. Apabila mengenangkan semua ini, kita hampir patah semangat dan hampir berputus asa. Namun berbekalkan sedikit keimanan yang Allah titipkan buat kita, semangat kita bisa teguh kembali kerana kita beriman pada Qadha' dan Qadhar Allah. Kita juga yakin dengan firman Allah: "Allah tidak akan membebankan sesorang denagn apa yang dia tidak mampu"

Allah tidak pernah berdusta denagn kalamNYA, jadi kita adalah orang-orang pilihan Allah yang mampu. kita adalah The chosen One yang mampu menjaga dan memelihara kalimahnya. Oleh itu, kita harus susuli pula kalam Allah dengan ayat " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri "

Ya, sesunnguhnya allah tidak akan merubah diri kita, kita sendirilah yang menentukannya agar termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mampu memelihara Al-Quran. Hisablah diri, apakah cukup hanya dengan 4 jam berhadapan denagn Al-Quran dapat melepaskan diri daripada dosa. Andainya masa tersebut didugunakan untuk jihad fisabilillah, Alhamdulillah. Tetapi bagaimana jika ia digunakan dengan sia-sia? Fikirlah dan mohonlah pertolongan dari Allah. namun sekiranya kita telah bermujahadah sebaliknya masih belum diizinkanNya, jangan putus asa.AMIN YA RABB!