Majlis Khatam Hafazan Al-Quran (Persijilan)

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar semester 3 yang telah menamatkan hafazan mereka.

Perarakan menuju ke Dewan Muktamar










Rasulullah bersabda, " sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai keluarga di kalangan manusia." Lalu para sahabat bertanya, "siapakah mereka ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, " Para ahli al-Quran. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihannya."
( HR Ahmad )

"Bacalah al-Quran krn Allah swt tidak mengazabkan hati yg menyimpan al-Quran. Dan sesungguhnya al-Quran ini adalah jemputan Allah. Siapa yg mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan al-Quran maka bergembiralah."
( HR Ad-Darimy )

" Sebaik-baik kamu adalah yg mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
( HR Bukhari dan Muslim )

" Tiada hasad kecuali pada dua perkara iaitu org yg Allah berikan kpdanya al-Quran maka dia membacanya siang dan malam. Dan org yg Allah berikan kpdanya harta maka dia menafkahkannya siang dan malam."
( HR Bukhari dan Muslim )

" Mereka yg membaca al-Quran dan dia mahir didalamnya maka dia bersama para malaikat pencatit yg mulia. Mereka yg membaca al-Quran sedangkan dia tidak lancar bacaanya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala."
( HR Bukhari dan Muslim )

Rasulullah bersabda," Bacalah al-Quran, sesunggunya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bg para pembacanya( penghafalnya.)"
( HR Muslim )

" Sesiapa membaca sehuruf dr al-Quran maka untuknya satu kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Min adalah huruf ."

( HR Tarmidzi )
(gambar-gambar diambil dari facebook DQ)