The Glory




















Pada hari sabtu, 1 Mei 2010 bersamaan dengan 17 Jamadilawal 1431H telah diadakan satu majlis bagi meraikan pelajar IQRaC khasnya untuk pelajar semester 3 yang akan menamatkan pengajian mereka di Darul Quran dan bakal menyambung pengajian masing-masing di peringkat IPT.

"The Glory" atau The Glorious Memorable Day dibawah anjuran PERKEMAT dan IQRaC bertemakan "Blaze of Memories Rejoice The Ukhwah" telah dirasmikan oleh Ketua Pen. Pengarah HEP Mohd Tahir bin Abd Manap pada pukul 9.30 malam di Dewan Muktamar.

Agenda seterusnya adalah ucapan daripada YDP PERKEMAT dan diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar semester 3. Acara diteruskan dengan majlis penyampaian anugerah bagi pelajar semester 3, cabutan bertuah, persembahan daripada pelajar semester 1 dan persembahan multimedia. Majlis berakhir dengan sesi fotografi.

Berikut merupakan senarai nama pelajar yang telah menerima anugerah.

1. Penjejak Maghfirah:
- Mohd. Farhan Abd Razak
- Najihah Mohd. Anuar

2. Simfasis Ukhwah:
- Mohd. Hamdi Razali
- Nur Daleela Mohd Azlan

3. Warisan Seni:
- Mohd Hanif Mohd Napiah
- Siti Syahirah Isa

4. Cemerlang Koku:
- Mohd Nabil Saupi
- Nur Jannah Mohd Radzi

5. Huffaz Komited:
- Abu Ubaidah Kamaruddin
- Madhihah Hj Mat Ali

6. Huffaz Terampil:
- Mohd Iqbal Saleh
- Nur Hanani Zulkifli

7. Atlet Huffaz:
- Mohd Nidzam Yatimi Mohd Ramli
- Faizah Abdullah Asuhaimi

8. Agen Transformasi:
- Mohd Fahmi Nor Hasmi
- Nor Faten Belina Nor Shukri

9. Mujahid Muda:
- Mohd Syafiq Mohd Zaidi
- Nur Shamihah Mohd Adnan

Salam Imtihan


Selamat menempuh fatrah imtihan buat sahabat-sahabat program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM pada 10 - 14 Mei 2010 ini. Semoga terdapat keberkatan dalam setiap mujahadah yang antum lakukan. Bittaufiq wan najjah~

nota admin : Kelik komik untuk paparan yang lebih jelas

Iftor Jamaie



Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagimampu bertahan, belajarlah memafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau dia tak kelihatan.
Bukti keasih-Nya, kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..
:-)