Forum "When The Heart Whispers"


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..."
(An-Nur; 30-31)
Pada 24 September 2010, Jumaat, IQRaC melalui Biro Tarbiyah dan Kerohanian(BTK) telah menganjurkan sebuah forum "When The Heart Whispers" yang bertemakan "Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut". Pihak penganjur telah mengundang khas ahli panel yang sangat berpengalaman iaitu Ust Muhammad Syaari bin Ab. Rahman dan Prof. Dr. Harlina Halizah bt Hj Siraj@Ramli. Kehadiran audien pada forum kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk daripada pelajar Diploma Tahfiz dan Ijazah DQ-USIM.
Majlis Hari Raya IQRaC

Majlis Hari Raya IQRaC

Bersempena bulan syawal yang masih terasa hangatnya Biro Tugas-tugas IQRaC telah menganjurkan Hari Raya IQRaC khas untuk pelajar persijilan sem 2. Majlis telah diadakan di bawah maktabah bagi banin dan di dewan baru bagi banat. Majlis bermula selepas solat isya’ secara berjemaah di masjid sekitar pukul 9.45 malam dimulakan dengan ucapan pengerusi IQRaC dan diikuti dengan ucapan Timbalan YDP PERKEMAT yang turut merasmikan majlis tersebut bagi pihak banin. Sedikit aktiviti telah diadakan bagi mengisi kekosongan seperti mendeklamasi sajak, pantun, nyanyian dan lain-lain. Majlis berakhir dengan jamuan makan dan sesi fotografi.

[Gambar akan menyusul selepas ini.Maaf]
Salam Lebaran : Hantar Dedikasi Aidilfitri 1431H Anda Sekarang!

Salam Lebaran : Hantar Dedikasi Aidilfitri 1431H Anda Sekarang!


Sila klik gambar untuk saiz sebenar.


Ingin menghantar ucapan hari raya? Sertailah kami.
Kini, kami menyediakan perkhidmatan untuk anda menghantar dedikasi khas sempena Hari Raya 1431H kepada kenalan, keluarga dan sesiapa jua yang melayari blog IQRaC.


DEDIKASI AIDILFITRI 1431H

Afwan Daud :
Salam Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

Banin Gen 11:
Ramadan melambai pergi.. Sapaan Aidilfitri pula menanti.. Adakah akan kutemu lagi Ramadan yang disayangi.. Berdoalah pada Ilahi.. Moga masih bisa merasai..
.::::(SALAM AIDILFITRI)::::.
~Ampun maaf mohon diberi~

Banat Gen 11:
salam eidulfitri diucapkan pada warga IQRaC 10/11 khususnya.. diharapkan agar aidilfitri kali ini diraikan dengan meriah dan kesyukuran~~ lastly maaf zahir dan batin.
p/s:raya raya juga mengulang jangan lupa..

mujAhIdAh:
selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin~~

Atifah Suad Binti Anwar:
Kehadiran Ramadhan umpama singgahnya kapal dagang serta muatannya untuk kita diperlabuhan. Sedikit pelaburan ribuan ganjaran. Hebatnya tawaran lebih dari semua pasaran! Beruntung bagi insan yang tunngu dan sedar kehadirannya. Kini kapal Ramadhan bergerak meninggalkan pelabuhan. InsyaAllah tahun hadapan datang lagi tawaran untuk kita jika diizinkan. Syawal, kini menjelma. Bergembiralah tapi biarlah dalam had yang diizinkan Allah. Salam eidulfitri. Maaf Zahir dan batin.

Khairatus Syahirah binti Ibrahim:
Salam. Tiada PERMINTAAN yang terindah selain dari maaf, tiada PERBUATAN yang termulian selain memaafkan, TUTUR KATA kekadang tak terjaga, JANJI kekadang tak ditepati, HATI kekadang berperasangka, SIKAP kekadang menyakitkan. Dengan menjelangnya SYAWAL yang mulia ini, saya mohon maaf atas semua salah silap dan halalkan segalanya.. SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI untuk semua khususnya GEN 11.

Rabiatul Hafifah:
Selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat IQRaC 10/11.

Umar Muttaqi(University of Jordan, Amman):
Dikatakan Ramadhan meninggalkan kita, kerana pemergiannya tak menjanjikan pertemuan tahun hadapan. Dikatakan Ramadhan meninggalkan kita keranapemergiannya tak menjanjikan amalan yang berterusan. Biar ia meniggalkan kita bukan kita meninggalkan Dia. Dikatakan eidulfitri hari mulia, Hakikatnya hari orang-orang yang mulia (yang kembali kepada fitrah). Dikatakan maaf zahir dan batin, hakikatnya maaf batin dan zahir (batin yang banyak kot). Apapun jua diri ini merapu, doa ana, ntum bahagia selalu. Ampun maaf dipinta, bukan setakat sambut raya, dosa tiada, ukhwah terpelihara, moga tak muflis di hari muka. Eid mubarak

Aifel salami:
salam alaikum.
kpd sahabat2 iqrac skalian espcially pd gen 11,ana nk ucapkn salam aidilfitri maaf ats smua salah clap.buat yg mngenali diri,mohon d halalkn smuanya.
sebait kata utk d kgsi bersama...

~Allah did not promise that the way would be easy,but He did promise that He would be with you in every single step of your life,as long as you want Him to be with you~
insyaAllah.
Moga Syawal kali ini lbh mengeratkn ukhuwwah yg sdia terbina.
Sama2 doakn sahabat2 yg ditimpa musibah.

Siti 'Aishah Jauhara bt Surtahman:
Assalamu'alaikum.
Selamat menyambut kedatangan hari lebaran. Moga pentarbiyahan di bulan Ramadhan mampu mengetuk hati2 kita yang lalai akan peringatan dariNya supaya sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Mudah-mudahan aura dan roh Ramadhan akan berterusan dan kekal hingga ke bulan-bulan yang seterusnya.

Minal 'aeidin wal faizin. Maaf zahir dan batin buat setiap individu yang sedang dan pernah menjadi warga IQRaC.

Kullu 'aam wa antum bikhair.

al-Faqirah ilallah,
Siti 'Aishah Jauhara bt Surtahman
Persijilan DQ-UIAM 08/09.


***
Syukran atas penglibatan kalian. Salam Lebaran 1431H.
Sila klik di sini.

Fathu Makkah : Aplikasi "Inqilabiah"



Sampainya di sempadan Kota Makkah al-Mukarramah, baginda sibuk membaca surah al-Fath. Berulang-ulang kali. Penuh pengharapan dan kesyukuran pada Ilahi, sekalipun kemenangan telah dijanjikan. Sesampainya di Dzu Tuwa, baginda terus menundukkan kepalanya tanda bersyukur. Tunduk, sehingga janggutnya mencecah belakang unta tunggangannya. Syukur yang tidak terhingga.

Sahabat diperintah untuk memasuki Makkah daripada empat penjuru. Sememangnya satu strategi yang bijak bagi mengelakkan pertumpahan darah dan melemahkan moral musyrikin Quraisy. Sedari awal sudah dipesan supaya seboleh-bolehnya elakkan pertumpahan darah. Jaminan keselamatan diberikan.

ISLAM TERTEGAK ATAS RUNTUHNYA JAHILIYYAH

Tongkatnya dihayun pada berhala-berhala dan tuhan-tuhan palsu di sekeliling Kaabah. Hayunannya padu. Cukup sekali, jatuh berderai binaan-binaan itu. Jatuh sekali dengan keegoon kaum Musyrikin yang enggan menerima Islam. “Tibalah sudah haq dan terhapuslah batil. Tibanya haq dan tidak akan datang kembali batil,” ucap baginda tatkala memecahkan berhala-berhala itu.

Kunci Kaabah diserahkan kepada Uthman ibn Talhah, sekalipun ketika itu beliau masih bergelar kuffar. Hikmahnya, biar amanah itu diberikan pada individu yang paling berhak dan mahir dalam mengendalikannya.

"Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat."(An-Nisa';58)

PEMAAF

Bilal diarahkan untuk memanjat bumbung Kaabah. Azan dilaungkan. Ramai bersyahadah. Kuffar yang dahulunya begitu anti pada nabi turut bersyahadah, menyatakan keislaman. Orang ramai berdiri di keliling Kaabah, ternanti-nanti ucapan nabi.


“Tidak ada tuhan melainkan Allah. Tiada sekutu baginya. Dia telah membuktikan kebenaran janjiNya. Dia menolong hambaNya. Dan dibinasakan bersendirian atas musuh-musuhnya yang bersatu. Segala perbalahan, segala dendam kesumat, atau menuntut bela tamatlah hari ini. Penjagaan Kaabah dan memberi minum orang-orang haji tetap berada di tangan orang-orangnya. Wahai orang-orang Quraisy, Allah telah menghapuskan sikap membangga-banggakan keturunan atau membesar-besarkan nenek moyang. Kerana
semua manusia adalah anak cucu Adam, dan Adam dari tanah.” Lalu, ayat 13 daripada surah al-Hujuraat pun dibaca.

"Wahai manusia! Sungguh kami telah menciptakan kamu semua daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"(Al-Hujurat;13)

Wehdah terjalin. Dakwah tersebar. Jihad dilancarkan. Daulah dibentuk. Khilafah dibina.

INTIHA'

Bulan Ramadhan. Fath Makkah. Ramadhan 8 hijrah, runtuhnya jahiliyyah. Bulan Ramadhan bulan muhasabah, bulan meruntuhkan jahiliyyah.

Tapi, ini cerita Ramadhan zaman lapan hijrah yang lalu. Bagaimana dengan Ramadhan kali ini? Ramadhan hampir berlalu pergi, sudah runtuhkan belum sifat-sifat jahiliyyah yang ada pada mu? Termasukkah kita dalam golongan aidheen wal faizeen menjelang Syawal nanti, atau kita tetap diri kita yang asal, atau lebih dahsyat, jahiliyyah kita makin bertambah?
Renungan buat semua, dan buat diri ana terutama...

Sumber: Fiqh as-Sirah 3, ms 557-597, oleh Muhammad Said Ramadhan al-Buti

BIRO AKADEMIK IQRAC