Islam Makin Bersinar di Eropah

Beratus-ratus masjid baru dibina ketika banyak gereja terbiar Benua Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamphobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain, baru-baru ini, sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini. Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekali gus membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka, tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka.


Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang sebaliknya. Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini dapat menjadi satu realiti. Malah, seperti dilaporkan media Barat baru-baru ini, kehadiran kubah masjid terbesar di Jerman misalnya, semakin menenggelamkan menara gereja – petunjuk keyakinan baru ke atas Islam ketika gereja pula semakin terbiar di negara Eropah itu.

Di Jerman saja, sehingga 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di daerah Kreuzberg, Berlin. Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang. Setiap minggu, purata 150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim. Sejak pembukaannya pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan penduduk Islam.



Dipetik daripada :
IQ Siswa | Keluaran Kedua
Biro Perhubungan & Aktiviti luar 10/11

Our Latest Techfaz: Special Edition


Intelectual Quranic Generation Club melalui Biro Penerbitan dan Informasi telah berjaya menerbitkan Techfaz Special Edition.Tahniah diucapkan kepada semua ahli Unit Penerbitan BPI yang telah bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Terdapat banyak isu-isu semasa dan info-info menarik yang telah dimuatkan dalam Techfaz pada kali ini. Oleh itu, diharapkan kepada semua ahli IQraq tidak melepaskan peluang untuk membacanya.Semoga bermanfaat..

Antara yang menarik di dalam..






Wallahua'lam..