Majalah Gen 11



InsyaALLAH tidak lama lagi majalah GEN 11 atau nama cadangan setakat ini ELEVATION akan diterbitkan tidak lama lagi. Majalah ini juga setakat ini bertemakan ' Kerana Semua Tentang Kita'.

Semua ahli IQRaC tidak kira banin mahupun banat dialu-alukan untuk menghantar karya masing-masing untuk dimuatkan dalam majalah. Sapa cepat dia dapat. Antum dan antunna semua juga dialu-alukan untuk memberi cadangan nama lain jika mempunyai buah fikiran yang lebih bernas. Doa-doakan semoga majalah GEN 11 kali ini dapat diterbitkan tanpa sebarang masalah. Ameen.
Program Tasmi' Tambahan

Program Tasmi' Tambahan

Pada tanggal 6hb Disember 2010, Isnin, beberapa orang pelajar persijilan menyertai program tasmi' tambahan yang bertempat di Darul Quran. Program ini bermula pada 6 hb Disember dan akan berakhir pada 17 hb Disember. Program ini memberi peluang kepada para pelajar persijilan untuk mempercepat proses hafalan mereka bagi membuat persediaan awal di sem 3 nanti. Kelas ini diselia oleh Unit Akademik Darul Quran dengan kerjasama Biro Akademik IQRaC.

Selamat Bermujahadah~