Ahlan Wasahlan Gen 12








“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya." (Al-Hijr : 9)

Seperti mana yang kita ketahui, salah satu cara al-Quran dipelihara adalah melalui hafazan para huffaz.Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memberi keizinan kepada warga Darul Quran JAKIM untuk sama-sama berkumpul di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM pada 27 Disember 2010 untuk menyambut generasi baru yang akan menyahut seruan untuk menjadi hamalatul quran iaitu adik-adik Program Persijilan Tahfiz al-Quran DQ-UIAM sesi 2011/2012.

Pendaftaran tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan diteruskan dengan sedikit taklimat kepada para ibu bapa dan pelajar tentang program persijilan khususnya dan Darul Quran amnya. Pada jam 10.30 pagi pula bermulalah majlis perasmian yang dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci alquran,ucapan Pengarah Darul Quran,ucapan Timbalan Dekan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz.Sesudah itu, semua pelajar persijilan sesi 11/12 dikehendaki berdiri dan melafazkan ikrar.Majlis itu kemudiannya diteruskan dengan simbolik penyerahan pelajar oleh ibu bapa kepada Darul Quran di mana semua pelajar dikehendaki naik ke atas pentas seorang demi seorang bersama dengan ibu bapa masing-masing untuk bersalaman dengan Ketua Pengarah JAKIM dan dif-dif kehormat yang lain.Pada saat ini lah dapat disaksikan para ibu bapa yang bakal dipakaikan mahkota di akhirat kelak yang sinaran mahkota tersebut melebihi sinaran matahari seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yng diriwayatkan oleh Abu Daud :
“Sesiapa membaca Al-Quran dan mengamalkan isinya , Allah akan memakaikan pada kedua ibu bapanya mahkota yang sinarannya lebih bagus daripada sinaran matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkannya”
Setelah selesai, semua pelajar bergerak ke asrama untuk penempatan.

Untuk adik-adik generasi ke-12,kami ahli Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) sangat mengalu-alukan kedatangan antum ke bumi barakah Darul Quran untuk kita sama-sama menggapai cita-cita untuk menjadi hamalatul quran yakni 'ahlullah wa khassatuh' serta menjalin ukhwah kerana Allah s.w.t. demi islam tercinta.Harapan kami sangatlah besar untuk melihat antum menjadi hufazul quran yang dapat menyumbang kepada masyarakat serta mampu memimpin ummah.Istiqamahlah dalam menghafaz dan mengulang al-Quran dan tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin di sini.Didoakan semoga antum diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah s.w.t. dalam menghadapi segala ujian yang bakal mendatang di bumi Darul Quran.

Untuk abang-abang dan akak-akak generasi ke-11 pula, diharapkan antum dapat membimbing adik-adik dan sentisa membantu mereka dalam apa jua keadaan. Sama-samalah kita hayati kisah muhajirin dan ansar sewaktu peristiwa hijrah dan aplikasikannya dalam kehidupan seperti mana yang diseru oleh Timbalan Pengerusi 1 I.Q.RaC.

WAllahu a'lam.

3 comments

Ahlan Wasahlan ke Bumi Darul Quran kepada adik-adik Gen 12 banin wa banat. Bermula dengan langkahan dan niat yang baik, lillahi Taala, insyaAllah antum akan menjadi Huffaz Teknokrat harapan ummah.

Selamat meneruskan perjuangan jua buat adik-adik2 Gen 11. Moga terus thabat hingga ke akhirnya. Gunakan masa sebaiknya tika berada di sana, kelak kalian akan merindui biah al-Quran pabila keluar ke 'dunia' yang sebenar.

Islam Dijulang, Al-Quran Dijunjung~

sejak bila sudah kembali kepadak berkopiah putih? adakah saya sudah lama ketinggalan zaman? adeh.
saya generasi yang pertama memakai songkok. sungguh kontroversi. :)

sejak bila sudah kembali berkopiah putih? adakah sudah lama saya ketinggalan zaman? adeh
saya generasi pertama memakai "kopiah" hitam. kontroversi sungguh. :)


EmoticonEmoticon