Minggu Haluan Siswa

“..Mujur ada teman membantu,
sokonganmu buat inspirasi,
berpeganglah pada janji kita yang dibina,
semoga bersama kitakan dirahmati,oh teman…”

Potongan lirik lagu yang bertajuk Maafkan Teman dendangan kumpulan Far East tersebut sudah tidak asing lagi bagi siswa dan siswi Darul Quran kerana ianya adalah lagu tema bagi program Minggu Haluan Siswa yang merupakan program wajib untuk semua pelajar baru sebaik sahaja mereka mendaftar di Darul Quran.
Oleh itu, adik-adik Program Persijilan Tahfiz al-Quran DQ-UIAM sesi 11/12 juga tidak ketinggalan mengikuti Program Haluan Siswa anjuran Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang bermula dari 27 Disember 2010 hingga 30 Disember 2010 bertempat di kompleks Darul Quran JAKIM.

Program ini secara umumnya bertujuan untuk memperkenalkan Darul Quran serta suasana dan sistemnya kepada para peserta. Sepanjang program, mereka telah mengikuti beberapa sesi taklimat iaitu taklimat tentang Hal Ehwal Pelajar, perpustakaan, ICT, rekod, akademik, Jabatan al-Quran dan pengurusan asrama. Penekanan telah diberikan oleh Unit Akademik mmengenai pembaharuan program persijilan pada sesi kali ini di mana pengajian telah dibahagikan kepada tiga aliran, iaitu:
1. Advanced Fast Track (AFT)- 5 bulan
2. Fast Track (FT)- 9 bulan
3. Normal – 18 bulan
Para pelajar boleh memilih di antara tiga aliran tersebut. Namun begitu untuk mengikuti aliran Fast Track dan Advanced Fast Track, pelajar perlu memohon dan memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. (maklumat lanjut tentang aliran-aliran tersebut akan dimasukkan ke dalam blog ini dalam masa terdekat)

Di samping itu, barisan koordinator program yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Darul Quran sendiri telah merangka beberapa modul latihan dalam kumpulan (LDK) untuk menyiapkan diri para pelajar dalam menghadapi cabaran hidup di Darul Quran. Selain itu, penekanan yang serius juga diberikan terhadap pembentukan ukhwah mereka.

Kemuncak program Minggu Haluan Siswa ini ialah aktiviti Kembara yang telah dijalankan pada hari Rabu, 29 Disember 2010. Program berbentuk explorace ini bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Di setiap checkpoint, peserta ditarbiyah oleh para koordinator program dengan cara tersendiri.

Program ini telah berakhir dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Haji Paimuzi bin Yahaya. Bakat baru juga telah dicungkil melalui persembahan pelajar,antaranya nasyid dan sajak. Majlis bersurai pada jam 3 petang.

Diharapkan adik-adik Program Persijilan Sesi 11/12 dapat memanfaatkan segala ilmu yang antum perolehi sepenjang program tersebut. Thabatkanlah hati untuk terus 'stay' di bumi barakah Darul Quran sehingga tamat tempoh pengajian seperti mana yang diharapkan oleh semua pensyarah dan warga Darul Quran. InsyaAllah ganjaran besar menanti antum di sisi Allah s.w.t. Dalam membuat keputusan, hayatilah sabda Rasulullah s.a.w :
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya" (Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari dalam sahihnya)

WAllahu a'lam.


EmoticonEmoticon