Bengkel Tinta Daie 2011

Bengkel Tinta Daie 2011

Kuala Kubu Bharu, Sabtu
- Pada 19 Februari 2011 yang lalu, PERKEMAT DQ melalui IQRaC dengan kerjasama HEP Darul Quran telah menganjurkan sebuah bengkel penulisan dakwah, Bengkel Tinta Daie bertempat di Dewan Muktamar DQ. Bertemakan "Ku Biarkan Pena Berbicara", bengkel ini mensasarkan semua siswa dan siswi Persijilan Tahfiz DQ-UIAM baik semester 1 dan semester 3 selain terbuka kepada siswa Diploma dan Ijazah.

Sukacitanya, pihak koordinator program telah menjemput Ustaz Zaid Akhtar sebagai penceramah. Ustaz Zaid Akhtar telah memberi pengisian sebanyak tiga slot utama,teori dan praktikal. Pelbagai pendedahan utama telah diberikan oleh ustaz demi mencapai objektif bengkel iaitu menyiapkan diri para peserta untuk menjadi seorang daie melalui bidang penulisan.


Para peserta memberikan perhatian

Para peserta memberi partisipasi yang membanggakan kerana mengidamkan gelaran Anugerah Peserta Terbaik. Anugerah Peserta Terbaik ini akhirnya dimenangi oleh Muhammad Khairul Shahyidi bagi banin dan Nur Azalina Bt Azizi bagi banat.

Alhamdulillah, bengkel ini berjalan lancar. Semoga usaha ini diteruskan dalam mencapai mardhatillah. InsyaAllah.


Pengerusi majlis santai mengendalikan majlis

Ustaz Zaid Akhtar berkongsi ilmu ketika bengkel

Perasmi Majlis Penutupan,Ustaz Dasuki menyampaikan hadiah
kepada peserta terbaik banat

Booth jualan buku PTS juga dibuka


EmoticonEmoticon