FUTUWWAH

Pada sesi kali ini, Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Program INTERFAME manakala PERKEMAT DQ mengendalikan Program THE FAITH. Berbeza dengan sesi sebelum-sebelum ini, INTERFAME dijalankan sendiri oleh PERKEMAT DQ dan THE FAITH pula di bawah kelolaan perwakilan I.Q.RaC. Namun begitu, perkara ini tidak mengahalang I.Q.RaC untuk cuba melaksanakan program tersebut dengan sebaik mungkin demi mentarbiyyah adik-adik Semester 1. Untuk makluman semua, Majlis Tertinggi Program telah bersepakat untuk menukar nama INTERFAME kepada nama baru iaitu FUTUWWAH. Futuwwah yang berasal daripada kalimah 'fityah' (Surah al-Kahfi : 13) memberi makna lambang kepada pemuda pemudi yang asyik dengan keimanan dan ketaqwaan yang menyala-nyala (rujuk Kitab Kadra' al-Diman,m/s 3). Imam Ahmad Bin Hambal pula menyebut bahawa Futuwwah ialah meniggalkan apa yang diingini nafsu kerana Allah s.w.t.

Segala puji bagi Allah, program Futuwwah ini telah berjaya dilaksakan. Maklumat tentang program adalah seperi berikut:

Tarikh
11 Hingga 13 Februari 2011
Tempat
Kompleks Darul Quran JAKIM
Taman Millenium, Ampang Pecah
Tema
"Tarbiyyah Rabbani Wahana Penjanaan Generasi Qurani"

Objektif

  • Memberi kefahaman tentang konsep tarbiyyah yang sebenar
  • Membangkitkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai da'ie
  • Memupuk penghayatan akhlak yang disarankan olah Rasulullah s.a.w dengan lebih dekat seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian
  • Memupuk semangat berukhwah dan berusrah
  • Meningkatkan kefahaman terutamanya dari sudut 'aqidah, ibadah dan akhlak yang menjadi asas dalam diri setiap muslim

Tentatif Program


TARIKH : 11 FEBRUARI 2011
HARI : JUMAAT
5.30 pm : Riadah 1
6.30 pm : Makan Malam dan Khidmat Diri
7.30 pm : Solat Maghrib dan Cari Modal
8.45 pm : Solat Isyak
9.15 pm : Ceramah 1
Tajuk : “Tarbiyyah Rabbani Wahana Penjanaan Generasi Qurani”
Penceramah : Ustaz Wan Mohamad Noor Bin Wan Ali
10.45 pm : Minum Malam
11.00 pm : Mujadalah
11.45 pm : Himpun Daya

TARIKH : 12 FEBRUARI 2011
HARI : SABTU
5.00 am : Qiamulail
6.00 am : Solat Subuh, Bacaan Al-Mathurat, Cari Modal dan I’adah
7.30 am : Riadah 2
8.30 am : Sarapan Pagi dan Solat Dhuha
9.00 am : Ceramah 2
Tajuk : “Akhlak Islamiah Satu Tuntutan”
Penceramah : Ustaz Abdul Muiz Bin Muhammad
10.45 am : Minum Pagi
11.00 am : Ceramah 3
Tajuk : “Pengusiran Yahudi”
Penceramah : Dr. Badlisham
1.00 pm : Makan Tengah Hari
1.30 pm : Solat Zohor
2.00 pm : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
4.45 pm : Solat Asar dan Al-Mathurat
5.30 pm : Riadah 3
6.30 pm : Makan Malam dan Khidmat Diri
7.30 pm : Solat Maghrib dan Cari Modal
8.45 pm : Solat ‘Isyak
9.15 pm : Forum Perdana
Tajuk : “Antara Dakwah Fardiyyat dan Jam’iyyat”
Ahli Panel : -Ustaz Mohd Rashidi Bin Abd Hamid
-Ustaz Syamsul Hakim Bin Abdul Samad
11.00 pm : Minum Malam
11.15 pm : Muhasabah
12.30 pm : Himpun Daya

TARIKH : 13 FEBRUARI 2011
HARI : AHAD
5.00 am : Qiamulail
6.00 am : Solat Subuh dan Bacaan Al-Mathurat
6.30 am : Kuliah Subuh (Pusat Islam)
7.30 am : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
8.30 am : Bertolak ke Taman Millenium
9.00 am : Riadah Berukhwah
1.00 pm : Majlis Perasmian Penutup oleh Ustaz Md Lazim
2.00 pm : Sidang Plano
2.30 pm : Bersurai

Gambar Program







Harapan Kami

Semoga usaha kami yang kecil ini dapat menjadikan setiap seorang daripada adik-adik fardu muslim yang merasakan tarbiyyah itu bersifat perlu seterusnya thabat dalam berperanan sebagai da'ie.

Renungakanlah kata-kata Imam hasan al-Banna

"Daulah Islamiah pasti akan tertegak. Bila dan di mana bukanlah persoalannya tetapi persoalannya adakah kita termasuk dalam golongan yang menegakkannya"


EmoticonEmoticon