Ya Rasulallah, kami merinduimu..




Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada sahabat dan sahabiah Intellectual Quranic Generation Club.
Sahabat dan sahabiah sekalian, apa yang lainnya maulidurrasul pada tahun ini, 12 Rabiul Awal 1432H jatuh pada tarikh 15 Februari 2011M iaitu satu hari selepas Valentine's Day. Pastinya kita akan dapat saksikan betapa terujanya sekelompok manusia menzahirkn cinta mereka pada pasangan masing-masing sehingga melupakan insan yang selayaknya dicintai dan dirindui iaitu habibuna Rasulullah s.a.w. Sama-samalah kita muhasabah dan renungkan bahawa nikmat iman dan islam serta kitab al-Quran yang sama-sama kita bermujahadah untuk menghafaznya adalah hasil jerih payah dan titisan air mata juga linangan darah Baginda.
Oleh itu, marilah kita memperbanyak selawat kepada insan mulia yang ketika di ambang kewafatan, Baginda tidak lupa menyebut ummati..ummati. Juga,zahirkan rasa cinta kita kepada Baginda dengan berusaha mencontohi sunnah Baginda.
Ya Rasulallah, kami merinduimu...





EmoticonEmoticon