Hari Memperingati Sejarah Palestin


Baru-baru ini, pada 22 Mac 2011 yang lalu, PERKEMAT DQ melalui Biro Aktiviti dan Perhubungan Luar IQRaC telah berjaya menganjurkan program "Hari Memperingati Sejarah Palestin". Program ini bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor dan bermula pada pukul 9.15 malam.

Tujuan program ini adalah untuk memperingati sejarah perjuangan pejuang-pejuang Islam di Palestin dan mengambil ruh jihad daripada mereka. Tanggal 22 Mac 2004, salah seorang tokoh pejuang Palestin, Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin telah dibedil oleh 3 buah misil musuh walaupun beliau hanya berkerusi roda!



Keadaan selepas dibedil

Program ini bermula dengan tayangan video biografi Sheikh Ahmed Yassin dan Abdel Aziz Rantissi-juga pejuang Palestin yang telah syahid beberapa tahun lalu. Video yang dipaparkan sangat bermakna, mampu membakar semangat seorang pemuda sebagai pejuang Islam. Seterusnya, program diteruskan dengan diskusi ilmu yang dikendalikan oleh Akh Marwan Bukhari, mantan Exco Lajnah Dakwah dan Tarbiyah PEREKMAT DQ yang bertajuk "Jihad Alaf Baru". Peserta mendapat pencerahan minda.

Semoga program yang dirancang ini mampu memberi keinsafan seterusnya menaikkan semngat kepada para peserta agar bersama-sama menggerakkan usaha dakwah dalam menegakkan Islam.


EmoticonEmoticon