MANTOP 2011


Pada 18 dan 19 Februari 2011 yang lalu, pihak PERKEMAT DQ melalui IQRAC dengan kerjasama HEP Darul Quran telah menganjurkan Program Pemantapan Hafazan, atau dikenali sebagai MANTOP. Sasaran program ini ialah para pelajar semester 1 Persijilan Tahfiz DQ-UIAM 2011/2012. Program ini bertempat di sekitar Kompleks Darul Quran JAKIM.

Program MANTOP yang bertemakan “Menuju Dimensi Huffaz” ini dimulakan dengan pendaftaran peserta di luar Auditorium Sheikh Muhammad Noor pada jam 9.15 pada 18 Februari 2011. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah pertama pada malam yang sama, yang bertajuk “Ukhwah acuan Al-Quran” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hamidi bin Zamri.

Pada keesokan harinya pula, program dihangatkan lagi dengan 2 slot ceramah yang seterusnya, masing-masing bertajuk “Hafal dan Hafaz : Syok Tak?” dan “Huffaz Darul Quran : Indah Rupa Dari Khabar” yang disampaikan oleh para alumni pelajar Darul Quran. Slot yang paling memberi kesan pada jiwa peserta ialah pada Sabtu malam, bersamaan 19 Februari 2011, yang mana telah diadakan perkongsian pengalaman oleh para senior daripada semester 3, yang membuatkan pelajar semester 1 lebih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan menghafaz Al-Quran di bumi Darul Quran. Program MANTOP ini ditamatkan secara serta-merta sejurus tamatnya perkongsian itu.

Semoga program ini mejadikan pelajar semester 1 lebih jelas akan tujuan utamanya belajar di Darul Quran dan tujuannya menghafal Al-Quran. Semoga, program ilmiah seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dan juga untuk generasi persijilan tahfiz yang akan datang.


EmoticonEmoticon