Melepak..? boleh ke?


DARIPADA Abu Sai’d Al-Khudri daripada Nabi Muhammad sabdanya bermaksud: “Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!


Jawab sahabat: “Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal yang perlu.”

Sabda Rasulullah: “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.”

Mereka bertanya: “Apa haknya, ya Rasulullah.”

Jawab Baginda: “Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”

Melepak adalah tabiat buruk yang kerap berlaku di kalangan remaja kita hari ini. Orang dewasa juga suka melepak seperti menghabiskan masa di kedai atau warung.

Perbuatan itu jelas membuang masa tidak melakukan perkara berfaedah.

Pada peringkat awalnya perbuatan itu adalah budaya yang dilakukan oleh kutu jalanan.

Melepak yang bertujuan kebaikan seperti berbual mengenai perkara bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam. Bagaimanapun, ia tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya. Perkara itu terkeluar daripada adab dalam bersosial.

Setiap Muslim perlu menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.Begitu juga dengan kita sebagai para huffaz.Sebagai para huffaz,kita hendaklah sentiasa memastikan setiap detik masa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T diletakkan dan digunakan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi dalam merealisasikan hala tuju kita sebagai huffaz teknokrat.Sudah tentulah banyak ilmu yang perlu ditelaah dan diaplikasikan mengikut acuan Al-Quran.Janganlah kita asyik leka memandangkan jadual pelajar persijilan ini sangatlah longgar.Janganlah kita menjadi para huffaz yang malas,kuat makan,dan banyak tidur seperti mana yang selalu disebut oleh Ustaz Marwan Bukhari dalam diskusi yang selalu disampaikan.Akhir kalam,selamat bermuhasabah dan bermujahadah...


EmoticonEmoticon