Liga Tasmi'

Assalamualaikum.

Pada 2 minggu yang lepas bersamaan 6 Jun 2011 hingga 17 Jun 2011, telah berlangsungnya Kelas Tasmik Tambahan bagi pelajar-pelajar IQRaC. Kelas ini diadakan bagi membantu para pelajar supaya dapat menjaga muqarrar pada semester 2 yang lebih mencabar, kerana perlu membawa 12 juzuk iaitu bermula juzuk 11 hingga juzuk 22. Alhamdulillah, kelas ini telah berjalan dengan jayanya.

InsyaAllah, pada 1 Julai ini bakal berlangsungnya Program Mega Tasmik di mana kami semua akan bertanding antara kelas-kelas. Apa yang dipertandingkan? Muqarrar semester 1.

Begini, pada hari tersebut, kami akan buat halaqah mengikut kelas dan akan ada juri memberi soalan. Setiap halaqah akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjawab soalan.

Pemenang akan diberi hadiah lumayan.

Semoga usaha ini akan membantu pelajar menjaga i'adah masing-masing.

1 comments:


EmoticonEmoticon