Ukhuwah Day'11

Ukhwah Day merupakan satu program yang dikendalikan oleh Biro Tugas-Tugas Khas I.Q.RaC dan bermula pada hari Jumaat 24 Jun 2011. Tirai Ukhwah Day dibuka dengan pertandingan futsal antara halaqah tasmi’ bagi pihak banin selepas Asar. Pertandingan ini diadakan di padang belakang asrama blok A kerana padang futsal tidak boleh digunakan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Bagi pihak banat pula, pertandingan explorace telah diadakan di kawasan asrama banat. Pertandingan bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang.
Pada sebelah malam pula, sesi ceramah telah dijalankan. Tajuk ceramah yang dipilih ialah “Ukhwah Disimpul, Sinergi Dipadu” dan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sya’bani Bin Hj Awang.. Ceramah ini diadakan di Dewan Baru, bermula pada pukul 9.30 malam dan diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada tuan penceramah pada pukul 10.40 malam. Kemudian, aktiviti pada malam itu disambung dengan program Muhasabah Sem yang diketuai oleh saudara Ahmad Hilmi Bin Jusoh. Program ini bermula pada pukul 10.45 malam dan berakhir pada pukul 12.30 malam.
Pada keesokan harinya, 25 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu, aktiviti dimulakan dengan qiamullail di Masjid Darul Quran. Kemudian, pada pukul 8.30 pagi, pelajar banin telah bertolak ke Taman Millenium dengan berjalan kaki, manakala pelajar banat pula telah bertolak ke Rimba Ulu Tamu, Batang Kali dengan menaiki bas yang telah ditempah khas. Bagi pihak banin, aktiviti sukaneka mula dijalankan pada pukul 9.15 pagi dan berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi. Aktiviti rehlah disambung dengan aktiviti mandi sungai dan kemudiannya diikuti dengan makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi. Hidangan yang disediakan ialah nasi goreng dan ayam BBQ yang telah dipanggang oleh unit persegaran. Aktiviti mandi sungai disambung semula dan berakhir kira-kira pukul 12.15 tengah hari.
Bagi pihak banat pula, pelajar banat telah bertolak ke Rimba Ulu Tamu pada pukul 8.45 pagi dan tiba pada pukul 9.20 petang. Setibanya di sana, mereka telah menunaikan solat dhuha dan kemudian bersiap untuk aktiviti rehlah. Aktiviti sukaneka telah dijalankan sehingga pukul 11.30 pagi dan diikuti dengan makan tengah hari pada pukul 12.30 tengah hari. Aktiviti diakhiri dengan solat zohor berjemaah dan mereka bertolak pulang ke Darul Quran pada pukul 1.30 tengah hari.
Selepas solat zohor, aktiviti disambung semula dengan pertandingan memancing yang telah disertai oleh seramai 7 orang peserta banin. Pertandingan ini diadakan dikawasan Tasik Huffaz, Darul Quran. Sebanyak lebih kurang 20 ekor ikan talapia berjaya ditumpaskan oleh para peserta. Pertandingan berakhir pada pukul 4.30 tengah hari. Selepas solat asar, pertandingan futsal disambung bagi menentukan kedudukan johan, naib johan dan tempat ketiga. Bagi pihak banat pula, sukaneka telah dijalankan di kawasan asrama banat. Pertandingan dimulakan dengan senam robik dan kemudian disambung dengan acara sukaneka sebanyak 3 acara. Acara berakhir pada pukul 6.40 petang.



Pada sebelah malam pula, acara majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Baru. Acara bermula pada pukul 9.45 malam dengan ketibaan perasmi, saudara Che Faizul Azhar Bin Che Mat, Yang Di-pertua PERKEMAT DQ. Acara dimulakan dengan nasyid Asmaul Husna dan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis. Acara diteruskan dengan ucapan Timbalan Pengarah Ukhwah Day, saudara Mohd Husny Fahmy Bin Hairi. Pada pukul 10.00 malam, saudara Che Faizul Azhar Bin Che Mat telah merasmikan majlis penutupan Ukhwah Day selepas memberikan ucapan yang sungguh bersemangat. Pada pukul 10.15 malam, acara diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan diikuti dengan tayangan koordinator program dan juga tayangan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Ukhwah Day. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan ditutup pada pukul 10.40 malam. Selepas majlis ditutup, unit Teknikal dan Publisiti telah mengadakan tayangan filem yang bertujuan untuk menghiburkan para pelajar. Tayangan filem tersebut berakhir pada pukul 12.15 malam.
Para pelajar I.Q.RaC telah memberikan partisipasi yang memberangsangkan dalam menjayakan program ini. Hasil penat lelah para koordinator program dan kesudian para peserta untuk memberikan kerjasama membolehkan program ini berjalan dengan lancar. Diharapkan program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.


EmoticonEmoticon