Sengaja Buka Puasa Tidak Boleh Diqada

RASULULLAH bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadakan dengan puasa setahun walaupun dia benar-benar (melakukan) puasa setahun itu.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)



· Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak, peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa atau tidak.


· Kelonggaran diharuskan untuk berbuka puasa ialah seperti orang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh; orang bermusafir; wanita mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada diri atau anaknya. Sakit ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa.


· Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqadakan puasanya pada bulan lain.


· Orang yang berbuka puasa pada Ramadan kerana terlupa, maka tidak wajib qada dan tidak wajib kifarat. Ini kerana ada hadis Rasulullah menyebutkan yang maksudnya: “Apabila dia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian dia makan dan minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang telah memberi makan dan minum kepadanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


· Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan dari kecil untuk berpuasa.






EmoticonEmoticon