Bengkel Tinta Daie 2011

Bengkel Tinta Daie 2011

Kuala Kubu Bharu, Sabtu
- Pada 19 Februari 2011 yang lalu, PERKEMAT DQ melalui IQRaC dengan kerjasama HEP Darul Quran telah menganjurkan sebuah bengkel penulisan dakwah, Bengkel Tinta Daie bertempat di Dewan Muktamar DQ. Bertemakan "Ku Biarkan Pena Berbicara", bengkel ini mensasarkan semua siswa dan siswi Persijilan Tahfiz DQ-UIAM baik semester 1 dan semester 3 selain terbuka kepada siswa Diploma dan Ijazah.

Sukacitanya, pihak koordinator program telah menjemput Ustaz Zaid Akhtar sebagai penceramah. Ustaz Zaid Akhtar telah memberi pengisian sebanyak tiga slot utama,teori dan praktikal. Pelbagai pendedahan utama telah diberikan oleh ustaz demi mencapai objektif bengkel iaitu menyiapkan diri para peserta untuk menjadi seorang daie melalui bidang penulisan.


Para peserta memberikan perhatian

Para peserta memberi partisipasi yang membanggakan kerana mengidamkan gelaran Anugerah Peserta Terbaik. Anugerah Peserta Terbaik ini akhirnya dimenangi oleh Muhammad Khairul Shahyidi bagi banin dan Nur Azalina Bt Azizi bagi banat.

Alhamdulillah, bengkel ini berjalan lancar. Semoga usaha ini diteruskan dalam mencapai mardhatillah. InsyaAllah.


Pengerusi majlis santai mengendalikan majlis

Ustaz Zaid Akhtar berkongsi ilmu ketika bengkel

Perasmi Majlis Penutupan,Ustaz Dasuki menyampaikan hadiah
kepada peserta terbaik banat

Booth jualan buku PTS juga dibuka

FUTUWWAH

Pada sesi kali ini, Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Program INTERFAME manakala PERKEMAT DQ mengendalikan Program THE FAITH. Berbeza dengan sesi sebelum-sebelum ini, INTERFAME dijalankan sendiri oleh PERKEMAT DQ dan THE FAITH pula di bawah kelolaan perwakilan I.Q.RaC. Namun begitu, perkara ini tidak mengahalang I.Q.RaC untuk cuba melaksanakan program tersebut dengan sebaik mungkin demi mentarbiyyah adik-adik Semester 1. Untuk makluman semua, Majlis Tertinggi Program telah bersepakat untuk menukar nama INTERFAME kepada nama baru iaitu FUTUWWAH. Futuwwah yang berasal daripada kalimah 'fityah' (Surah al-Kahfi : 13) memberi makna lambang kepada pemuda pemudi yang asyik dengan keimanan dan ketaqwaan yang menyala-nyala (rujuk Kitab Kadra' al-Diman,m/s 3). Imam Ahmad Bin Hambal pula menyebut bahawa Futuwwah ialah meniggalkan apa yang diingini nafsu kerana Allah s.w.t.

Segala puji bagi Allah, program Futuwwah ini telah berjaya dilaksakan. Maklumat tentang program adalah seperi berikut:

Tarikh
11 Hingga 13 Februari 2011
Tempat
Kompleks Darul Quran JAKIM
Taman Millenium, Ampang Pecah
Tema
"Tarbiyyah Rabbani Wahana Penjanaan Generasi Qurani"

Objektif

  • Memberi kefahaman tentang konsep tarbiyyah yang sebenar
  • Membangkitkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai da'ie
  • Memupuk penghayatan akhlak yang disarankan olah Rasulullah s.a.w dengan lebih dekat seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian
  • Memupuk semangat berukhwah dan berusrah
  • Meningkatkan kefahaman terutamanya dari sudut 'aqidah, ibadah dan akhlak yang menjadi asas dalam diri setiap muslim

Tentatif Program


TARIKH : 11 FEBRUARI 2011
HARI : JUMAAT
5.30 pm : Riadah 1
6.30 pm : Makan Malam dan Khidmat Diri
7.30 pm : Solat Maghrib dan Cari Modal
8.45 pm : Solat Isyak
9.15 pm : Ceramah 1
Tajuk : “Tarbiyyah Rabbani Wahana Penjanaan Generasi Qurani”
Penceramah : Ustaz Wan Mohamad Noor Bin Wan Ali
10.45 pm : Minum Malam
11.00 pm : Mujadalah
11.45 pm : Himpun Daya

TARIKH : 12 FEBRUARI 2011
HARI : SABTU
5.00 am : Qiamulail
6.00 am : Solat Subuh, Bacaan Al-Mathurat, Cari Modal dan I’adah
7.30 am : Riadah 2
8.30 am : Sarapan Pagi dan Solat Dhuha
9.00 am : Ceramah 2
Tajuk : “Akhlak Islamiah Satu Tuntutan”
Penceramah : Ustaz Abdul Muiz Bin Muhammad
10.45 am : Minum Pagi
11.00 am : Ceramah 3
Tajuk : “Pengusiran Yahudi”
Penceramah : Dr. Badlisham
1.00 pm : Makan Tengah Hari
1.30 pm : Solat Zohor
2.00 pm : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
4.45 pm : Solat Asar dan Al-Mathurat
5.30 pm : Riadah 3
6.30 pm : Makan Malam dan Khidmat Diri
7.30 pm : Solat Maghrib dan Cari Modal
8.45 pm : Solat ‘Isyak
9.15 pm : Forum Perdana
Tajuk : “Antara Dakwah Fardiyyat dan Jam’iyyat”
Ahli Panel : -Ustaz Mohd Rashidi Bin Abd Hamid
-Ustaz Syamsul Hakim Bin Abdul Samad
11.00 pm : Minum Malam
11.15 pm : Muhasabah
12.30 pm : Himpun Daya

TARIKH : 13 FEBRUARI 2011
HARI : AHAD
5.00 am : Qiamulail
6.00 am : Solat Subuh dan Bacaan Al-Mathurat
6.30 am : Kuliah Subuh (Pusat Islam)
7.30 am : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
8.30 am : Bertolak ke Taman Millenium
9.00 am : Riadah Berukhwah
1.00 pm : Majlis Perasmian Penutup oleh Ustaz Md Lazim
2.00 pm : Sidang Plano
2.30 pm : Bersurai

Gambar Program







Harapan Kami

Semoga usaha kami yang kecil ini dapat menjadikan setiap seorang daripada adik-adik fardu muslim yang merasakan tarbiyyah itu bersifat perlu seterusnya thabat dalam berperanan sebagai da'ie.

Renungakanlah kata-kata Imam hasan al-Banna

"Daulah Islamiah pasti akan tertegak. Bila dan di mana bukanlah persoalannya tetapi persoalannya adakah kita termasuk dalam golongan yang menegakkannya"

Ya Rasulallah, kami merinduimu..




Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada sahabat dan sahabiah Intellectual Quranic Generation Club.
Sahabat dan sahabiah sekalian, apa yang lainnya maulidurrasul pada tahun ini, 12 Rabiul Awal 1432H jatuh pada tarikh 15 Februari 2011M iaitu satu hari selepas Valentine's Day. Pastinya kita akan dapat saksikan betapa terujanya sekelompok manusia menzahirkn cinta mereka pada pasangan masing-masing sehingga melupakan insan yang selayaknya dicintai dan dirindui iaitu habibuna Rasulullah s.a.w. Sama-samalah kita muhasabah dan renungkan bahawa nikmat iman dan islam serta kitab al-Quran yang sama-sama kita bermujahadah untuk menghafaznya adalah hasil jerih payah dan titisan air mata juga linangan darah Baginda.
Oleh itu, marilah kita memperbanyak selawat kepada insan mulia yang ketika di ambang kewafatan, Baginda tidak lupa menyebut ummati..ummati. Juga,zahirkan rasa cinta kita kepada Baginda dengan berusaha mencontohi sunnah Baginda.
Ya Rasulallah, kami merinduimu...




LAFUNTA 2011

LAFUNTA 2011

"Bahasa: Transformasi Huffaz Professional" itulah tema minggu bahasa pada kali ini atau nama lainnya Laguage Fun Fiesta,LAFUNTA 2011 yang telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Bahasa Darul Quran dengan kerjasama Jabatan Bahasa Darul Quran bermula pada 17 Januari 2011 hingga 23 Januari 2011 bertempat di kompleks Darul Quran JAKIM. Pelbagai pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli I.Q.Rac kerana telah memberi partisipasi yang baik serta mengharumkan nama I.Q.RaC dengan memenangi pelbagai pertandingan. Mabruk ‘alaikum juga untuk Biro Ekonomi dan Keusahawanan kerana I.Q.Rac Hut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan disebabkan oleh menu Mutagi dan Ice Cream Goreng yang sangat diminati ramai. Tahniah diucapkan. Berikut adalah antara pertandingan yang dimenangi oleh I.Q.RaC:

BANIN
1. Nasyid- Johan
2. English Public Speaking-Johan
3. Bola Tampar- Naib Johan
4. Create it right-Naib Johan
5. Explorace-Johan
6. Spell It Right-Naib Johan
7. Arabic Text Translation-Johan
8. Arabic Sudoku-Ketiga
9. Arabic Crossword-Johan & Ketiga
10.Word Chain-Johan & Naib Johan
11.Esssay-Johan & Ketiga

BANAT
1. Khat-Johan
2. Choral Speaking-Ketiga
3. Debat Bahasa Inggeris-Johan
4. Debat Bahasa Arab-Naib Johan
5. Pantomim-Johan
6. Create It Right-Johan
7. Explorace-Johan
8. Text Translation-Johan
9. Sudoku-Ketiga
10.Word Chain-Johan & Naib Johan
11.Turbo Typing-Naib Johan
12.Pop Quiz-Johan

Diharapkan kepada semua warga I.Q.RaC akan terus aktif dalam menyertai pertandingan seperti ini dalam usaha menjadi huffaz yang professional. Ingatlah syi’ar persatuan kita “Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”
WAllahu a'lam