Hari Memperingati Sejarah Palestin


Baru-baru ini, pada 22 Mac 2011 yang lalu, PERKEMAT DQ melalui Biro Aktiviti dan Perhubungan Luar IQRaC telah berjaya menganjurkan program "Hari Memperingati Sejarah Palestin". Program ini bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor dan bermula pada pukul 9.15 malam.

Tujuan program ini adalah untuk memperingati sejarah perjuangan pejuang-pejuang Islam di Palestin dan mengambil ruh jihad daripada mereka. Tanggal 22 Mac 2004, salah seorang tokoh pejuang Palestin, Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin telah dibedil oleh 3 buah misil musuh walaupun beliau hanya berkerusi roda!



Keadaan selepas dibedil

Program ini bermula dengan tayangan video biografi Sheikh Ahmed Yassin dan Abdel Aziz Rantissi-juga pejuang Palestin yang telah syahid beberapa tahun lalu. Video yang dipaparkan sangat bermakna, mampu membakar semangat seorang pemuda sebagai pejuang Islam. Seterusnya, program diteruskan dengan diskusi ilmu yang dikendalikan oleh Akh Marwan Bukhari, mantan Exco Lajnah Dakwah dan Tarbiyah PEREKMAT DQ yang bertajuk "Jihad Alaf Baru". Peserta mendapat pencerahan minda.

Semoga program yang dirancang ini mampu memberi keinsafan seterusnya menaikkan semngat kepada para peserta agar bersama-sama menggerakkan usaha dakwah dalam menegakkan Islam.

MANTOP 2011


Pada 18 dan 19 Februari 2011 yang lalu, pihak PERKEMAT DQ melalui IQRAC dengan kerjasama HEP Darul Quran telah menganjurkan Program Pemantapan Hafazan, atau dikenali sebagai MANTOP. Sasaran program ini ialah para pelajar semester 1 Persijilan Tahfiz DQ-UIAM 2011/2012. Program ini bertempat di sekitar Kompleks Darul Quran JAKIM.

Program MANTOP yang bertemakan “Menuju Dimensi Huffaz” ini dimulakan dengan pendaftaran peserta di luar Auditorium Sheikh Muhammad Noor pada jam 9.15 pada 18 Februari 2011. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah pertama pada malam yang sama, yang bertajuk “Ukhwah acuan Al-Quran” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hamidi bin Zamri.

Pada keesokan harinya pula, program dihangatkan lagi dengan 2 slot ceramah yang seterusnya, masing-masing bertajuk “Hafal dan Hafaz : Syok Tak?” dan “Huffaz Darul Quran : Indah Rupa Dari Khabar” yang disampaikan oleh para alumni pelajar Darul Quran. Slot yang paling memberi kesan pada jiwa peserta ialah pada Sabtu malam, bersamaan 19 Februari 2011, yang mana telah diadakan perkongsian pengalaman oleh para senior daripada semester 3, yang membuatkan pelajar semester 1 lebih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan menghafaz Al-Quran di bumi Darul Quran. Program MANTOP ini ditamatkan secara serta-merta sejurus tamatnya perkongsian itu.

Semoga program ini mejadikan pelajar semester 1 lebih jelas akan tujuan utamanya belajar di Darul Quran dan tujuannya menghafal Al-Quran. Semoga, program ilmiah seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dan juga untuk generasi persijilan tahfiz yang akan datang.

Kau Pelanggan Setiaku



Aku seorang peniaga
Akulah peniaga tanpa harta
Modalku Cuma Dia dan Rasul-Nya
Untung rugi pula melihat kepada respon-Nya

Siapakah pelanggan terbaik buatku?
Jawabku megah, Dialah pelangganku
Megah bukan karena takabbur, tapi rasa dihargai
Dihargai pula lantaran rasa merendah diri, malu tak bertepi

Masakan, aku peniaga tempang
Menjual barangan penuh kelemahan
Lebih kata dari amal, tapi Dia masih sudi menjadi pelanggan
Maka apa lagi kata mampu kuucapkan

Dia sentiasa sudi menjadi pelanggan tetapku
Walaupun aku ini peniaga yang menipu
Tidak tetap pendirian, amal hanya sepintas lalu
Aku meniaga, sedangkan buahnya tiada

Manusia lain, tak bisa dipercayai
Sekali kita buat salah, nescaya kita diragui
Kali kedua, pasti kita dibiar sendiri
Bersendirian dengan modal dan harga diri

Tapi Dia, tidak sama mahupun serupa
Dia sentiasa sudi, walau aku kerap memungkiri janji
Dia sentiasa menerima, meski aku sering lebat berkata-kata
Dia sentiasa melihat, walau aku menggilir amal baik dan jahat

Ya, Dia pelanggan setiaku
Kalau jualanku penuh ragu dan tipu
Dia masih sudi menerimaku, taubatku
Dia itu, Tuhanku, cintaku, kasehku

Kepadamu Pelanggan setiaku
Maafkan aku atas setiap kekuranganku
Perniagaanku begini cuma, sejak dahulu
Semoga di sana, aku bisa melihat diri-Mu

Sudilah Kau terus menjadi pelangganku.

Marwan Bukhari,
Kuala Terengganu, 7 Februari 2011


Dipetik daripada : Menulis Bukan Kerana Nama