Kisah Ashabul Ukhdud dan Ghulam Dakwah.


Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka .Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatanya. Raja itu menunaikan hajat tukang sihir tadi.

Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama ) yang mana dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Setelah budak itu mengadu kepada rahib tersebut mengenai tindakan ahli sihir yang akan dikenakan jika dia terlewat kerana belajar dengan rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang menyebabkan dia kelewatan.

Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menahan dan menyekat orang ramai yang mana ia kemungkinan sebagaimana singa atau ular yang besar. Rentetan daripada masalah ini, timbullah satu peluang bagi budak tersebut untuk menyelesaikan perkara di antara tukang sihir dan rahib bagi mengetahui yang manakah di anatara mereka berdua berada di dalam kebenaran . Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih diredahaiNya berbanding dengan tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran tadi sedangkan orang ramai menyangka bahawa binatang tersebut tersungkur kerana kelebihan daripada ilmu sihir yang dipelajarinya.

Setelah rahib tersebut mengetahui bahawa budak tersebut akan diuji kerana telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yang dilakukan oleh rahib tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu mengenainya kepada orang ramai. Pesan rahib lagi bahawa orang mukmin itu meminta kesejahteraan hanya kepada Allah dan jika diuji dia bersabar.

Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak yang mana dia memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah.Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai.Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun memberikan kepada budak tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya. Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.

Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yang mana raja berasa hairan terhadap apa yang berlaku kepada pegawai itu. Maka dia bertanya:" Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu". Lalu pegawai tersebut menjawab:"Tuhanku" . Maka b raja tersebut bertanya lagi : "Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku ?". Pegawai itu menjawab:"Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah ". Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu yang mana dia menganggap bahawa kata-kata pegawai nya tadi boleh membawa kepada fitnah yang besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat akan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan dakwaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan yang patut disembah selain daripada Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia . Tukang-tukang sihir dan pegawai-pegawai yang jahat itu bekerja siang dan malam dalam memperbaiki aqidah pegawai tadi maka gementarlah hati raja tersebut kerana bimbang takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai beritahu budak tersebut.

Apabila budak tadi datang ke istana yang mana raja itu menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya.Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir yang mana dia memberitahu mereka bahawa dia tidak menggunakan ilmu sihir untuk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu.Sebaliknya dia akan berdakwah kepada manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kepada Allah s.w.t yang Esa. Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dengan tujuan untuk mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh rahib tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah duadengan gergaji.Begitu juga yang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu .Begitulah pemuda yang sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah dan ujian dengan mengutamakan iman daripada kehidupan mereka .Walaupun mereka diuji dengan azab, namun pada hakikatnya mereka berada di dalam pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t serta mendapat keredaanNya dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab neraka yang mana pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t .

Raja tersebut cuba mempengaruhi budak tadi kerana ia boleh mengukuhkan kedudukannya jika dia kembali kepada agama asalnya kerana budak tadi memiliki sifat-sifat yang unik. Tambahan pula bapanya adalah daripada kalangan pembesar negara yang mana raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan bapa budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah gagal melembutkan hati budak tadi, mereka telah merancang untuk membunuhnya dengan pelbagai cara disamping masih memberi peluang kepada budak tadi untuk kembali kepada aqidah asalnya dengan menganggap bahawa caran itu akan dapat menakutkan budak tersebut tetapi mereka telah silap.Rancangan pertama ialah menghantar budak tadi ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam .Lalu budak itu berdoa kepada tuhanNya. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu.Kembalilah budak tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu akan mengenai apa yang menimpa pegawai-pegawai bersamanya tadi.

Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya . Maka berdoalah budak tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yang mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya.

Suatu peringatan yang penting di sini ialah mengenai tindakan budak tadi yang mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan oleh Allah s.w.t tetapi dia tetap kembali kepada raja tersebut. Ini adalah kerana dia tidak berniat untuk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan untuk menzahirkan agama Allah s.w.t dan meninggikan kalimahNya.Tidak syak lagi orang ramai selalu mengikuti perkembangan perjalanan budak tersebut sehingga mereka mengetahui apa yang berlaku kepadanya . Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut di majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut.Sebenarnya orang ramai tidak mempercayai segala dakwaan raja mereka tetapi oleh disebabkan kezaliman raja menyebabkan mereka menyembunyikan perkara ini.

Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Walau dengan apa cara sekalipun yang dilakukan oleh raja itu namun ia tidak dapat membunuhnya kecuali dengan cara yang akan diberitahu oleh budak tadi. Budak tadi meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada suatu batang kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata:" Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!". Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang di suruh oleh budak itu.

Begitulah peristiwa yang terjadi yang mana tatkala anak panah itu terkena ke dada budak tadi, maka raja itu telah memeriksa dengan meletakkan tangannya pada tempat anak panah tersebut bagi mengesahkan bahawa dia telah mati. Kematian budak tadi setelah menunjuk cara kepada raja cara untuk membunuhnya apabila raja tersebut tidak mampu membunuhnya melainkan dengan cara memanah dengan anak panah yang diambil dari simpanan budak itu sendiri dan bukan menggunakan anak panah yang lain sambil melafazkan dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini .Jika tidak, maka raja tersebut tetap menemui jalan kebuntuan di dalam membunuhnya.

Jika perkara ini terjadi pada zaman kita maka sudah tentu menjadi satu perbalahan dan perbahasan kepada sesetengah orang yang tidak mendalami dalam bidang agama tentang sejauh mana kebenaran perbuatan budak tadi . Adakah ia patut menunjukkan jalan kepada raja tersebut cara yang boleh menyebabkan ia mati ?Atau bukan cara itu akan membunuhnya. Sesetengah orang yang cetek ilmunya pula mendakwa bahawa perbuatan budak tadi termasuk di dalam perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri adalah perbuatan orang yang berputus asa dan mahu lari daripada kehidupannya yang sebenar. Sedangkan budak tadi dan orang yang sepertinya adalah orang yang sanggup berkorban jiwa raga mereka untuk menyebarkan dan mempertahankan keIslaman dan keimanan mereka .Merekalah yang menentang kejahatan orang yang berbuat kerosakan dan ini merupakan herdikan kepada orang kafir.

Bukanlah budak tadi seorang yang bodoh menuntut kematian tetapi sebenarnya dia begitu berharap dengan kematiannya itu dapat mengajak orang lain ke arah keimanan kepada Allah s.w.t dan mengajak orang lain supaya menentang taghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yang ada pada manusia menyebabkan mereka terhalang daripada mengikuti kebenaran dan dalam memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi dengan mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya adalah merupakan satu contoh kepada orang ramai dalam menyatakan kebenarannya.

Setelah budak tersebut hampir menemui ajal ,dengan perasaan lega raja tersebut merasakan bahawa telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah selesai urusannya dengan mengikis punca dan akar umbi lawannya itu.Tiba-tiba datang pegawainya dengan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa terjadi perkara yang paling ditakuti oleh raja itu sendiri iaitu berimannya orang ramai kepada Allah s.w.t . Maka dengan ini tercapailah segala hasrat dan tujuan budak tadi dengan mengikis perasaan takut orang ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya dan menjadikan pengorbanan dirinya dijalan Allah s.w.t sebagai suatu wasilah atau jalan untuk orang ramai beriman dan mentauhidkan Allah s.w.t .

Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya yang mana dengan segera dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang tidak mahu kembali kepada agamanya yang asal. Namun semua orang lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia yang jauh bezanya, begitulah mauqif dan pendirian orang mukmin yang sebenarnya.

Suatu peristiwa yang penting di dalam kisah yang bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu apabila dia menghampiri jurang api tersebut hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang asal lalu dengan izin Allah s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana ia berada di dalam kebenaran dengan kata-katanya yang berbunyi: ”bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam kebenaran”. Itulah kebesaran Allah s.w.t untuk mengukuhkan kedudukan dan keimanan orang mukmin. Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab pembakaran mereka tersebut di dalam ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yang bermaksud :" Dan mereka tidak menyiksa orang-oeang mukmin itu melainkankerana mereka itu beriman kepada Allah yang maha perkasa lagi maha terpuji yang mempunyia kerajaan langit dan bumi dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu" .

Begitulah kezaliman dan sifat melampau mereka kerana sanggup membakar kaumnya sendiri diatas sebab tidak mengikut jalan dan cara yang diciptakan oleh mereka sendiri.Bagi mereka perkara yang penting ialah dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya jika tidak semua orang akan di bakar hidup-hidup

PENGAJARAN KISAH
  1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya
  2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan org yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang di perolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
  3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.
  4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman adan keyakinan.
  5. Orang kafirn sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
  6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang api.
  7. Di bolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.
  8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untuk menyesatkan manusia.
  9. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan. 
KESIMPULAN

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.

Biografi :
1)Al-Quran Al-Karim,Surah Al-Burj
2)Ma'a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar
4)Ghulam Dakwah,(Iman dan Harakah,Pengajaran Hadith Ghulam,Ahli Sihir,dan Rahib),Hisyam Soqr
Melepak..? boleh ke?

Melepak..? boleh ke?


DARIPADA Abu Sai’d Al-Khudri daripada Nabi Muhammad sabdanya bermaksud: “Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!


Jawab sahabat: “Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal yang perlu.”

Sabda Rasulullah: “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.”

Mereka bertanya: “Apa haknya, ya Rasulullah.”

Jawab Baginda: “Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”

Melepak adalah tabiat buruk yang kerap berlaku di kalangan remaja kita hari ini. Orang dewasa juga suka melepak seperti menghabiskan masa di kedai atau warung.

Perbuatan itu jelas membuang masa tidak melakukan perkara berfaedah.

Pada peringkat awalnya perbuatan itu adalah budaya yang dilakukan oleh kutu jalanan.

Melepak yang bertujuan kebaikan seperti berbual mengenai perkara bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam. Bagaimanapun, ia tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya. Perkara itu terkeluar daripada adab dalam bersosial.

Setiap Muslim perlu menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.Begitu juga dengan kita sebagai para huffaz.Sebagai para huffaz,kita hendaklah sentiasa memastikan setiap detik masa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T diletakkan dan digunakan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi dalam merealisasikan hala tuju kita sebagai huffaz teknokrat.Sudah tentulah banyak ilmu yang perlu ditelaah dan diaplikasikan mengikut acuan Al-Quran.Janganlah kita asyik leka memandangkan jadual pelajar persijilan ini sangatlah longgar.Janganlah kita menjadi para huffaz yang malas,kuat makan,dan banyak tidur seperti mana yang selalu disebut oleh Ustaz Marwan Bukhari dalam diskusi yang selalu disampaikan.Akhir kalam,selamat bermuhasabah dan bermujahadah...

Kenapa nak hafal al-quran?

Kenapa nak hafal al-quran?

Bismillah walhamdulillah.

Tarikh 14 MEI 2011 mencatatkan satu sejarah baru buat bumi barakah Darul Quran. Pada tarikh keramat ini, seramai hampir 250 manusia telah dipilih oleh Allah untuk meneruskan pengajian di Darul Quran pada peringkat diploma. Rata-rata pelajar diploma sesi 2011/2014 ini adalah sebaya dengan ahli IQRaC 2011/2012.

Bak kata hukama', kelesuan di tengah jalan setelah bermujahadah, adalah kerana langkah awal yang bobrok.

Darul Quran. Apabila disebut Darul Quran, perkara yang terlintas di benak saya, dan benak kebanyakan manusia lain ialah, menghafal al-quran. Dan memang perkara itulah "core business" kita di Darul Quran ini.

Dan apabila ditanya mengapakah masuk Darul Quran, rata-rata daripada kita akan menjawab, kerana nak menghafal al-quran. Apabila ditanya pula, mengapa ingin menghafal al-quran, pelbagai jenis aneka jawapan yang diberikan. Dan kita pada hari ini, ingin sama-sama bermuhasabah kembali, apakah "valid" sebab kita untuk menghafal al-quran itu di sisi Allah.

Jadi, sebelum sahabat sahabiyah diploma 2011/2014 melangkah lebih jauh dalam penghafalan al-quran, marilah sama-sama kita baca artikel di bawah yang telah dipetik dari blog Mantan Yang Dipertua Perkemat sesi 2007/2008.

************
diambil dari SINI

Kenapa nak hafal Quran…? Soalan yang mesti dijawab oleh mereka yang mengahafal Al-Quran, terutamanya di Maahad Tahfiz ataupun Kolej Tahfiz. Apakah matlamat yang menjerumuskan mereka ke dalam bidang Huffaz…? Lalu banyaklah jawapan yang diterima. Semuanya mempunyai matlamat yang berbeza, tapi agak sama. Ingin menjadi golongan yang boleh mensyafaatkan ibu-bapa. Tu kira eloklah.

Ditanya kepada ibu bapa, kenapa mendaftarkan anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz..? juga banyak jawapannya.. tapi masih tidak berbeza. Mereka ingin menumpang tuah syurga anak-anak mereka kelak. Mereka ingin dipakaikan mahkota di akhirat kelak.

Ditanya kepada pengasas dan pengarah Maahad Tahfiz, apakah tujuan utama menubuhkan Maahad Tahfiz, jawapannya juga sama, nak lahirkan generasi yang dapat menjaga Al-Quran, masyi dan cair dalam hafalan mereka. Tidak kurang yang berorientasikan keuntungan kerana institusi Tahfiz agak memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Namun secara jujurnya, kesemua jawapan yang saya terima amat menyedihkan. Mereka meletakkan generasi Hufffaz dibawah tempurung kejumudan dengan memisahkan mereka dari kehidupan dunia. Memenjarakan mereka dari dunia yang amat memerlukan khidmat mereka.

Realiti dunia pada hari ini, golongan huffaz dipandang sepi dan dianggap jumud serta ketinggalan. Mereka digambarkan hanya mengadap kitab-kitab dan membaca Al-Quran sepanjang masa. Tugas mereka hanya untuk menjaga tiang-tiang masjid.

Golongan huffaz seolah diharamkan dari bidang profesional, dipisahkan dari arus massa, dibuang jauh dari arus teknologi. Dihijabkan dari melihat hakikat dunia luar. Sedangkan dunia sekarang amat memerlukan golongan huffaz profesional untuk mengislahkan keadaan kepada apa yang diajarkan oleh Al-Quran.

Huffaz reformis yang mampu mencetus arus reformasi dalam masyarakat supaya menjadi masyarakat yang unggul.

Huffaz yang boleh ‘mensyafa’atkan’ bukan sekadar sepuluh orang, bahkan beribu-ribu dan berjuta-juta melalui kefahaman yang mendalam kepada isi kandungan AL-Quran dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi sebagai alat bantu dalam medium dakwah mereka. Huffaz yang mampu mengeksploitasi dan menterjemahkan pelbagai bidang professional sebagai medan dakwah mereka.

Apalah sangat ertinya menghafaz Al-Quran kerana nak menjaganya. Manusia tak perlu manjaga Al-Quran. Allah telah berjanji menjaganya hingga hari Qiamat. "sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran dan kamilah yang akan menjaganya." Al-Hijr : 9.

Tugas manusia adalah untuk mempraktikkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Menerapkan ajaran Al-Quran dalam masyarakat. Mengajak masyarakat untuk mendalami apa yang diajar oleh Al-Quran, mempraktikkan method yang dibawa Al-Quran dalam seluruh kehidupan kerana memang ianya sesuai dengan kehidupan manusia dari awal penurunannya hingaa hari Qiamat. Pendekatan yang dibawa oleh Al-Quran tidak akan ketinggalan zaman.

Jangan harap untuk mensyafaatkan sepuluh orang andai hanya mengahafaz Al-Quran seperti burung kakak tua. Masyi tanpa mengerti apa tuntutan Al-Quran. Hebat ingatannya tanpa mampu menurut ajaran Al-Quran. Lebih-lebih lagi sekiranya masyi dan dalam masa yang sama, melanggar ajaran dan saranan Al-Quran. Tambahan pula, tidak ada hadis yang warid menyatakan bahawa –al-hafiz- dapat mensyafaatkan ahli keluarganya.

Pengertian syafaat yang sebenar adalah apabila si huffaz itu mampu untuk menerapkan apa yang dibaca dan dihafal dari Al-Quran, seterusnya mempraktikkan ajaran Al-Quran kedalam diri mereka dan kepada golongan sekelilingnya sehingga mereka betul-betul menuruti apa yang dikehendaki Allah. Inilah ‘syafaat’ hakiki. Menyelamatkan ummat dari terjerumus ke dalam neraka. Lisanul hal adalah lisan yang paling berkesan. Yang penting, menerapkan intipati Al-Quran dalam diri sendiri sebelum menerapkannya ke dalam diri orang sekelilling dan masyarakat.

Kata seorang pemimpin gerakan islam, “tegakkanlah islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak dalam wilayah kamu”

Apa ertinya mahir qiraat pada zaman gelombang pancaroba yang di bawa oleh pelbgai pemahaman sesat yang telah menelan umat ini.

Kita perlu pandai membezakan antara yang penting dan yang paling penting.

Satu kata-kata yang amat baik nilainya, dari Ibnu Taimiyyah, “ bukanlah orang cerdik kalau dia hanya tahu yang baik dari yang buruk, bahkan orang yang sebenar cerdik ialah orang yang mengetahui yang terbaik dari yang baik dan yang terburuk dari yang buruk”.

Ilmu Qiraat bukan tidak penting, tetapi ada ilmu yang lebih penting. Ilmu qiraat dan tarannum boleh diklasifikasikan sebagai tahsinaat sedangkan ilmu kepakaran dalam bidang-bidang lain seperti usul agama dan bidang prifesional lain adalah ilmu hajiyyat bahkan Dharuriyyat.

Bukan untuk menafikan kepentingan masyi quran, mahir tarannum dan qiraat, tetapi ada agenda yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Pengertian hadith "sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-quran dan mengajarkannya", janganlah disempitkan dalam pengertian yang beku.

Maksud yang dibawa melalui hadith itu lebih luas. Bukan sekadar untuk belajar membaca Al-Quran dan hukum yang berkaitan seperti tajwid, qiraat dan tarannum. Bahkan ilmu-ilmu lain yang terkandung dalam al-quran seperti sains, geografi, biologi, kimia, psikologi dan ilmu kejadian alam. Bahkan banyak lagi. Menjadi satu perkara yang amat merugikan sekiranya penghafal Al-Quran tidak merebutkan peluang yang sudah berada di depan mata.

Buka mata, tanya hati. Fikir-fikirkan.
Exam is just around the corner

Exam is just around the corner

Bismillah walhamdulillah.

Akhirnya, setelah beberapa lama blog iqrac ini dibiarkan bersawang tak terupdate, hari ini Allah telah memberikan kita ruang dan peluang untuk membersihkan debu-debu di blog ini. Thumma alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik, akhirnya sampai juga kita di bulan Mei. Sebagaimana yang sekalian umat iqrac ma'ruf, kita akan menghadapi peperiksaan buat pertama kalinya bagi pelajar semester 1, dan buat kali terakhirnya bagi pelajar semester 3.

Peperiksaan. Bila disebut peperiksaan, yang terlintas di benak saya ialah - usaha dan tawakal.

(dipetik dari SINI)

Sebahagian orang menganggap bahawa tawakal adalah sikap pasrah tanpa melakukan usaha sama sekali. Contohnya dapat kita lihat pada sebahagian pelajar yang keesokan harinya akan melaksanakan ujian. Pada malam harinya, sebahagian dari mereka tidak sibuk untuk menyiapkan diri untuk menghadapi ujian esok namun malah sibuk dengan main game atau hal yang tidak bermanfaat lainnya. Lalu mereka mengatakan, "Saya pasrah saja, paling esok ada keajaiban."
Apakah semacam ini benar-benar disebut tawakal?! Semoga perbahasan kali ini dapat menjelaskan pada pembaca sekalian mengenai tawakal yang sebenarnya dan apa saja faedah dari tawakal tersebut.


Tawakkal Yang Sebenarnya

Ibnu Rajab rahimahullah dalam Jami'ul Ulum wal Hikam tatkala menjelaskan hadits no. 49 mengatakan, "Tawakal adalah benarnya penyandaran hati pada Allah 'azza wa jalla untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya baik dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepada-Nya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa 'tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata'."


Tawakal Bukan Hanya Pasrah

Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata, namun juga disertai dengan melakukan usaha.

Ibnu Rajab mengatakan bahawa menjalankan tawakal tidaklah bererti seseorang harus meninggalkan sebab atau sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan untuk meraih sebab termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepada-Nya.

Sebagaimana Allah Ta'ala telah berfirman (yang ertinya), "Hai orang-orang yang beriman, ambillah sikap waspada." (QS. An Nisa (4): 71). Allah juga berfirman (yang ertinya), "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sigupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang." (QS. Al Anfaal (8): 60). Juga firman-Nya (yang ertinya), "Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kunia Allah" (QS. Al Jumu'ah (62): 10). Dalam ayat-ayat ini terlihat bahawa kita juga diperintahkan untuk melakukan usaha.

Sahl At Tusturi mengatakan, "Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab) maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan -pen). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah, pen) maka dia telah meninggalkan keimanan. (Lihat Jami'ul Ulum wal Hikam)


Burung Melakukan Usaha untuk Kenyang

Dari Umar bin Al Khaththab radhiyallahu 'anhu berkata, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang." (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 310)

Imam Ahmad pernah ditanyakan mengenai seorang yang kerjaannya hanya duduk di rumah atau di masjid. Lelaki itu mengatakan, "Aku tidak mengerjakan apa-apa sehingga rezekiku datang kepadaku." Lalu Imam Ahmad mengatakan, "Orang ini tidak tahu ilmu (bodoh). Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda, "Allah menjadikan rezekiku di bawah bayangan tombakku." Dan beliau shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda (sebagaimana hadits Umar di atas). Disebutkan dalam hadits ini bahawa burung tersebut pergi pada waktu pagi dan kembali pada waktu petang dalam rangka mencari rezeki. (Lihat Umdatul Qori Syarh Shohih Al Bukhari, 23/68-69, Maktabah Syamilah)

Al Munawi juga mengatakan, "Burung itu pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali ketika petang dalam keadaan kenyang. Namun, usaha (sebab) itu bukanlah yang memberi rezeki, yang memberi rezeki adalah Allah ta'ala. Hal ini menunjukkan bahawa tawakal tidak harus meninggalkan sebab, akan tetapi dengan melakukan berbagai sebab yang akan membawa pada hasil yang diinginkan. Kerana burung saja mendapatkan rezeki dengan usaha sehingga hal ini menuntut pada kita untuk mencari rezeki. (Lihat Tuhfatul Ahwadzi bisyarhi Jaami' At Tirmidzi, 7/7-8, Maktabah Syamilah)

Ingatan

Ingatlah bahawa tawakal bukan hanya untuk meraih kepentingan dunia saja. Tawakal bukan hanya untuk meraih manfaat duniawi atau menolak bahaya dalam urusan dunia. Namun hendaklah seseorang juga bertawakal dalam urusan akhiratnya, untuk meraih apa yang Allah redhai dan cintai. Maka hendaklah seseorang juga bertawakal agar bagaimana boleh teguh dalam keimanan, dalam dakwah, dan jihad fii sabilillah. Ibnul Qayyim dalam Al Fawa'id mengatakan bahawa tawakal yang paling agung adalah tawakal untuk mendapatkan hidayah, tetap teguh di atas tauhid dan tetap teguh dalam mencontoh/mengikuti Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam serta berjihad melawan ahli bathil (pejuang kebatilan). Dan beliau rahimahullah mengatakan bahawa inilah tawakal para rasul dan pengikut rasul yang utama.

Kami tutup perbahasan kali ini dengan menyampaikan salah satu faedah tawakal. Perhatikanlah firman Allah Ta'ala (yang ertinya), "Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (QS. Ath Thalaaq (65): 2-3). Al Qurtubi dalam Al Jami' Liahkamil Qur'an mengatakan, "Barang siapa menyerahkan urusannya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluannya."

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah membaca ayat ini kepada Abu Dzar. Lalu beliau shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepadanya, "Seandainya semua manusia mengambil nasihat ini, sungguh hal ini akan mencukupi mereka." Yaitu seandainya manusia betul-betul bertakwa dan bertawakal, maka sungguh Allah akan mencukupi urusan dunia dan agama mereka. (Jami'ul Ulum wal Hikam, penjelasan hadits no. 49). Hanya Allah-lah yang mencukupi segala urusan kami, tidak ada ilah yang berhak disembah dengan hak kecuali Dia. Kepada Allah-lah kami bertawakal dan Dia-lah Rabb 'Arsy yang agung.


Dalam bukun Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya. Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.


"dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara," (Surah Al-Ahzab 33: Ayat 3)


**********


Yang terakhirnya, kami, warga iqrac, sangat-sangatlah membutuhkan doa daripada sekalian readers blog ini agar kami dapat menghadapi peperiksaan kali ini dengan jayanya, in sha Allah~


waAllahua'alam.