Cinta Zaman Sains dan Teknologi

Cinta Zaman Sains dan Teknologi


<

>


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji- janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.(no Avagadro)

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



Jangan Suka Salahkan Orang Lain

Jangan Suka Salahkan Orang Lain




Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:


Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"




Penerangan Hadis:


Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:



Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.



Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.



Demikianlah yang dijelaskan oleh para alim-ulama dan bergitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain.



Hadis ini sengaja diletakan diawal buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka.



Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.



Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurnianya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah. Amiin



Riwayat: Kitab Riyadhus-Shalihin - Imam Nawawi



Asal-Usul Hajarul Aswad

Asal-Usul Hajarul Aswad


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.


Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.


Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."


Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"


Nabi Ismail a.s berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.


Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.


Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.


Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."


Logo BNM Dikuasai Yahudi

Logo BNM Dikuasai Yahudi





"Duit syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan. Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM).




Bahagian Hadapan Duit Syiling








Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.








Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:















Bahagian Belakang Duit Syiling








Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.








Pengaruh Israel








Berbalik tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?








Mungkin gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan. Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel.















Telah Lama Dijajah








Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.









Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:























Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.








Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.











Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.








Sayonara Jahiliyyah



SAYONARA JAHILIYYAH







Biro tarbiyah dan kerohanian yang bernaung di bawah iqrac telah melancarkan program sayonara jahiliyyah,. Program ini tampil dengan membawa pendekatan yang lebih sistematik dan insya Allah berkesan. Objektif program adalah seperti berikut ;






1. menjelaskan kepada peserta tentang punce masalah sosial dan cara mengatasinya.



2. membangkitakan kesedaran sebagai dai'e



3. meningkatkan kefahaman islam dalam diri



4. mengamalkan dalam kehidupan seharian.



5. membangunkan rohani dan sahsiah dalam peribadi huffaz.






Ahli-ahli iqrac sangat bersemangat dan gembira untuk menghadiri setiap ceramah dan modul yang disediakan. Semoga dengan program ini para sahabat dan sahabiyah dapat melaksanakan segala kewajipan seharian dengan lebih sempurna. Ameeennnn







Sengaja Buka Puasa Tidak Boleh Diqada

Sengaja Buka Puasa Tidak Boleh Diqada

RASULULLAH bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadakan dengan puasa setahun walaupun dia benar-benar (melakukan) puasa setahun itu.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)



· Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak, peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa atau tidak.


· Kelonggaran diharuskan untuk berbuka puasa ialah seperti orang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh; orang bermusafir; wanita mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada diri atau anaknya. Sakit ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa.


· Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqadakan puasanya pada bulan lain.


· Orang yang berbuka puasa pada Ramadan kerana terlupa, maka tidak wajib qada dan tidak wajib kifarat. Ini kerana ada hadis Rasulullah menyebutkan yang maksudnya: “Apabila dia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian dia makan dan minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang telah memberi makan dan minum kepadanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


· Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan dari kecil untuk berpuasa.