kerana ia hidup


Kerana aku sungguh tidak layak untuk menutur kata-kata

dek sedikit benar amalanku,
sedikit benar bacaanku,
sedikit benar jihadku,

tidak seperti mereka - mereka yang sungguh tinggi imannya, hebat hamasahnya, jitu langkah perjuangannya.

Laksana kaum salaf yang terlebih dahulu mengimani jalan da'wah ini,
dan amal mereka mendahului kata-kata mereka.
dan mereka lebih menyukai untuk diam berbanding bercakap, lantas pabila mengukir perkataan di bibir,
itu dapat memadamkan kemaraan jahiliyyah.

kerana da'wah ini membuatkan hati dan perasaan kita hidup,
hati yang sentiasa berurusan dengan Allah, setiap saat dalam tindak tanduk merasai diawasi oleh Allah rabbul jalil.
juga ketinggian tawakkal dan kebergantungan dengan Allah!

"sesungguhnya perasaan yang hidup itulah yang menjadikan rahsia keberadaan dan kebangkitan kita”

(Abbas As-Siisiy)

Surat Rijal yang Mati Hatinya


Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,


Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hat iyang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.
Ketika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatinya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya teta pdiam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli& tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu.

Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain? Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati?

Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Ole hsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

Waalaikumussalam wbth

JAWAPAN I.S.H.A.B. KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka.

Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian,tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup)membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orangyang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisantentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.

Allah swt berfirman; “Sesungguhnya dalampenciptaan langit & buni, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yangberakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois,terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian.

Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasadengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab &waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampa ike Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu.

Allah swtberfirman; “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Maidah : 27)
Saudaramu, Hassan Al-Banna

Peperiksaan Semester 2 : Adakah lebih mencabar?


“Abang, sampai bila kita kena belajar?”

“Sampai bila-bila. Sampai kita mati.”

Indikator kejayaan dalam menuntut ilmu, sebenarnya di mana?

Adakah pada segulung ijazah ataupun pengiktitrafan seperti Doktor, Profesor dan sebagainya itu?

Ataupun bagi adik-adik UPSR, PMR dan SPM, adakah selepas anda mendapat keputusan yang cemerlang, 5A, 9A, 11A dan sebagainya itu?

Kalau itu indikator kejayaan bagi kita dalam menuntut ilmu, kita telah tersilap sebenarnya.

Ada yang lebih utama daripada itu. Apa itu?

Terus-menerus menuntut ilmu tanpa henti.

SEMANGAT YANG BERMUSIM

“Aku ni, bila ada mood aku belajarla.”

“Kita dah habis SPM, jom, enjoy time !”

“Periksa dah habis. Huh, merdeka!”

Kadang-kadang, kita tersilap meletak ukuran. Yang berjaya sebenarnya adalah yang tidak hanya belajar untuk musim-musim tertentu sahaja.

Misalnya, kita sedang ambil Degree dalam bidang-bidang tertentu. Ya, memang kita perlu belajar untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi itu. Tetapi, ia tidak harus berhenti sekadar itu.

Biarpun setelah habis Degree , kita masih perlu terus menuntut ilmu.

CONTOHI ABDULLAH IBN ABBAS, SAHABAT NABI YANG GIGIH

Abdullah Ibn Abbas, seorang sahabat Nabi sa.w. yang juga sepupu kepada Nabi s.a.w, hidup bersam Nabi s.a.w. sejak kecil lagi.

Sepanjang kehidupan bersama Rasul sa.w., beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk berada dalam majlis-majlis ilmu bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, umurnya belum lagi mencapai 13 tahun.

Tetapi, betapa bersungguhnya Abdullah Ibn Abbas, usai kewafatan Rasul s.a.w., beliau menuntut ilmu daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pula.

Pernah sekali diceritakan tentang kesungguhannya, beliau datang ke rumah seseorang untuk mendapatkan hadith. Tetapi, orang yang didatangi beliau itu sedang tidur ketika itu. Maka, Ibn Abbas pun membentangkan kain di hadapan rumah orang itu dan menunggunya, sehingga angin menerbangkan debu kepadanya. Ketika orang itu keluar dan melihat keadaan Ibn Abbas itu, dia pun berkata kepada Ibn Abbas:

“Hai sepupu Rasulullah s.a.w., apa maksud kedatanganmu? Kenapa kamu tidak suruh saja orang sampaikan pesanan kepadaku supaya aku datang kepadamu?”

“Tidak, bahkan akulah yang harus mengunjungimu.” Kemudian Ibn Abbas belajar daripadanya satu hadith.

Hanya semata-mata untuk itu. Lihatlah, adakah kesungguhan kita hingga ke tahap itu?

Keinginan beliau dalam menuntut ilmu tidak pernah puas. Beliau terus mencari dan mencari.

Saad bin Abi Waqas pernah menyebut tentang Ibn Abbas :

“Tidak seorang pun yang ku temui lebih cepat mengerti,lebih tajam fikiran dan lebih cepat memahami ilmu, serta lebih santun daripada Ibn Abbas.”

Pernah suatu hari ditanyakan kepada Ibn Abbas:

“Bagaimana anda memperoleh ilmu ini?”

Jawabnya : “Dengan mulut yang suka bertanya dan akal yang suka berfikir!”

BILA ANDA SEORANG MUSLIM, ANDA PERLU JADI PHD !

Apa itu PhD?

Person of High Determination. Orang yang penuh keazaman. Sentiasa bersemangat. Sentiasa miliki perasaan cinta kepada jalan menuju syurga Allah ini.

Janganlah jadi PHD satu lagi, Person of High Demoralization. Orang yang lemah semangat. Berhenti bila diuji. Berhenti hanya dengan kesusahan yang kecil.

Islam perlu terus dibangunkan dan ditinggikan. Siapa lagi yang akan melakukan itu kalau tidak kita sebagai muslim?

Islam tidak mungkin disampaikan dan disebarkan oleh orang-orang yang jahil.

Kalau kita berhenti dan puas hanya setakat kejayaan yang kita miliki hari ini, maka kita masih belum berjaya sebenarnya.

Pernah ada seseorang berkata kepada saya :

“Abang, habis PMR ni, saya nak berhenti belajar. Saya nak kerja. Bawa kato.”

Saya rasa sangat terkilan bila mendengar penyataan seperti itu.

Kita nanti, pekerjaan apa pun yang kita lakukan, kita tidak hanya ingin sekadar bekerja.

Kalau hanya sekadar bekerja, ramai sudah yang bekerja, bahkan lebih hebat lagi daripada kita, bergaji besar pula. Tetapi, bukan itu matlamat kita sebenarnya.

Yang sebenarnya, bila seorang muslim yang berilmu bekerja, maka dia itu menjadi contoh kepada masyarakat. Melihat dirinya, orang boleh nampak Islam sebenar. Itulah yang lebih utama.

Seorang jurutera, kesungguhan dan komitmennya dalam pekerjaan dan ketaatannya kepada Allah, akan memberi contoh kepada jurutera-jurutera lain.

Seorang doktor, kata-katanya yang sentiasa mempengaruhi pesakit, akan menjadi ubat kepada hati pesakit bila kata-katanya mengandungi inspirasi yang mendekatkan lagi mereka kepada Ilahi.

Hatta seorang tukang sapu sampah di tepi jalan sekalipun, seorang pekebun, kalau mereka itu tidak berhenti dalam menuntut ilmu, maka mereka juga mampu menjadi seorang PHD, (Person Of High Determination). Seorang pekebun, tetapi mampu memotivasikan orang lain untuk dekat dengan Allah.

Bahkan, seorang suri rumah, bila ilmu terus menerus dicari, tambahan pula ilmu itu adalah ilmu deen (Islam), maka pentarbiyahan (Pendidikan) anak itu pastinya berjalan di atas landasan Ilahi.

PENUTUP : YANG BERHENTI SEBENARNYA TIDAK PERCYA KEPADA JANJI SYURGA

Dan, siapa yang berhenti, maka dia sebenarnya tidak percaya kepada janji Nabi s.a.w.

Bukankah Nabi s.a.w. pernah menyebut dalam satu hadis yang mafhumnya :

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalan untuknya menuju ke syurga.”

[HR Muslim]

Jalan ke syurga telah menjadi mudah, siapa yang tidak mahu?

Syaratnya, jangan pernah berhenti menuntut ilmu. Ilmu Allah tidak akan pernah habis. Siapa yang berjuang mendapatkannya, maka Allah pasti akan membantunya.

“ Barangsiapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu, dia berada di jalan Allah sehinggalah dia pulang.”

[HR Tirmizi]

Semakin banyak ilmu yang kita tuntut, kita akan semakin tahu bahawa banyak lagi yang kita tidak tahu.

Maka, pastinya kita tidak akan pernah berhenti hinggalah kita mati !


Diambil dari