Selamat datang ke bumi barakah Darul Quran diucapkan kepada adik-adik gen 13.Sesungguhnya,hanya orang-orang yang benar-benar terpilih sahaja oleh Allah yang mampu berada di sini untuk mendaftar sebagai seorang Hamalatul Quran pada 4 Januari 2012 yang lalu.Seramai 139 orang telah hadir pada hari tersebut.
Setelah tamat sesi pendaftaran,para pelajar seterusnya telah mengikuti Minggu Haluan Siswa anjuran Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran.Dalam program ini,para pelajar didedahkan tentang hala tuju sebagai seorang huffaz serta tentang perihal kehidupan di Darul Quran untuk hari-hari yang mendatang.
0 comments:
Post a Comment