Hafalan Shalat Delisa


PERKEMAT DQ melalui Biro Penerbitan & Informasi IQRaC telah mengadakan tayangan filem yang berjudul Hafalan Shalat Delisa yang telah bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor pada tanggal 17 Februari 2012 bersamaan jumaat yang lepas.

Filem ini mengisahkan tentang kesungguhan seorang anak kecil dalam menghabiskan hafalan bacaan dalam solatnya dalam keadaan yang sukar.Berlatarbelakangkan suasana Acehj yang dilanda tsunami serta kehilangan kaki kanannya serta keluarganya,Delisa tetap tabah untuk meneruskan kehidupannya yang serba kesusahan itu.

Alhamdulillah,tayangan pada malam tersebut berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan siswa dan siswi Darul Quran walaupun terdapat beberapa masalah teknikal pada awalnya.Syabas dan tahniah diucapkan kepada Biro Penerbitan & Informasi dan Biro Ekonomi & Keusahawanan kerana telah berjaya menganjurkan tayangan pada malam tersebut.Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

1 comments:

Yang kelakarnye ,bila tengok gelagat ust nak pikat sophie,,

Ape2pun,terbaik la lakonan delisa yg comel.Banyak ibrah yg tersirat,^_^


EmoticonEmoticon