"Revolusi Rakyat,Dilema Kebangkitan Syria"



Gelombang nasionalis semakin hari semakin kuat menyerang pemikiran umat Islam. Pengaruh yang dibawa sudah pastinya bertujuan bagi mengumpul tenaga kerja yang berusaha untuk membawa fahaman nasionalisme. Kini, janji-janji material telah menjadi asas kejayaan kepada mereka yang ingin memperjuangkan nasionalisme.Strategi inilah yang digunakan untuk menjatuhkan umat Islam. Setelah mempengaruhi pemikiran, serangan fizikal adalah langkah seterusnya. Bahkan golongan yang zalim secara konsisten menggunakan slogan‘economical control’ untuk memaksa golongan penentang untuk menerima agenda mereka. Itulah senario yang sama berlaku di setiap negara.
Malangnya,Umat Islam menjadi mangsa di atas serangan pemikiran ini. Inilah akibat menolak kepemimpinan Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi. Sedangkan golongan sekularisme dan orientalisme mencari jalan dengan bersungguh-sungguh menjauhkan Al-Qur’an dan As-sunnah daripada Umat Islam. Walaubagaimanapun, masih ada golongan yang benar-benar mentaati Allah dan RasulNya. Mereka menolak segala kemungkaran meskipun zaman berubah. Bahkan mereka terus-menerus menentang kezaliman terhadap hukum-hukum Pencipta.

Hari ini dunia memperlihatkan umat Islam mampu bangkit atas dasar Persaudaraan Islam dan Aqidah,bukan atas dasar material meskipun zaman kegemilangan Islam telah pun membuktikannya. Barisan Pimpinan Ikhwan Al-Muslimin telah membuktikan kemenangan mereka dalam pilihanraya mereka di Mesir. Teori domino sudah pastinya bergerak secara tidak langsung.

Melihatkan pola yang semakin baik ini,namun di Syria, barisan Kepimpinan ‘diktator’ menzalimi rakyat mereka dengan ganas sekali. Di sana, Umat Islam menghadapi senjata berat, rumah mereka dirobohkan, dan wanita-wanita muslim disorokkan entah ke mana. Mereka juga diperkosa dengan rakus di hadapan suami-suami mereka.
Seorang remaja perempuan di Homs, Zainab Al-Husni, 23 tahun ingin diperkosa,tetapi remaja itu melawan,lalu dikerat empat badannya dan dihantar kepada keluarganya. Kejam! Kita juga harus tahu bahawa ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Akhirnya, revolusi di Syria tercetus dengan tiga sebab dominan, iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja yang telah menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Yang paling ngilu untuk didengar adalah, mereka itu ditangkap,diseksa,dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

Yang lebih mengayat hati, hubungan ibu bapa dan anak terpisah. Anak-anak mereka ditangkap.apabila ibu bapa mereka datang ke penjara untuk meminta dibebaskan, dengan sombong ketua polis berkata kepada mereka,”kamu balik sahajalah, lupakan anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kami isteri-isteri kamu(untuk dirogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu”.




Syeikh Dr Khalid al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf Al-Qaradhawi hadir ke Malaysia dengan mengingatkan supaya “Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka”.

Teori domino bergerak secara dalaman apabila revolusi di Syria bermula di Hama, kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga brlaku di 157 tmpat yg lain utk menentang kerajaan Basyar Al-Assad yang merupakan pemimpin Syria. Kekejaman regim Basyar terlalu kritikal, sehingga dia memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan menipu dunia dengan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokongnya. Mereka diugut dihilangkan pekerjaan mereka jika mereka tidak mahu menyokongnya.



Kekejaman pasti mengalami tanda-tanda kejatuhan. inilah situasi yang berlaku di negara itu, apabila 30 000 tentera termasuk pegawai untuk turun berdemonstrasi bersama-sama rakyat. bahkan mereka menjadi pelindung kepada rakyat ketika berdemonstrasi. Negara-negara arab yang lain menjadi penentang kepada kerajaan Syria yang telah membunuh rakyatnya sendiri.
Kepada pembaca , pernahkah kita terbayang sesuatu yang sama juga mungkin akan berlaku di Negara kita,Malaysia? Pola kebangkitan rakyat seolah-olah seperti satu "sifir" di mana-mana negara. Di Mesir, rundingan secara aman tidak berjaya memuaskan semua pihak, begitu juga di Libya, Syria, akhirnya kerajaan mereka mengambil pendekatan diktator kepada rakyat mereka. Kerajaan mereka sudah kehabisan idea untuk memenuhi permintaan rakyat. Itulah sebenarnya hasil daripada pemerintahan materialistik. Manusia memang tidak akan puas dalam menikmati kepuasan material . Bagaimana pula di Malaysia? Mungkinkah akan terikut dengan “sifir” yang sama? Yang paling penting, Fikirkanlah nasib rakyat Syria yang diceritakn. Bahkan, apa pula peranan kita sebagai umat Islam yang asyik sibuk dengan provokasi murahan? sifat “No Action Talk Only” yang kita ada ini, adakah belum habis-habis menguasai kita?

Kerajaan Islam Madinah tidak terbina atas dasar material tetapi dibina atas dasar iman dan taqwa. Rakyatnya diajar supaya bersyukur dengan apa yang ada dan tidak mudah untuk meminta-minta. Belajarlah daripada intitusi kepemimpinan Nabi kita S.A.W. Mudah-mudahan, kekejaman terhadap saudara-saudara kita yang berlaku di Syria menjadi elemen yang mampu menyentuh dan mengikat hati kita kepada Allah S.W.T.


EmoticonEmoticon