MAHABBAH STRING - strengthening ukhuwah, inspiring dakwah


Mahabbah String merupakan satu program yang dikendalikan oleh Biro Tugas-tugas Khas I.Q.RaC dan bermula pada hari Jumaat, 13 Julai 2012.

Hari pertama (13 Julai 2012): Tirai Mahabbah String dibuka dengan ceramah yang bertajuk “Strengthening Ukhwah, Inspring Dakwah” dan telah disampaikan oleh Ustaz Syaari Bin Abdul Rahman.

Program diteruskan lagi dengan pertandingan futsal antara halaqah yang telah diadakan di Kompleks Sukan Darul Quran. Dengan kehadiran beberapa orang pensyarah, telah menghangatkan lagi suasana di tengah-tengah gelanggang. Perlawanan telah diadakan dalam suasana yang cukup mesra dan mahabbah.

Pelajar Banat : Pertandingan bola jaring dan futsal secara liga telah diadakan di kawasan asrama banat.

Pada sebelah malam pula, sesi tayangan video yang bertemakan ukhuwah telah dijalankan selama 30 minit bertempat di Dewan Baru. Kemudian, aktiviti pada malam itu disambung dengan program Muhasabah Sem yang dikendalikan oleh Majlis Tertinggi perwakilan IQRaC.

Hari kedua (14 Julai 2012): Aktiviti dimulakan dengan qiamullail di tengah halaman asrama bagi pihak banin manakala bagi pihak banat, qiamullail telah dijalankan di surau asrama banat.

Pukul 8.15 pagi - Pelajar banin : Telah bertolak ke Hutan Lipur Sungai Sendat dengan menaiki bas yang telah ditempah khas. Sejurus tiba di tapak rehlah, solat sunat dhuha secara berjemaah telah diadakan di kawasan lapang berhampiran sungai. Program diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh wakil ahli sem bagi mengetuk pintu hati mereka yang masih leka dengan sinaran nur al-quran dan al-hadith.

Setelah itu, beberapa permainan telah diadakan di kawasan air terjun tersebut. Aktiviti rehlah disambung dengan aktiviti mandi sungai dan kemudiannya diikuti dengan makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi. Hidangan yang disediakan ialah nasi goring,sosej dan ayam BBQ yang telah dipanggang oleh unit persegaran.

Pelajar Banat : Telah bertolak ke Santuari Ikan Sungai Chiling pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 8.40 pagi. Setibanya di sana, mereka telah menunaikan solat dhuha dan kemudian bersiap untuk aktiviti rehlah. Aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace yang mana berakhir pada pukul 11.30 pagi.


Rehlah di Santuari Ikan Sungai Chiling diakhiri dengan makan tengah hari. Menu yang tersedia ialah nasi goreng, ayam BBQ dan sosej yang telah dipanggang oleh ahli sem yang lain.

Pada sebelah malam pula, acara majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Baru. Acara bermula pada pukul 9.30 malam dengan ketibaan perasmi, Ustaz Ibrahim, Penasihat PERKEMAT DQ.

Wallahua'lam.


EmoticonEmoticon