Salam Aidilfitri - tips-tips berbelanja di musim perayaan :)




Akhirnya bulan Ramadhan akan sampai ke penghujungnya. Biasalah setiap yang bermula mesti ada akhirnya kan?? Begitu jugalah dengan bulan Ramadhan ni. Tinggal beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam mana persiapan raya korang semua? Dah siap ke? Ha, bagi yang sibuk bekerja, mesti terkejar-kejar nak buat persiapan kan? Nak survey baju, kuih, langsir semua lengkaplah, serba satu. Lagi pula, kompleks beli belah sedang rancak buat promosi, mega sale sana sini. Bagi sesiapa yang suka membeli belah di saat akhir, ni ada beberapa pesanan..berhemahlah ketika berbelanja.

Meh, kita tinjau tips-tips ringkas berbelanja.

1. Beli ikut keperluan
Maksudnya di sini ialah kita hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja. Yang tak perlu pandang sepi je. Toksah dok menggatal nak beli itu ini, bukan ke membazir namanya.

2. Tinggalkan kad kredit di rumah
Bagi individu-individu yang mempunyai kad kredit, tinggalkanlah ia di rumah. Tak dinafikan, penggunaan kad kredit ni memudahkan kita. Tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak lagi, semuanya ada dalam tu. Tetapi tahukah kita, bahawa penggunaan kad kredit ni menyebabkan kita tidak berhati-hati ketika berbelanja. Hal ini kerana kita lebih cenderung untuk membazir, yelah hanya perlu hulur kad sahaja kepada cashier. Bila dah hujung bulan garu kepala, hutang berlambak. Last-last diisytiharkan muflis. Tak ke naya namanya tu.

3. Jangan terburu-buru ketika membeli barang murah di kompleks beli belah
Sekarang banyak kompleks beli belah menawarkan potongan harga atau diskaun yang gila-gila kan? Mega sale sana sini. Memang syok beli belah time ni. Tapi, kita mesti berhati-hati dan pandai merancang ketika hendak membeli time mega sale berlangsung. Kenapa?? Ha, ni yang penting sebab kebiasaannya bila kita terpandang je perkataan "mega sale" wah..kita pun tak beragak untuk membeli padahal kita dah tertipu de
ngan tawaran yang mereka berikan. Harganya lebih mahal daripada sebelum diskaun. Dah rugi dari situ.

4. Teliti barang sebelum membeli
Ni satu lagi tips berbelanja yang bagus, yang mesti dipraktikkan oleh setiap lapisan manusia iaitu kita mestilah selidik dan teliti barang itu sebelum membeli. Selalunya sebelum membeli, kita mesti belek-belek dulu barang tu, ini penting untuk memastikan kita satisfied dengan apa yang dah kita beli. Sebabnya berbelanja juga merupakan sebuah pelaburan, kita mesti nak untung juga kan? Takkan nak biar peniaga sahaja yang untu
ng. Ni la namanya win-win situation. Tengok betul-betul, teliti ia baik-baik. Jangan pula asalkan nampak cantik je, terus kita sambar. Sudahnya bila balik, menyesal tak sudah. Baru guna sekali dah terkoyak, benang terkeluar, macam-macam lagi lah.

5. Senaraikan barang-barang yang mahu dibeli
Perancangan yang sempurna membolehkan kita tidak tersasar daripada landasan dan dapat menyelamatkan kita daripada melakukan pembaziran. Kan tak bagus..Seeloknya kita buatlah senarai barang yang mahu dibeli, sebab manusia ni mudah rambang mata, tak kira jantina, lelaki ke perempuan, mesti ada macam-macam yang nak dibeli dalam fikiran tu kan? Jadi dengan adanya senarai barangan ini, kita takkan tersasar untuk membeli barang yang tiada dalam senarai.

Wallahua'lam.


EmoticonEmoticon